Thursday, November 29, 2012

kedai makan best dalam kawasan perumahan sendiri

aku pergi kedai yang aku suka pergi dekat dengan tempat rumah aku hari ni. kedai itu kedai makan, boleh duduk bawah sambil lepak-lepak makan makanan yang diorder.

makanan pun boleh tahan not bad. aku pun tak ingat apa nama kedai tu. tapi selalu aku and azmi kalau nak makan kat situ akan kata 'kedai duduk'



sebenarnya kedai ni kedai makan yang biasa kita tengok dekat lot deret kedai yang selalu ada kat kawasan perumahan tu. lot kedai pun satu tingkat. dan sebelum ni pun kedai makan jugak tapi tak sure owner yang sama atau tidak. tapi amsa tu memang macam kedai-kedai biasa lah, satu tingkat, ada kipas, ada tv, ada meja dan kerusi makan..

tapi sekarang kedai ni dia renovate sampai jadi dua tingkat. siling memang rendah jadi semua  kena makan duduk. ambiance sangat nice, kedai biasa yang luar biasa.

aku tak letak gambar makanan-makanan dia sebab buruk lantak kan tapi makanan biasa macam kway tiaw ladna, nasi goreng usa, nasi goreng kampung, makanan-makanan yang selalu dimakan di kedai biasa dengan suasana santai.

dan kalau bawak budak-budak memang seronok sangat lah sebab budak-budak suka lari. tapi aku kurang gemar kalau budak-budak lari-lari kat atas sebab tingkat atas tu dari kayu, memang degang degung degang degung lah! kalau lari-lari kat bawah okay lagi..

and aku tengok owner kedai ni pun macam sempoi je letak anak dekat meja yang dekat dengan kaunter sambil anak-anak lebih kurang umur 7 bulan dengan setahun lebih tidur kat situ. sorang tidur atas toto kecik, sorang lagi atas rocker. selesa betul..

so kedai yang konsep macam ni memang selesa dan best.. nak letak anak senang, nak letak barang pun senang, nak bersimpuh, bersila, bersandar, semua okay!

recommended kalau korang datang rumah aku..aku bawak korang datang sini makan...hehe..

oh ye, besok aku ada presentation. tolong doakan aku supaya semuanya berjalan lancar ye..! ;)

2 comments: