Thursday, November 29, 2012

kedai makan best dalam kawasan perumahan sendiri

aku pergi kedai yang aku suka pergi dekat dengan tempat rumah aku hari ni. kedai itu kedai makan, boleh duduk bawah sambil lepak-lepak makan makanan yang diorder.

makanan pun boleh tahan not bad. aku pun tak ingat apa nama kedai tu. tapi selalu aku and azmi kalau nak makan kat situ akan kata 'kedai duduk'



sebenarnya kedai ni kedai makan yang biasa kita tengok dekat lot deret kedai yang selalu ada kat kawasan perumahan tu. lot kedai pun satu tingkat. dan sebelum ni pun kedai makan jugak tapi tak sure owner yang sama atau tidak. tapi amsa tu memang macam kedai-kedai biasa lah, satu tingkat, ada kipas, ada tv, ada meja dan kerusi makan..

tapi sekarang kedai ni dia renovate sampai jadi dua tingkat. siling memang rendah jadi semua  kena makan duduk. ambiance sangat nice, kedai biasa yang luar biasa.

aku tak letak gambar makanan-makanan dia sebab buruk lantak kan tapi makanan biasa macam kway tiaw ladna, nasi goreng usa, nasi goreng kampung, makanan-makanan yang selalu dimakan di kedai biasa dengan suasana santai.

dan kalau bawak budak-budak memang seronok sangat lah sebab budak-budak suka lari. tapi aku kurang gemar kalau budak-budak lari-lari kat atas sebab tingkat atas tu dari kayu, memang degang degung degang degung lah! kalau lari-lari kat bawah okay lagi..

and aku tengok owner kedai ni pun macam sempoi je letak anak dekat meja yang dekat dengan kaunter sambil anak-anak lebih kurang umur 7 bulan dengan setahun lebih tidur kat situ. sorang tidur atas toto kecik, sorang lagi atas rocker. selesa betul..

so kedai yang konsep macam ni memang selesa dan best.. nak letak anak senang, nak letak barang pun senang, nak bersimpuh, bersila, bersandar, semua okay!

recommended kalau korang datang rumah aku..aku bawak korang datang sini makan...hehe..

oh ye, besok aku ada presentation. tolong doakan aku supaya semuanya berjalan lancar ye..! ;)

Wednesday, November 28, 2012

mari mulakan hari ini dengan positif.

setiap hari aku akan mengeluh dan memaki yang disebabkan oleh beberapa perkara. admin universiti yang tak kerja kuatlah, tv3 selalu cerita pasal politiklah, kucing berak depan rumahlah, duit tak cukuplah, hidup tak bahagia lah..

macam-macamlah..

yang selalu jadi mangsa adalah azmilah, siapa lagi kan..

dulu, dia boleh jadi geng kalau aku bising-bising pasal hal dunia, sama-sama depress macam aku. last-last aku gembira lah sebab aku ada geng..

sekarang ni kurang sikitlah.. sejak dia join kursus pemikiran positif kat ayer keroh hari tu, aku nampaklah dia tenang sikit. tak merungut pasal bos dia dah, tak rasa malas nak pergi kerja dah, balik pun ceria-ceria je..

hai, yang..axion ke aziah ni?

bila aku bising-bising lagi semalam, dia kata aku kena berfikiran positif. dulu nak ikutkan pesimis dia lgi dasyat dari aku lepas tu tiba-tiba dia suruh aku positif pulak kan..

aku akui, memang aku selalu memikirkan masalah yang sebenarnya bukan masalah pun! selalu fikir pasal orang lain, selalu nak salahkan orang lain, aku rasa mereka patut buat itu ini itu ini sebab mereka dapat gaji. selalu gahmen servant ah kena sebab aku anti sikit dengan mereka ni especially yang terlibat dengan orang luar dan servicing. mungkin sebab aku selalu terkena dengan orang admin yang kurang hajar kan, so memang aku cop semua gahmen kat kaunter memang macam teeet sikit.

azmi kata, kita tak boleh ubah orang, kita yang kena ubah diri kita sendiri. biarlah orang tu nak buat apa pun, kita kena check diri kita dulu. ubah diri kita lah senang cerita.

dia suruh aku join kursus pemikiran positif pulak sebab kalau dia bagi nasihat aku tak percaya dan boleh lawan balik..haha..

tapi betul jugak apa yang dia kata. dah macam-macam benda yang aku baca yang suruh kita betulkan diri kita, meditate untuk diri kita, berzikir untuk diri kita (supaya lebih tenang), sentiasa berfikiran positif, bersangka baik...

aku yang suka salahkan orang lain atau benda still nak salahkan syaitan yang suka menghasut aku untuk benci-benci orang ni.

mungkin sebab aku sentiasa fikir bala tu yang bala datang tu. bukan encik balakrishnan ye, bala yang malapetaka tu. tapi bila aku fikir balik, bala tu tak adalah bala pun sebenarnya. bila aku lihat di sudut yang cerah, its not that bad pun. aku je yang murung lebih.

contoh macam, duit biasiswa aku tak masuk-masuk lagi sampai sekarang. aku pun tertekanlah sangat fikir aku miskin harta..

miskin

miskin

miskin

bila kita hari-hari fikir kita miskin, MISKINLAH AKU!  aku pernah tulis pasal the power of mind sebelum ni, apa yang kita fikir tu, itu lah yang kita dapat. kalau aku fikir aku miskin, miskinlah aku. kalau aku fikir aku kaya, maka kayalah aku!

kaya

kaya

kaya

hopefuly takdelah aku jadi kaya buat sapu roti tu..eh..

well, sebenarnya aku tulis pepanjang berjela ni pun untuk selfheal sebenarnya. aku ni semakin pesimis sekarang. kena banyak memperingatkan diri.. hehe

adios amigos!

Tuesday, November 27, 2012

lily si cantek..

assalamualaikum!

aku sejak kebelakangan ni tak da idea nak tulis apa kat sini.. these few days, hanya kerja kerja dan kerja, dan melawat si kecil anak buah comel di kajang.

ye, si comel lily duduk di kajang, jadi bangi and kajang, rasa macam dari rumah aku pergi sebelah rumah je..

hello si sepet lily!

jadi kedua-dua hari aku pergi ke kajang untuk jengok si lily. and babies are like small witches kan? kalau tengok dia mesti nak jumpa hari-hari, mesti nak rindu-rindu..dia letak mandrem apa pun tak tau. haha.. tapi sebenarnya, sebab baby itu suci, bersih, wangi, sebab tu la kita pun tak jemu nak menghadap dia even dopopat jam sehari. tapi kalau dia nangis, aku akan jerit ''ayaaaaaaaaaah! lily nak susu....pujuk dia cepat!" haha this is the only time aku boleh buli adik aku sebab he will anything for lily..anak sendiri kan.. :P

so, itu sahaja update untuk kali ini. mungkin akan tunggu another 3 months (or 2 months) untuk datang jengok lily lagi. masa tu dah boleh main cak cak ngan dia dah..haha.. sekarang lily tidur je, mak long boring, mak long kacau, lily nangis, ayah pujuk.. hehe

till then.. :)

Friday, November 23, 2012

assalamualaikum dunia!

alhamdulillah, minggu ni bertimpa-timpa berita gembira yang aku dapat..

bila aku post kat facebook macam-macam pulak spekulasi, payah-payah...fb ni memang bahaya sebenarnya, but still kita masih perlukan fb untuk updates and berita-berita gembira dari kawan-kawan dan family.

so aku list kan berita yang aku rasa gembiralah untuk aku di sini:


  1. isnin, officemate aku bagitau yang adik iparnya dah selamat melahirkan seorang baby boy. she's a mak long now and shared the happiness among us. teruja dapat jadi maklong. first anak buah pulak tu..
  2. 21 hb (rabu) hari tu, adik ipar aku pulak selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.6 kgs. alhamdulillah..seronok bukan kepalang jugaklah the whole family. excited jugak sebab first cucu.. but i prefer makngah (sebab belah azmi akulah makngah) compared to maklong.. maklong nampak sooo tuaaaalah!...hahaha!
  3. and 22 hb (khamis) ina announced yang dia pun melahirkan seorang baby girl di hsa. nikah the same day dengan adik aku hari tu. hai, pakat-pakat ke walau takde kene mengena? eh..hehehe..
  4. the same day, kamini bagitau aku yang dia pregnant. both kamini and husband memang cuba untuk conceive secepat mungkin sebab diorang pon kawen lambat (over 30) so sangat risau kalau tak boleh conceive..they got married on June, dah conceive. so happy for them!
  5. the same day, oli made an invitation tru fb untuk majlis kahwinnya bulan 12 ni. actually aku dah tahu dah, tapi this is official, semua orang dah tahu oli akan kawen bulan 12 ni.. 
  6. and today, aku baru tahu yang oli pun dapat anak buah baru jugak. the first anak buah and she's a mak long to..!

macam mana aku tak gembira kan? happy gila aku walaupun bukan aku yang beranak, bukan aku yang mengandung or bukan aku yang nak kahwin..kekekek...

tapi aku adalah mak long (tua sangat).. T_T haha..

but still i'm sooo sooo happy with all the great news, the happiness yang dishare dengan rakan-rakan, sahabat-sahabt, saudara-mara...

and of course semua ini kiranya seperti permulaan untuk segala-galanya. the couples will start their journey as parents, the friend will start her journey as a wife, dan para bayi yang sedang memulakan hidup baru mereka di dunia ini..

all the best to you all!


oh this is my cute niece...assalamualaikum lily!

ps: aku and rakan-rakan membuat kesimpulan. those yang dapat anak around this time (hujung-hujung tahun)  mesti nikah time cuti sekolah last year kan? kan? kan? ahak..ahak..ahak...!

Tuesday, November 20, 2012

hujung minggu berminggu minggu

assalamualaikum sahabat!

bersiaran lagi aku hari ini di kala petang yang bercuaca baik sebab tak hujan..apa khabar semua? sihat kah? seronok bercuti-cutian?

aku biasa je..begini lah..tapi hari tu balik batu pahat. abah and mak hantar aku ke bts. naik bas dari kl ke batu pahat. sebab azmi dah balik ke batu pahat dulu. sebab bini dia survivor, memang best sangat dia tinggalkan bini dia sensorang kat rumah..

tapi mak okkay je..

tapi kalau balik batu pahat, memang selalunya tak buat apalah selain dari duduk rumah. tapi kali ni, azmi ajak aku pergi jpo. tawaran jangan ditolak kerana sejak jpo dibuka lagi aku dah merengek mintak nak pergi tak dapat-dapat. serba salah lah tu sebab dah berfoya-foya sakan kat jb tinggalkan bini dia..ahaks!



aku hanya cari beg murah best dan besar, jadi kalau jumpa memang aku berniat nak rembat. air liur dah meleleh tengok beg oroton super cantik yang diidam-idamkan sejak dari dalam perut ibu, tapi apa nak buat, harta tak ada. tapi dalam banyak-banyak tempat, kami masuk vincci, sebab aku rasa aku boleh shopping kat situ. motif pergi jpo tapi masuk vincci?

tapi sebab vincci ada beg mampu milik which aku tak pasti tempat lain ada ke tak.. mungkin ada sebab sekarang kan waktu sale.. beg vincci yang best dijual dari harga rm27 hingga rm75 tak salah aku. kalau aku lebih berharta pasti aku rembat beg galas, beg sandang, beg tangan, beg hobo......

tapi sebab aku ni wasatiah dan kena bersederhana, beli jelah mana yang mampu. tapi aku suka sangat walaupun beg vincci ajoooor...hehe..

the rest, jalan-jalan dan tengok gelagat orang pun dah rasa okay dah untuk aku.. azmi kata at least dah jejak kaki. mari kita tanam cita-cita pergi uss tahun depan lepas cuti sekolah pula naaaaaak?

Wednesday, November 14, 2012

skyfall best sangat!

sebenarnya, this few days, aku adalah bujang. jadi back and forth dari rumah mak abah ke tempat kerja dan rumah bangi. plus, semalam orang cuti aku pergi office jugak untuk kejar dateline.

aku memang takdelah sangat dateline nye.. tapi aku rasa kerja aku masih banyak, perlu kejar-kejar supaya cepat siap. plus, kerja aku pun ambil masa hari-hari. hari ni, pick colony, lepas tu incubate overnight, induce, tunggu 3 jam, subculture tunggu lagi..

so kerja aku memang menunggu jelah.. menunggu tu memang satu penyeksaan, dan lebih terseksa bila at the end, result tak ada..

mau nangis aku ke 'depress' an.

so semalam, aku balik rumah mak abah, memang niat dah lama dah nak ajak mak abah tengok skyfall.

my verdict:

skyfall best gila aku sangat suka. walaupun cerita dia macam agak meleret sampai 2 jam setengah, still aku rasa macam best dari awal sampai habis. kalau aku jadi dina mesti aku excited jugak sebab first scene dia dah ada kat istanbul. go check out her blog about her trip to istanbul best sangat.. :)

istanbul famous lah sekarang kan?

mungkin aku rasa best jugak sebab aku suka daniel craig.. OMG MACHO GILA KOT! aku boleh tengok dia saja 5 jam tanpa henti. heh.

the rest, plot cerita pon boleh tahan best, aksi pun boleh tahan banyak, walaupun ada banyak benda tak logik, still, cerita bond kan.. what do you expect? bond mana boleh mati...~hehe

aku boleh bagi 4.5 bintang dari 5.. how cool is that?

siapa yang masih belum tengok, sila tengok. oh ya, aku juga suka part adele nyanyi lagi skyfall tu. nice...suka sangat sebab ada unsur-unsur bond dan kena sangat dengan david craig.. sebelum mengundur diri, mari layan lagu best ini..




yeah let the sky fall bebeh!

Tuesday, November 13, 2012

azmilia's wedding

salams all..

happy deepavali for those who celebrated, and for those who are not then, selamat bercuti.. :)

so last saturday, held the awaited wedding of the year. wedding azmilia and adam. woot woot!

aku and ina bertolak dari arah utara, while yati and yah, dah ada kat rumah azmilia since afternoon. kitorang sampai around 3 lebey macam tu, angkat-angkat bunga ke taman and the nikah ceremony starts at 5 pm actually.

aku cerita memang tak ada cronology. the truth is, aku and ina angkat barang ke taman, and others, bawak hantaran ke masjid. sebab aku and ina kena ke taman, memang tak sempat lah tengok akad nikah mereka (nangis). disebabkan oleh hujan yang tiba-tiba, we decided to go to dina's mom's house  sebab ina nak ambil barang, lepas tu pergi taman balik, dan tunggu sampai hujan berhenti. we decided to go to the mosque tapi yah bagitau yang orang sangat ramai, plus, everything semua dah settle. yah and yati were waiting inside the car sebab hujan lebat sangat plus kereta kena block. so aku and ina tanpa arah tuju, with few u turns sebab nak jugak cari masjid tapi tak jumpa we ended up fiinding three mosques and until now we still dont know the exact mosque that held the nikah. huhuu..agak-agak maghrib macam tu, we went back to the garden and redah hujan ke majls azmilia.

no decent pictures, ina hampir nangis sebab tak bawak kamera canggih dia. mine is of course gambar sangat teruk, goyang and all.


gambar yang paling baik aku ada..from left, yatie, ina, faeza and yah..

we have a good time. jumpa ramai kawan yang sangat rare (jarang jumpa). especially yah, sebab last time aku jumpa dia time dina's raya open house. bila tu, 2 years ago??

and gambar pengantin dalam simpanan aku pun buruk..and aku tak ada gambar dengan pengantin pun.. sedeh! but this i cilok from the pengantin's facebook. 

sweet kan mereka?

lastly; 

semoga korang berbahagia hingga ke syurga, happy life, happy marriage, and becoming NOT SINGLE is not that bad after all. haha..cherish every moments!

Thursday, November 8, 2012

bullet proof heart

dia macam ni tau..

bila awal-awal pagi dengar lagu zaman-zaman bujang, teringat kat zaman bujang. bila teringat, rindu, bila rindu, teringat kat kawan-kawan, bila teringat, mula berkait dengan kerja mereka sekarang..

sekarang mereka semua kerja baik-baik..aku je belum..

down..

bila awal-awal pagi atas jalan raya tengok kereta honda, teringat seorang kawan, pakai honda since years back. mula berkait dengan kerja dia. yup dia mampu pakai honda sebab dia kerja hebat..

dia kerja hebat since few years back lepas grad. aku je belum..

down..

bila awal-awal pagi datang dan hati berharap agar tak ada perkara buruk berlaku supaya aku boleh meneruskan kerja-kerja harian aku, bila aku intai 'benda' yang aku incubate, benda tu tak ada. eskperimen gagal. mula berkait dengan budak-budak lain kat sini dah ekspres sampai berpuluh puluh protein.

diorang ekspres berpuluh protein, aku 4 pun tak habis habis..

down..

teruklah hari ni.

tapi aku tetap ingatkan diri aku yang aku ni ada jantung bulletproof. buatlah apa-apa pun, takkan mati punya...

sebab takkan mati kot tu yang Allah bagi ujian macam-macam tu.

sabar je la...~

Monday, November 5, 2012

kadang-kadang, nak jugak tunjuk skill jadi masterchef

weekend hari tu aku buat karipap lagi..

kali ni karipap daging pulak sebab daging korban kat rumah masih banyak berbaki.. kentang pun banyak sebab hari tu beli buat sup ayam. resepi aku main bantai je. yang seronoknya, azmi bantu sekali. bantu uli tepung. kalau nak harapkan aku, berpeluh ketiak, tak sanggup den..azmi kata karipap aku sedap. mestilah kan kene puji bini sendiri, kalau tak siaaaap..haha..kali ni kira aku improve sikitlah buat karipap tu, kelim pun dah ala-ala comel gitu.. bentuk pun dah ada.. tapi stil tak secomel laki aku buat..huhuu..kena practice lagi..



resepi karipap adalah seperti berikut:

inti:
daging potong kecil-kecil sekecil yang boleh
kentang potong dadu
1 biji bawang besar pun dadukan jugak
2-3 ulas bawang putih letak lah sikit kasi rasa, bagus untuk kesihatan jugak..
1/2 peket serbuk kari..
garam secukup rasa..

kulit karipap rangup:
tepung gandum lebih kurang 250g (1/4 daripada satu paket tepung 1 kg tu - dapatla dalam 15 biji tengok saiz karipap)
setengah sudu marjerin yang telah dicairkan
satu sudu minyak masak yang telah dipanaskan
air sejuk atau air ais cukup-cukup rasa
garam sikit.

cara masak inti:
tumis bawang dadu tadi sampai naik bau
masukkan serbuk kari yang dah campur air sikit. tumis sampai pekat.
masukkan daging dan kentang. tunggu semuanya empuk. masukkan garam secukup rasa.
masak sampai kering, angkat dan sejukkan..

cara buat kulit:
masukkan marjerin dan minyak masak dalam tepung.. kacau bagi rata. motif kacau adalah untuk masukkan unsur angin dalam tepung tu. hehe. letak garam secukup rasa.
lepas tu, masukkan sikit demi sikit air sejuk atau air ais dalam tepung tadi sampai jadi adunan yang kenyal dan tak pecah-pecah (senang nak uli).
lepas tu masukkan inti, kelim macam karipap dan goreng!

haa senang je buat karipap ni sebenarnya. aku je yang suka beli lepas tu kecewa inti angin je banyak. ni buat sendiri, isi penuh dengan daging, kulit pun rangup. pueh hati den! harharhar....

selamat mencuba!


Sunday, November 4, 2012

good luck spm candidate 2012!

assalamualaikum..

akak yang tua kat sini ingin mengucapkan GOOD LUCK dengan SPM adik-adik ye! strive for the best, doa banyak-banyak dan sentiasa positive. sebab spm ni penting, dan spm iini jugaklah kira macam penentu masa depan..

akak bukan nak cerita tips-tips sebelum menghadapi spm. tips hyang lebih hebat boleh rujuk pada facebook Idola, Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah ini ye. tips yang memang bagus.

akak spm tahun 2001 (ye akak memang tua dah..). akak teringat masa akak spm dulu, cuak bukan main. nak give up pun ada. musim pun ala-ala macam nilah..sentiasa hujan. sebab akak sekolah kat kelantan, musim hujan boleh membawa kepada masalah kebanjiran. batch sebelum akak memang exam pakai selipar pergi dewan sebab banjir. Alhamdulillah time akak, kelantan tak banjir. tapi memang hujan hari-hari..nak study pun mata kuyuuuu je..

ada satu rahsia, akak pernah tak mandi pergi exam..basuh muka terus pergi exam. exam pulak exam pendidikan Islam. masa tu puasa, lepas sahur, hujan -hujan redup..sejuk pulak tu. mestilah lena dibuai mimpi..sedar-sedar dah pukul 8 am. akak apa lagi, dengan member-member sebilik semua kelam kabut pergi exam..

akak bersyukur walaupun tak mandi pergi exam, akak tetap score A1 dalam pendidikan agama Islam. sebelum tu memang tak pernah dapat A pendidikan Islam walaupun dari sekolah agama. akak memang memalukan. tapi tak apalah, perkara yang lepas usah dikenang. jangan tiru akak okay! kalau boleh buat early preparation ye..

jadi adik-adik, masa ni berdoalah banyak-banyak untuk exam kali ni. orang kata kawen hanya sekali kan, kalau boleh, spm pun biarlah sekali je. dan lepas exam, rancanglah hidup adik-adik dengan baik. ke mana arah tuju, nak belajar kat mana, nak buat part time job ke, nak ambil lesen kereta ke, nak join kelas bahasa inggeris ke. janganlah buang-buang masa pulak..

dan hargai detik-detik akhir sebagai seorang pelajar sekolah sebab lepas ni jadi mahasiswa/siswi pulak.

and good luck! :)