Monday, November 5, 2012

kadang-kadang, nak jugak tunjuk skill jadi masterchef

weekend hari tu aku buat karipap lagi..

kali ni karipap daging pulak sebab daging korban kat rumah masih banyak berbaki.. kentang pun banyak sebab hari tu beli buat sup ayam. resepi aku main bantai je. yang seronoknya, azmi bantu sekali. bantu uli tepung. kalau nak harapkan aku, berpeluh ketiak, tak sanggup den..azmi kata karipap aku sedap. mestilah kan kene puji bini sendiri, kalau tak siaaaap..haha..kali ni kira aku improve sikitlah buat karipap tu, kelim pun dah ala-ala comel gitu.. bentuk pun dah ada.. tapi stil tak secomel laki aku buat..huhuu..kena practice lagi..



resepi karipap adalah seperti berikut:

inti:
daging potong kecil-kecil sekecil yang boleh
kentang potong dadu
1 biji bawang besar pun dadukan jugak
2-3 ulas bawang putih letak lah sikit kasi rasa, bagus untuk kesihatan jugak..
1/2 peket serbuk kari..
garam secukup rasa..

kulit karipap rangup:
tepung gandum lebih kurang 250g (1/4 daripada satu paket tepung 1 kg tu - dapatla dalam 15 biji tengok saiz karipap)
setengah sudu marjerin yang telah dicairkan
satu sudu minyak masak yang telah dipanaskan
air sejuk atau air ais cukup-cukup rasa
garam sikit.

cara masak inti:
tumis bawang dadu tadi sampai naik bau
masukkan serbuk kari yang dah campur air sikit. tumis sampai pekat.
masukkan daging dan kentang. tunggu semuanya empuk. masukkan garam secukup rasa.
masak sampai kering, angkat dan sejukkan..

cara buat kulit:
masukkan marjerin dan minyak masak dalam tepung.. kacau bagi rata. motif kacau adalah untuk masukkan unsur angin dalam tepung tu. hehe. letak garam secukup rasa.
lepas tu, masukkan sikit demi sikit air sejuk atau air ais dalam tepung tadi sampai jadi adunan yang kenyal dan tak pecah-pecah (senang nak uli).
lepas tu masukkan inti, kelim macam karipap dan goreng!

haa senang je buat karipap ni sebenarnya. aku je yang suka beli lepas tu kecewa inti angin je banyak. ni buat sendiri, isi penuh dengan daging, kulit pun rangup. pueh hati den! harharhar....

selamat mencuba!


2 comments:

  1. jue-a, tlgla amik tempahan... aku nak... aku terliur n aku pemalas nk buat karipap...... helppp

    ReplyDelete
  2. dina, tak perlu kot nak menempah..nanti aku ada masa aku buat lagi aku bagi kat ko yang frozen punye..ko tinggal goreng je. boleh? hehe

    ReplyDelete