Tuesday, October 23, 2012

short trip - malacca

hari rabu lepas, azmi ada kursus di melaka. aku yang memang dah lama hajat di hati ingin pergi ke melaka juga ada rasa sikit tak puas hati di situ jadi melancarkan satu plan.

plannya; hari jumaat bila azmi dah habis kursus, aku akan terus pergi melaka naik kereta dan tidur satu malam di sana, dan balik pada hari sabtunya.

melaka dan bangi bukan jauh sangat pun.

jadi lepas pukul 2 macam tu, aku pun start bawak kereta seorang diri menuju ke melaka, berbekalkan mcd dalam kereta sebab lapar. perjalanan ambil masa 2 jam lebih sebab hujan lebat sepanjang jalan. aku pasrah je bawak slow-slow, aku syak petir berdentum kuat sampai led dashboard rosak. hehe.

aku sampai around 4pm, azmi dah sampai ke hotel yang aku dah tempah paginya. kebanyakan hotel di tengah bandar penuh, jadi aku book satu bilik di hallmark view hotel di bukit baru. kawasan memang lah tak semeriah mana, tapi agak okay sebab nak pergi bandar melaka tak sampai 10 minit naik kereta.

aku memang cheapskate, hotel nak murah je. aku rasa berbaloi jugak untuk rm160 lebih macam tu, dapat rate government diskaun sampai rm130. kalau husband kau orang government, atau kawan, atau saudara yang nak tinggal sama-sama kat mana-mana hotel pun, cuba tanya boleh dapat rate government tak, sebab boleh dapat diskaun 20% kot tak salah aku. hotel okay, ada semua benda basic macam tuala, sabun mandi dan shampoo, shower yang best (but no bathtub, ada bilik lain yang ada bathtub dengan range harga lain), ada hair dryer, king size bed dan few chanel kat flat screen tv. tapi pemandangan tak berapa nak menariklah, depan jalan raya. tapi okaylah tu untuk satu malam. bukan nak buka tingkap 24 jam pun..nak tahu lebih lanjut, boleh layari website ini. oh yang paling best adalah kehadiran benda ini dalam bilik hotel:


saje kan nak suruh aku menjaga makan supaya berat badan tidak naik ye..biase ni..

malamnya, kami tak pergi mana-mana, just hang out di bandar melaka, parking di belakang muzium kastam. jalan-jalan sampai mahkota parade dan dataran pahlawan. makan nasi putih dan asam pedas. di sekitar mahkota parade. orang melaka kata ada satu restoran nama restoran 35 yang ada asam pedas sedap. tapi sebab masa tu hujan dan kalau nak cari pun agak malas jadi kami makan saje di mana-mana kedai yang ada. asam pedas not bad, mungkin tak kena dengan selera aku, aku lagi suka asam pedas mak aku masak. hehe.. kami hanya survey-survey mana-mana tempat yang boleh dilawati untuk besoknya. malam, bandar melaka agak lengang. ada jugaklah tourist yang gigih tangkap gambar bangunan merah di sana-sini. tapi kamera perlu canggihlah. kamera aku tak ada flash..ahak!

dan tempat yang paling meriah di bandar melaka pada waktu malam, adalah di jonker street. meriah macam pasar malam, sangat banyak kereta dan orang, kami pun tak pergi, kami hanya lalu sahaja. jonker street dibuka pada waktu malam setiap hari jumaat, sabtu dan ahad malam tak salah aku. but seriously, semua tempat-tempat ni boleh pergi dengan berjalan kaki sahaja. kalau dapat sewa hotel di sekitar bandar melaka memang satu bonus lah sebab tak payah fikir pasal nak cari parking. sebab siangnya, memang parking sangat penuh!


balik dari bandar, kami singgah di seven eleven berdekatan untuk top up perut dengan air gas.. haha..

sorrylah entry kali ni tak banyak gambar, hanya tulisan semata-mata. besok aku sambung cerita trip pendek aku ke sekitar melaka.

No comments:

Post a Comment