Tuesday, October 16, 2012

supplements

assalaualaikum semua.

aku dah lama nak cerita hal ehwal supplements kat sini. tapi tak tertulis tulis. 

memandangkan usia pun hampir menjengah ke angka 3, korang yang seangkatan dengan aku ambil supplements apa ya? 

aku kat sini bukan nak promote supplement yang aku makan, cuma nak tanya-tanya korang yang terjah blog ni kot ada yang boleh bagi testimonial hebat ka, sebab honestly sekarang aku memang tak ambik apa-apa makanan tambahan pun. 

aku bukan apa, cuma kadang-kadang tak semua supplement yang ada di pasaran tu elok untuk kita. jadi kena timba banyak ilmu sebelum kita consume mana-mana makanan tambahan ni. 

dan aku ada usha-usha evening primrose oil (epo) dan virgin coconut oil atau vco. 

dan ada bermacam-macam jenama epo dan vco yang terdapat di pasaran. ada jugak aku survey-survey epo kat pharmacy, dan cuba untuk cari gelatin yang datang dari sumber halal. aku sepatutnya pergi halalfest hari tu sebab balik kampung, tak dapat pergi pulak.. haha banyak sangat alasan kan?

dan aku tengok produk shaklee menarik jugak sebab ada banyak supplements yang sesuai mengikut keperluan badan. 

entahlah, masih mencari dan buat research. kalau ada cadangan, bagitaulah.. sharing is caring kan? hehe..

adios, 

assalamualaikum..~

2 comments:

  1. dah setahun lebih aku makan shaklee vitamins and nona roguy phytonatal untuk kesihatan =) highly recommended!

    ReplyDelete
  2. shaklee vitamins aku baca banyak review bagus..sedang mengconsider jugak.. trimas dina!!

    ReplyDelete