Tuesday, October 30, 2012

taken 2 tak sama macam taken 1

assalamualaikum semua!

hari ni aku nak buat review tentnag cerita taken 2 yang berzaman dulu dah ditayang, baru nak tengok hari sabtu lepas.

sebab apa aku eager sangat nak tengok taken 2?

sebab aku dah tengok taken 1, memang best dan kasi jantung degup laju laaa senang cerita..

jadi itu harapan aku pada taken 2..sorry to say lah uncle liam, i tak puas lah tengok you berlakon, plus, you tak kejam macam dulu.eheh..

cerita tu semua okay, part drama uncle liam dengan wife dan anak dia, part wife dia ada masalah, part anak dia dengan boyfriend dia..aku tak ada masalah dengan tu semua..dan aku rasa, part tu harus dipendekkan, panjangkan part aksi dan kasi jantung degup kencang macam taken 1 tu..

yang aku bermasalah sikit adalah; betapa agama Islam tu ditekankan sangat sebagai watak antagonis dalam cerita tu. aku harap aku sorang jelah rasa macam tu, tapi azmi pun rasa macam tu. konon nak bersifat terbuka aaa, tapi end up, aku rasa aku tak suka cerita tu pulak sebab banyak sangat hal ehwal Islam yang ditunjukkan. contoh macam awal-awal scene, di kubur orang Islam, dibaca surah yasin, ditunjukkan bahawa mereka ni akan balas dendam dengan kematian anak, cucu, saudara mereka.

taken 2 adalah kesinambungan taken 1, tapi Islam tak ditonjolkan sangat dalam taken 1. cuma tatoo di tangan menunjukkan bulan dan bintang.

abang pengarah, Islam tak suruh tatoo-tatoo tangan ni. haram lagi ada...tak kisahlah nak tatoo bulan bintang ka, bulan sabit ka, kalimah sucika, tetap tak boleh bang.

dan Islam mengharam jual-jual orang, terutama sekali kalau jual orang untuk jadi hamba seks.

dan Islam mengharamkan orang-yang berdendam-dendam ni. tak ada istilah balas dendam dalam Islam..

tapi abang pengarah nak jugak tekankan hal-hal tu dalam certita taken 2. rasa down lah macam ni. tapi apa nak buat, bukan semua orang Islam itu baik, dan bukan semua yang jahat.

dan aku cuba untuk beada di kasut orang lain (in their shoes) orang lain yang bukan Islam, apakah pandangan mereka? adakah mereka suka? adakah mereka tepuk tangan? adakah mereka buat tak tau je and enjoy the movie?

and cuba kalau scene tu ditukarkan, orang yang mati ditanam itu adalah orang dari agama lain. upacara keagamaan dijalankan, kemudian mahu membalas dendam. dan dibuat di kawasan yang simbolik dengan agama tersebut.

macam mana dengan perasan aku dan pandangan aku agaknya?

even istanbul yang cantik didescribekan oleh dina pun aku tak nampak cantik dah. habis rosak hancur semua. tapi bila aku dengar azan dari dalam cerita tu, aku rasa gembira. aku tak tahu kenapa, aku rasa seronok sebab menunjukkan azan selalu berkumandang di situ. sedap pulak tu. aku yang dengar dari cerita tu pun rasa best, inikan pulan uncle liam kan, statement uncle liam mengenai azan di istanbul;

"The call to prayer happens five times a day, and for the first week, it drives you crazy, and then it just gets into your spirit, and it's the most beautiful, beautiful thing… There are 4,000 mosques in the city. Some are just stunning, and it really makes me think about becoming a Muslim." source.

haha tu lain cerita lah.. ke lain pulak.

haaaanyway, bukan aku je yang berpandangan begini. orang lain pun same tau..

okay, bye.

assalamualaikum..~

5 comments:

  1. Ajue, aku pun tertipu dgn Taken 2. Aku rasa mcm main purpose director n producers nak bawak kita sume kt Istanbul mcm bukan nak highlight the beauty of east meets west mcm aku ckp. But then aku sedapkan hati. Kan org2 jahat dlm movie tu bukan turkish, in fact they are from Algeria ke ape kan hehe.

    ReplyDelete
  2. haa kan! aku mengharapkan jugaklah scene-scene tempat yang ko kate tu kan..mungkin hanya masjid yang besar tu (or mungkin bangunan lain?).tapi cerita taken kan.. action movie, mesti ada hancur-hancur langgar-langgar semua tu. memang takkan adelah all the nice scene kan..hehe..

    ReplyDelete
  3. patutla masa i nak tengok this film husband cakap tak payah la baik tengok filem lain..ada satu film yang tunjuk tentang islam (tapi cuma ada DVD je kot/download- film ni tak tayang kat malaysia), Salmon Fishing In The Yemen..tentang projek salmon fishing di yemen yang kering kontang, pun ada tunjuk tentang pengganas Muslim yang marah pada watak utama sebab kononnnya 'insulting God's creation'..tapi tak ada la core sangat memburukkan islam mcm taken 2 ni..

    ReplyDelete
  4. betul tu b&c. kalau i pun i tak sarankan tengok. okaylah if nak tengok, tapi akan ada sikit tak puas hati lah kat situ. salmon fishing in yemen? if i youtube agak-agak ada tak? hehe. ada muslim yang jahat, ada muslim yang baik..but movie makers especially yang barat-barat ni, suka sangat focus pada muslim yang jahat. hope that one day somebody can produce something inspiring base on Islam and can be watched worldwide. so taht orang tak salah faham dan lebih hormati agama kita.. :)

    ReplyDelete
  5. i think kat Youtube ada je..cuma I beli DVD tu sebab hero dia my favorite actor Ewan McGregor..haha..cerita dia light light drama je..tak ada action or thriller pun, romance pun tak berat sangat..

    ReplyDelete