Wednesday, October 31, 2012

survival tips - for postgrad students

kalau nak ikutkan, banyak gila survival tips kalau kita google contohnya macam kat sini, sini dan sini.

sebenarnya aku takdelah layak sangat nak bagi tips apa bagai, cuma base on pengalaman yang pernah aku hadapi dan alami, boleh lah sikit-sikit nak tolong adik-adik kot ada yang nak sambung belajar lagi...

tapi kan...

kalau dah dapat kerja, lebih baik kerja dulu, sambung belajar lain kira. hehe..tu boleh dikatakan tips jugaklah..tips pertama aku. boleh?

okaylah, marilah kita go through tips-tips yang aku boleh bagi walaupun pengalaman masih ciput cam siput;

1. cari supervisor yang bagus
supervisor bagus memang sangat penting. in terms of sikap ambil berat, yang selalu buat meeting, yang tak berapa nak busy sangat, yang boleh membimbing. kalau boleh, cuba fikir masa depan, lepas grad nanti adakah aku akan membenci sv aku? kalau benci, baik jangan. kalau benci, anda akan serik untuk sambung belajar di peringkat yang lebih tinggi, akan serik nak buat kerja lab (kalau buat kerja lab) akan rasa depress sepanjang masa. sayangi sv anda. dan kalau sv tersebut ada link dan collaboration dengan negara luar, itu bagus sebab berkemungkinan anda akan dihantar ke luar negara untuk buat attachment. seronok kaan?

tips tambahan: nak tahu macamana nak kenal bakal sv anda? jumpa dengan beliau secara face to face. kalau terlalu banyak perkara-perkara positive atau beliau beritahu benda-benda seronok, maknanya itu bukan pilihan sv yang bagus. harapan palsu itu pasti. tanya student-student beliau. lihat kesan penuaan muka student beliau, kalau banyak kesan penuaan maka anda juga akan menghadapi situasi yang sama. tanya sama ada sv ini jenis tahan student atau tidak (penting untuk graduation). adakah anda akan grad on time kalau anda berada di bawah beliau.

2. be prepared!
ini juga berkaitan dengan sv anda. kalau anda telah bersetuju untuk sambung belajar di bawah sv tersebut, maka anda kena bersedia dengan apa sahaja yang berlaku! contoh: anda tak dibayar duit geran seperti yang dijanjikan, barang tak ada, duit geran habis, sv tak ambil kisah, sv taknak dengar cakap anda, sv tak nak jumpa anda, anda rasa terasing, sv tak memberi penyelesaian yang diharapkan. jadi be prepared! dont expect too much! nanti kecewa. jadi neutralkan diri, tabahkan hati, and go for plan B, C, D, E, dan banyak lagi plan-plan lain yang boleh dilakukan.

3. be independent
independent sangat penting! this is basic stuff actually. mesti ada dalam hati sanubari. kalau misalkata duit gaji tak dibayar, jangan harapkan sv untuk selesaikan masalah anda, pergi jumpa bendahari, cari no telefon yang berkaitan, berjumpa dengan orang yang berkaitan, selesaikan masalah anda sendiri. kalau dalam research anda menemui jalan buntu, jangan segan bertanya. terasa bodoh adalah satu perkara yang biasa. jadi jangan malu untuk rasa bodoh, jangan malu untuk tanya. lantaklah orang nak kata apa, yang penting ilmu di dada. tanya pada sesiapa yang berkaitan, walaupun dia seorang technician. networking itu penting, kalau berbuat baik waima pada lab assistant pun, for sure lab assistant akan assist anda. walaupun dia tahap spm atau sijil pun, in terms of pengalaman dan hands on, mereka sangat expert, jadi teruskan korek ilmu sebab ilmu itu bukan hanya pada pangkat dan kelulusan, tapi pada pengalaman. tanya, tanya dan tanya!

4. rujuk journal
jangan syok sendiri. yes, research is about doing something new and novel, but combining methods to make something new pun okay. pastikan tajuk relevan, kerja relevan. jangan cipta durian tak ada duri. not relevant. jangan cipta durian tak ada bau. not relevant. rujuk journal. dari journal anda akan tahu mengapa method itu digunakan, mengapa result dia macam tu, mengapa sample anda bersifat macam tu. jika tau sebab, maka anda akan selamat masa viva atau presentation, insya Allah. anda ada benda untuk di back up. again ,jangan syok sendiri. oh ya, jika senior beritahu buat begini-begini-begitu-begitu, sila rujuk journal juga. bukan tak suruh percaya, cuma confirmkan. kalau tak nanti presentation orang tanya kenapa awak buat macam ni? takkan nak jawab senior saya suruh kaaaaaaan...

haaaa penat aku bagi tips ni panjang pulak.

aku tau ada students and ex-student yang baca blog ni. kalau korang ada tips lagi, silakanlah tambah. setakat ni itu sahaja yang aku dapat fikirkan.

and good luck!

9 comments:

  1. Indeed, an amazing tips yang quite detail.

    Tip i yang first pulak kalau ada postgrad studies yang coursework basis, chase for coursework over research. Haha..

    I learn a lot in 4-Referring to journal. I used to present my proposal without literature review for methodology, then bila the prof tanya kenapa so and so, i pergi jawab, 'i think it is the best figure'...ceh, buat malu! the profs semuanya sengih2..malu gila but eventually they praise me masa second proposal defend. arh lega..my SV as usual act nonchalantly, in every situation and condition. dia type yang tak beri solution, jenis yang 'ala, this is easy'..'ala, like this, bukan apa pun..'...haih...sabar je la..

    ReplyDelete
  2. tetibe takut nak amek research mode..haihs...

    ReplyDelete
  3. b&c..that's a great tip to!!!! sangat setuju! go for course work. a lot easier. just study and exam. habis exam dapat around 3 pointer atas okaylaaa kan.. lepas tu dapat master..huhu..senang...senang..

    i thin most sv macam tu kot.. ada yang siap tambah kerja lagi. u tolong buat ni, u tolong buat tu..lalala...geram pun ada.. yup reference from journal sangat penting. kalau ikut sedap rasa, prof tak nak percaya. the power of journal kan..hehe..

    ReplyDelete
  4. shima: dont be afraid, be tough! hehe...~

    ReplyDelete
  5. OMG that's trueeeee! I quit from previous uni because I was so damn scared of my SV, not because she was too fierce but SV apa yang biar biar student terkontang kanting siap proposal alone for 3 months, suruh buat gitu gini, then one day before presentation baru check slides and presentations, demand tukar malam tu jugak? Then when the students kena hentam because of her

    Too bad I realized it after 1 sem, and no, that wasn't my proposal. Hehe. After thinking hard, and asking people around me, I decided to forgo my dream and maybe try to find a new dream somewhere.

    Alhamdulillah. I hope I made a right decision.

    And also I asked around, number three is important! Sobs. But for someone yang sangat pemalu T_T Gosh I need some strength!

    Thinking that

    ReplyDelete
  6. Good tips!

    Sgt kena ngan situasi aku yg tgh pening. Coursework ke research?...hehe

    good luck zura!

    ReplyDelete
  7. hello chezzem!

    yup! sv can be as cruel as that! hehe..that's why tip no 1 is to choose your sv wisely.. nevermind chezzem, postgrad is surely a last resort (for me at least).. if you have other better dream, just go for it! hehe...

    mulaaaan~ bakal sambungkah? well, sebab ko dah ada banyak pengalaman in kerja go for coursework cepat grad..hehe..

    ReplyDelete