Sunday, November 4, 2012

good luck spm candidate 2012!

assalamualaikum..

akak yang tua kat sini ingin mengucapkan GOOD LUCK dengan SPM adik-adik ye! strive for the best, doa banyak-banyak dan sentiasa positive. sebab spm ni penting, dan spm iini jugaklah kira macam penentu masa depan..

akak bukan nak cerita tips-tips sebelum menghadapi spm. tips hyang lebih hebat boleh rujuk pada facebook Idola, Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah ini ye. tips yang memang bagus.

akak spm tahun 2001 (ye akak memang tua dah..). akak teringat masa akak spm dulu, cuak bukan main. nak give up pun ada. musim pun ala-ala macam nilah..sentiasa hujan. sebab akak sekolah kat kelantan, musim hujan boleh membawa kepada masalah kebanjiran. batch sebelum akak memang exam pakai selipar pergi dewan sebab banjir. Alhamdulillah time akak, kelantan tak banjir. tapi memang hujan hari-hari..nak study pun mata kuyuuuu je..

ada satu rahsia, akak pernah tak mandi pergi exam..basuh muka terus pergi exam. exam pulak exam pendidikan Islam. masa tu puasa, lepas sahur, hujan -hujan redup..sejuk pulak tu. mestilah lena dibuai mimpi..sedar-sedar dah pukul 8 am. akak apa lagi, dengan member-member sebilik semua kelam kabut pergi exam..

akak bersyukur walaupun tak mandi pergi exam, akak tetap score A1 dalam pendidikan agama Islam. sebelum tu memang tak pernah dapat A pendidikan Islam walaupun dari sekolah agama. akak memang memalukan. tapi tak apalah, perkara yang lepas usah dikenang. jangan tiru akak okay! kalau boleh buat early preparation ye..

jadi adik-adik, masa ni berdoalah banyak-banyak untuk exam kali ni. orang kata kawen hanya sekali kan, kalau boleh, spm pun biarlah sekali je. dan lepas exam, rancanglah hidup adik-adik dengan baik. ke mana arah tuju, nak belajar kat mana, nak buat part time job ke, nak ambil lesen kereta ke, nak join kelas bahasa inggeris ke. janganlah buang-buang masa pulak..

dan hargai detik-detik akhir sebagai seorang pelajar sekolah sebab lepas ni jadi mahasiswa/siswi pulak.

and good luck! :)

No comments:

Post a Comment