Thursday, October 11, 2012

versus

sebelum pergi ambil suami di kala hari hujan, mari kita update belog kejap..

kalau kamu semua ada pilihan, kamu semua nak jadi apa?

PENSYARAH atau PEGAWAI PENYELIDIK?

LECTURER or RESEARCH OFFICER?

mana lebih seronok? mengajar sambil-sambil buat research?


atau buat research sambil belajar?

honestly untuk aku la kan, tugas sebagai ro lebih best kot. kau boleh buat research kau sendiri, kau boleh propose research, kau boleh hands on kerja research kau, kau boleh ada student research kau sendiri, kau tak payah pening nak tanda kertas, nak penuhi kpi sebab kau kena publish few papers sebab kau adalah lecturer, dan seribu satu hal lagi kalau jadi lecturer, kau boleh buat apa yang kau sukalah kesimpulannya. 

kalau jadi lecturer, well, entah, aku masih belum ada pengalaman jadi lecturer. aku tengok kawan-kawan aku macam stress semacam je bila bab nak tanda kertas budak budak. kalau kita mengajar budak tak faham, kita jugak yang kena kalau ada penilaian mengajar dari budak-budak. kalau mengajar garang sangat, budak-budak tak suka, kalau lembut sangat, budak-budak naik kepala. 

aku fahamlah sebab aku pernah ajar budak form 5. bosan siut last-last aku berhenti jadi cikgu tuition. serius. aku + budak = awkward. aku rasa nak marah, aku rasa nak halau budak budak tu keluar, aku depress .tak pasal-pasal, aku kurang sabar. there, i said it. tapi tu form 5 lah kan. kalau budak universiti mentaliti matang sikit kot. kalau nak belajar, belajar, tak nak belajar, sudah. macam tu ye? 

sebenarnya, perancangan aku lepas ni, nak buat post doc pulak kalau ada rezeki. sebab post doc, kau boleh buat research. hands on dan ada project sendiri. tapi lecturer, i dont think that there are lecturers in the lab for doing lab work. sebab aku tak pernah nampak supervisor aku pergi lab buat lab work. 

tapi, both ada pros and cons. kalau jadi ro, macam susah je nak publish paper. dia mesti kena ada academician untuk join venture sekali. tapi kalau jadi lecturer, review paper petik jari dah boleh publish.. well, that's one good thing la..mungkin ada benda best yang lain tapi aku tak tahu.. ada sesiapa mungkin boleh tambah? 

tapi bila peluang jadi pensyarah tu datang dulu, aku rembat je.. peluang mesti kena rembat, masalah akan datang, lain cerita.. betul tak? kalau peluang jadi ro datang dulu pun aku rembat jugak..haha gila tamak aku kan? 

ps: colleague aku kat skudai dah hantar paper aku yang aku tulis tahun lepas kat satu journal ni untuk review. hopefully boleh publish. rasa best.. :)

5 comments:

  1. haha...very truela ajue...ak rase stress..nak2 mase marking n marking...and bile jmp student yg perangainya macam ak dulu=)

    ReplyDelete
  2. zura...lecture kat ipta skrg pun byk sgt kpi kn achive. Bkn setakat mengajo, buat rsearch. Admin work pun kn buat.

    Jadi ro u have to b multitasking. Admin work mmg wajib, and research pun wajib. Event organizer oun ko, tea lady pun ko. Kdg2 sbuk sgt psl admin work research terabai...

    Aku vote for lecturer...hehe

    ReplyDelete
  3. syima: tu la aku tengok ko post kat blog pasal student student, naik ngeri jugak aku.. ada jugak few kawan aku kat facebook selalu jugak komplen pasal student.. but u guys ada buat research tak? ke akan sampai satu tahap korang akan buat research ek?

    mulan: aku tak kesah jadi tea lady and buat admin work pun.. cool jugak. as long as tak payah nak deal dengan student yang degil (macam aku dulu..) hakhakhak...yelah, organizer pun ro jugak, nak sediakan apperwork semua bagai.. thanks for the vote mulan! hehe...

    ReplyDelete
  4. Lecturer adalah raja di universiti..one person have said this to me..tp kalau rasa menebal dlm diri nak kongsi ilmu dgn student just go for lecturer..:)

    ReplyDelete
  5. julie: if the students want the shared knowledge (eh betul ke ayat ni?) kalau student tu tamao terima, asyik jawab kertas peksee salah, soalan taknak tanya kalau tak faham...hahahaha macam zaman dulu-dulu je..kekekeke....

    ReplyDelete