Tuesday, October 2, 2012

objektif pertama - kuruskan badan

salam frengs!

dua tiga hari ni, setelah dapat gaji yang tak sberapa namun masih bersyukur ni, aku sudah mula cuba untuk memanjakan diri, untuk rasa bahagia macam dulu (not that aku tak bahagia sekarang cuma rasa sedikit tua). 

aku beli bb cream dari maybelin dan lip balm bibir..

tu first step ah..

dah lama sangat tak beli barang untuk diri sendiri. bedak compact dah berusia hampir 2 tahun. aku tengok pun jijik. kalau buat bacteria swab mesti macam-macam rupa bentuk koloni wujud kat situ..eww..

langkah kedua. beli scrub. walaupun aku percaya scrub dengan hanya menggunakan serbuk teh pun berkesan jugak sebenarnya, tapi mesti dalam hati tak cool pakai serbuk teh..kena beli yang kedai jugak..yang ada bahan kimia asli baru rasa badan bersih, nak juga benda yang ada paraben, baru rasa yakin nak guna..

tapi this one aku beli yang kedai ala-ala jamu yang mungkin tak ada barang terlarang dan kandungan bahan kimia tinggi. so far aku guna okay. sesuai untuk kulit alergik. nanti aku beritahu perkembangan dan beritahu di sini..

langkah ke tiga adalah beli penimbang berat badan..

lepas tu beli yang murah pulak tu. yang jenis tak muat kaki. sedih bukan kepalang sebab naik sampai 5 kg sejak raya (raya timbang di rumah mak mentua). aku terus kata mesin penimbang tu rosak sebab murah..tapi takpelah, dah beli, jadi mungkin boleh jadi indicator sahaja, tak perlu percaya sangat.. eh..

langkah ke empat..

bahan bacaan berilmiah dan majalah kecantikan..

fungsi kedua-duanya adalah untuk menaikkan semangat untuk kurus, bila tengok model cun je, mesti rasa tercabar kan? plus, ada tips-tips untuk kurus kat situ supaya aku boleh ikut. padahal memang tak akanlah kan..kutip ilmu je lebih, amalnya tidak..tapi tak salah mencuba kan? at least berusaha..

haaa..eat to release fat siap..dan ada majalah female kat situ..jangan hanya tertancap pada perkataan 'sex' sahaja..ada banyak lagi benda lain kat dalam tu..

langkah ke lima.

main badminton di malam hari. 

semalam, kami berdua (laki dan bini) pergi membeli belah barangan sukan. barangan seperti raket badminton, bulu tangkis dan grip raket, untuk azmi. aku punya set dah complete. satu jam permainan bajet balik turun 5 kg.. tak jugak nampaknya.. memang konfom-konfom rosaklah itu barang penimbang. tak pe, fikiran kena positif. jom pegi makan megi goreng mamak dengan air asam..

demikianlah hari-hari aku yang digunakan untuk merealisasikan impian kuruskan badan. aku nak mengamalkan konsep, biar lambat turun, supaya lambat naik. doakan aku ye..

sekian.. :)


8 comments:

  1. sama lah kita..I need to lose 10 kg down..seems impossible but at least we try right? chayok chayok

    ReplyDelete
  2. babe, aku pun tgh fighting to lose at least 10 kg ni utk mendapatkan figure masa kawin. insyaAllah. eat healthy, stay healthy.. hehe. aza telah introduce aku kepada zumba, dah seminggu aku berzumba, plus no food lps pukul 8 mlm n eat healthy, no processed food etc etc.. aku berjaya turunkan 3 kg yg aku kumpul masa raya... tapi hati ni kena kuat ahh.. aku kadang pkl 9 dah ketar2 rasa nak makan biskut cecah milo la, kerepek la, keropok lekor la... adehh.... d things we have to sacrifice =(

    ReplyDelete
  3. baby phat: yeah...tak salah mencuba..at least we try walaupun bercita-cita tinggi.

    ReplyDelete
  4. dina: sudah google zumba..nampak seperti sangat interesting..Ya Allah dina, kena tak makan after 8 ke? aku mana mampu buat dah sekarang? kekekekek....anyway shud try zumba to lah..nak tengok boleh turun ke tarak...

    ReplyDelete
  5. ak pon nak turun gak ajue..ni berat mase ngandung eyyan...haha..lepas tamat fully bf ak membesar dengan jaye tanpa rase besalah..oh mau tgk juga itu zumba=)

    ReplyDelete
  6. shima: sila lihat kat you tube.. zumba boleh, kena time tak ada orang, ada orang malulaaa...ko boleh berzumba ngan eyan! eyan mesti sukeekk.. ;)

    ReplyDelete
  7. hakhak..ak tgk macam dasyat sgt jek=)..eyan konpem makin kurus kalu apply ni..hikhik

    ReplyDelete
  8. terbaiklah post ni... saya suka membacanya dan ia berguna kepada si pembaca..teruskan usaha anda ^.^

    Kuruskan Badan Sambil Makan McD

    ReplyDelete