Tuesday, November 20, 2012

hujung minggu berminggu minggu

assalamualaikum sahabat!

bersiaran lagi aku hari ini di kala petang yang bercuaca baik sebab tak hujan..apa khabar semua? sihat kah? seronok bercuti-cutian?

aku biasa je..begini lah..tapi hari tu balik batu pahat. abah and mak hantar aku ke bts. naik bas dari kl ke batu pahat. sebab azmi dah balik ke batu pahat dulu. sebab bini dia survivor, memang best sangat dia tinggalkan bini dia sensorang kat rumah..

tapi mak okkay je..

tapi kalau balik batu pahat, memang selalunya tak buat apalah selain dari duduk rumah. tapi kali ni, azmi ajak aku pergi jpo. tawaran jangan ditolak kerana sejak jpo dibuka lagi aku dah merengek mintak nak pergi tak dapat-dapat. serba salah lah tu sebab dah berfoya-foya sakan kat jb tinggalkan bini dia..ahaks!



aku hanya cari beg murah best dan besar, jadi kalau jumpa memang aku berniat nak rembat. air liur dah meleleh tengok beg oroton super cantik yang diidam-idamkan sejak dari dalam perut ibu, tapi apa nak buat, harta tak ada. tapi dalam banyak-banyak tempat, kami masuk vincci, sebab aku rasa aku boleh shopping kat situ. motif pergi jpo tapi masuk vincci?

tapi sebab vincci ada beg mampu milik which aku tak pasti tempat lain ada ke tak.. mungkin ada sebab sekarang kan waktu sale.. beg vincci yang best dijual dari harga rm27 hingga rm75 tak salah aku. kalau aku lebih berharta pasti aku rembat beg galas, beg sandang, beg tangan, beg hobo......

tapi sebab aku ni wasatiah dan kena bersederhana, beli jelah mana yang mampu. tapi aku suka sangat walaupun beg vincci ajoooor...hehe..

the rest, jalan-jalan dan tengok gelagat orang pun dah rasa okay dah untuk aku.. azmi kata at least dah jejak kaki. mari kita tanam cita-cita pergi uss tahun depan lepas cuti sekolah pula naaaaaak?

2 comments:

  1. Sukacita dimaklumkan tatkala aku melawat JPO, aku tidak terpedaya dengan godaan-godaan perkataan SALE di situ, maka tidak se-sen pun duit dilaburkan (padahalnya, kasut yang aku nak takde saiz, siap ngamok lagi depan Charles & Keith). Tapi serious nak pergi lagi, mungkin kasut bersaiz aku dah ade, now waiting for opportunity.

    Ko nampak bahagia, mungkin sebab dapat beli beg yg ko suka gile. tahniah~

    ReplyDelete
  2. hahahah! bahagialah sangat! lagi bahagia if aku boleh masuk setiap kedai dan keluar dengan at least satu beg purchased item..tapi apakan daya...~

    ye, aku pun nak pergi lagi bila aku dah kaya kelak.. aku doakan kasut impian kau ade..by the way, takkan kat sini je ada kasut saiz ko tu? hehe..

    ReplyDelete