Thursday, October 25, 2012

short trip - melaka part 2

day 2 di pagi hari seperti biasa, bermalas-malasan dalam bilik hotel lepas tu kelam kabut bersiap nak kejar breakfast yang sampai pukul 10.30 am. lepas breakfast, kemas-kemas beg dan mulakan perjalanan!

kalau naik kereta sekitar jam 12, bersedialah untuk mencari parking spot dengan bersungguh-sungguh sebab parking spot memang susah nak dijumpai. memang parking lot banyak terutama sekali di sekitar muzium, dan sekitar menara pahlawan, tapi boleh jugak park di sekitar kawasan kedai bersebelahan mahkota parade. dan jangan lupa, jika park di sekitar kawasan melaka, silalah beli ini sebagai langkah berjaga-jaga;


tak mahal pun, hanya 60 sen satu keping untuk satu jam. dari kena saman rm100, apelah sangat 60 sen x 4. rm2.40 untuk 4 jam adalah sangat berbaloi untuk tempat parking (imagine kl). dan walaupun tempat-tempat menarik hanya berdekatan sahaja, perlu diingat, cuaca panas akan membantutkan perjalanan anda jadi sediakan air secukupnya (boleh beli air mineral di sekitar), walaupun tak berapa jauh, tapi tetap berpeluh ketiak. 

first - kami ke muzium samudera. tiket hanya berharga rm 6 sahaja untuk 2 orang. boleh pergi 3 muzium; muzium samudera, muzium samudera 2, muzium tldm. kalau dah nama muzium, haruslah bercerita banyak tentang sejarah melaka. macam muzium samudera contohnya, banyak menceritakan tentang macamana melaka diperintahkan oleh 3 kuasa besar seperti portugis, belanda dan Inggeris. ada banyak contoh-contoh kapal yang pernah belayar ke melaka. ha hamek kau sejarah. masa sekolah taknak belajar, bila dah tua macam ni rasa woooh cool nye sejarah ni..eh..



semua yang aku baca cerita pasal kapal orang inggeris la, orang belanda la orang portugis la.. di sudut hati ku yang kudus ni rasa macam alahai kesiannya orang melayu zaman dulu diperkotak-katikkan. yang portugis ni masuk masuk terus nak memerintah. dan kenakan cukai yang tinggi-tinggi. apa ni? mestilah semua lari pergi berniaga kat tempat lain? habis melaka tahu!

bayangkanlah kalau ditakdirkan Tuhan, melaka tak kena jajah dengan protugis, agak-agak apa yang akan terjadi yek? hmmmmmm....~

 

ada satu statement yang aku ingat adalah ini;

"apabila orang portugis datang ke melaka, orang-orang melaka pun kehairananlah kerana mereka tidak pernah melihat orang putih sebelum ini. mereka menyentuh-nyentuh dan memegang-megang orang-orang portugis tersebut dan orang melaka menggelar mereka dengan nama 'benggali putih'"

memang banyak sebenarnya yang aku belajar kat sini. cuma satu kelemahan muzium ini adalah, sistem pengudaraan yang kurang baik. mungkin boleh diperbaiki lagi pada masa hadapan? tambah lebih lubang udara, kipas dan air cond misalnya? hehe..

bertentang dengan muzium samudera tu ada muzium samudera 2. tak banyak benda yang aku ingat kat sini, kebetulan ada pameran angkasa kat situ (motif pameran angkasa di muzium samudera?), aku tak minat dan tak ambil peduli. ada orang jual-jual batu dari angkasa. aku macam what? batu dari angkasa, u got to be kidding me, cewah cakap orang putih terus bajet orang inggeris. yang tu pun aku tak ambil peduli sangat. tapi satu benda yang aku tertarik adalah orang melayu pertama yang mengelilingi dunia; panglima awang. dia diberi nama 'henry the black' supaya dia tidak dibunuh kerana dia beragama islam. yang tu memang aku tak tahu. tapi kalau tengok wikipedia, lain pulak ceritanya. 

muzium ke tiga, untuk sesiapa yang berangan untuk berada dalam cerita 'battleship' boleh singgah muzium TLDM melaka ini. 


yang best pasai muzium ini adalah, 1. boleh berangan jadi krew battleship. 2. of course lah menghargai segala kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh krew-krew tldm sendiri. kalau sesiapa tak pernah merasa nak naik kapal sebenar, boleh naik di sini, dan siapa bajet kapten boleh berlakon di sini. hehe. 

next pit stop adalah st paul's church. kebetulan lalu di hadapan muzium kesenian islam (tapi kami tak masuk, agak kecewa di situ) kemudian nampak tangga naik ke sana kami terus singgah (tangga sangat tinggi!) rupanya ada tangga lain yang lebih rendah, tapi lalu stadthuys la.. kalau nak diikutkan memang smeua muzium aku nak masuk, tapi sebab fikir park kereta hanya 4 jam je, dan kaki pun dah nak patah, kami redho je.. lepak-lepak depan stadthuys sambil minum air dan lihat gelagat orang. stadthuys kalau nak masuk kena rm10 seorang. kami tak masuk sebab tak larat walau dah sampai depan pintu pagar. 




lepas tu cepat-cepat kami ke jonker street yang famous gila tu. jonker street memang cool. kalau nak diikutkan hati yang bernafsu besar ni, dah lama borong segala mak nenek benda pelik kat situ. baju-baju dan t-shirt dan beg semua kawaiii.....ada jugak barang kraftangan dan the famous chicken rice ball. itu pun kami tak rasa sebab ramai orang kata rasa nasi ayam dia sama je dengan nasi ayam kat tempat lain. cuma dibolakan je. oh, ada satu stall tu seorang gadis menjual pop out card yang sangat cool! bayangkan bukak kad je ada baju tersidai, bukak kad ada eiffel tower, bukak card ada bandar melaka. eh.. memang cantik, memang cool. rugi tak ambil gambar. kalau beli pun aku tak tau nak letak kat mane. kalau bagi orang sweet jugak.. :)

lepas habis rewang jonker street terus balik ke kereta dan pergi mahkota parade. sebenarnya dekat je, boleh jalan kaki. tapi sebab penat, sanggup, bawak kereta pergi sana. mahkota parade adalah tempat permainan aku masa aku di matrik melaka dulu. nak sejuk-sejuk boleh datang sini mengeringkan ketiak. singgah makan juga di sini, dan jalan-jalan sekitar dataran pahlawan di hadapannya.


penat tok sah cakap lah. lepas tu terus balik kl (selangor) pulak tu. nasib baik azmi masih mampu bertahan. aku dah bye bye tidur. next time kalau nak datang lagi, kena duduk hotel kat tengah bandar, senang nak jalan-jalan dan berehat. biasalah, kalau dah buat kerja last minit kan.. tapi mak okayyy jeer.. seronok jugak, jalan-jalan lihat sejarah dengan azmi. azmi pun macam tak kisah jugak nak jalan-jalan tengok muzium. hehe.

itu sahaje. selamat hari raya semua..selamat makan lembu korban.. :)

No comments:

Post a Comment