Wednesday, November 28, 2012

mari mulakan hari ini dengan positif.

setiap hari aku akan mengeluh dan memaki yang disebabkan oleh beberapa perkara. admin universiti yang tak kerja kuatlah, tv3 selalu cerita pasal politiklah, kucing berak depan rumahlah, duit tak cukuplah, hidup tak bahagia lah..

macam-macamlah..

yang selalu jadi mangsa adalah azmilah, siapa lagi kan..

dulu, dia boleh jadi geng kalau aku bising-bising pasal hal dunia, sama-sama depress macam aku. last-last aku gembira lah sebab aku ada geng..

sekarang ni kurang sikitlah.. sejak dia join kursus pemikiran positif kat ayer keroh hari tu, aku nampaklah dia tenang sikit. tak merungut pasal bos dia dah, tak rasa malas nak pergi kerja dah, balik pun ceria-ceria je..

hai, yang..axion ke aziah ni?

bila aku bising-bising lagi semalam, dia kata aku kena berfikiran positif. dulu nak ikutkan pesimis dia lgi dasyat dari aku lepas tu tiba-tiba dia suruh aku positif pulak kan..

aku akui, memang aku selalu memikirkan masalah yang sebenarnya bukan masalah pun! selalu fikir pasal orang lain, selalu nak salahkan orang lain, aku rasa mereka patut buat itu ini itu ini sebab mereka dapat gaji. selalu gahmen servant ah kena sebab aku anti sikit dengan mereka ni especially yang terlibat dengan orang luar dan servicing. mungkin sebab aku selalu terkena dengan orang admin yang kurang hajar kan, so memang aku cop semua gahmen kat kaunter memang macam teeet sikit.

azmi kata, kita tak boleh ubah orang, kita yang kena ubah diri kita sendiri. biarlah orang tu nak buat apa pun, kita kena check diri kita dulu. ubah diri kita lah senang cerita.

dia suruh aku join kursus pemikiran positif pulak sebab kalau dia bagi nasihat aku tak percaya dan boleh lawan balik..haha..

tapi betul jugak apa yang dia kata. dah macam-macam benda yang aku baca yang suruh kita betulkan diri kita, meditate untuk diri kita, berzikir untuk diri kita (supaya lebih tenang), sentiasa berfikiran positif, bersangka baik...

aku yang suka salahkan orang lain atau benda still nak salahkan syaitan yang suka menghasut aku untuk benci-benci orang ni.

mungkin sebab aku sentiasa fikir bala tu yang bala datang tu. bukan encik balakrishnan ye, bala yang malapetaka tu. tapi bila aku fikir balik, bala tu tak adalah bala pun sebenarnya. bila aku lihat di sudut yang cerah, its not that bad pun. aku je yang murung lebih.

contoh macam, duit biasiswa aku tak masuk-masuk lagi sampai sekarang. aku pun tertekanlah sangat fikir aku miskin harta..

miskin

miskin

miskin

bila kita hari-hari fikir kita miskin, MISKINLAH AKU!  aku pernah tulis pasal the power of mind sebelum ni, apa yang kita fikir tu, itu lah yang kita dapat. kalau aku fikir aku miskin, miskinlah aku. kalau aku fikir aku kaya, maka kayalah aku!

kaya

kaya

kaya

hopefuly takdelah aku jadi kaya buat sapu roti tu..eh..

well, sebenarnya aku tulis pepanjang berjela ni pun untuk selfheal sebenarnya. aku ni semakin pesimis sekarang. kena banyak memperingatkan diri.. hehe

adios amigos!

2 comments: