Wednesday, October 17, 2012

keluarga iskandar - episod akhir

aku memang obses cerita keluarga iskandar. memang tak pernah tinggal, if tertinggal pun aku boleh tengok balik. boleh trace kat sini untuk lebih lanjut.

kalau kamu semua semua tengok cerita tu, mungkin ada sikit, tak banyak, sikit mesti kena dengan kehidupan kamu semua. atau aku. contoh macam episod akhir keluarga iskandar semalam, banyak cerita pasal budak-budak..

budak-budak di sini bermaksud cerita mengenai sal, anak angkat azman dengan kay yang dah tahu dia tu anak angkat. cerita mengenai kay mengandung lagi, cerita mengenai azlan yang depress sebab bini dia masih belum mengandung lagi walaupun dia dah ada anak tiri dia sorang.

so aku rasa bab cerita azlan tu boleh kait sikit-sikitlah dengan aku.

aku bukannya nak terasa ke apa. ada satu dialog tu macam ni..

'kak ngah mengandung'

'hah? bukan kak ngah dah tua ke?'

seriously, kalau aku lah kan....

aku pun akan cakap benda yang sama.. muahahahaha!!jahat tak aku? jahat kan? instead of that words, kalau aku mengalami situasi macam tu aku akan kata 'congrates' lah untuk jaga hati. kehkehkeh...

tapi seriously, kadang-kadang kita rasa depress woh bila orang yang macam tak sepatutnya pregnant tiba-tiba pregnant so its like 'what?' 'hah?' 'how come?' bukan tak sepatutnya lah. ayat tu macam tak betul je..macam well, sepatutnya kalau orang tu dah berusia chances untuk conceive adalah rendah kan? tapi itu semua kan kuasa Allah swt. tapi kalau dah adik pun perli, kawan-kawan pun perli, suruh berusaha kuatlah, minum ubat kuatlah, petua itu ini (i think most guys yang selalu menghadapi situasi ni - contoh dalam tv, macam azlan tu), memang nak mintak pelempang. muka pun depress je suka sangat mempersoalkan kuasa Tuhan.. (lepas tu mula kata kita kena berusaha...blablabla...annoying siut..)

same goes to a movie 'what you expect when you are expecting'. yup... i watched it. sama la kaedaannya bila satu couple ni ttc for 2 years, datang rumah bapaknya yang kahwin dengan perempuan yang lebih muda. try to break the news nak kata 'we are pregnant'dengan excitednya, tiba-tiba si bapa kata 'omg we are pregnant too! and you are trying for how long? 2 years?' konon even dah tua pun still boleh reproduce lagi..

benda-benda ni wujud. kalau tak wujud orang tak buat cerita. bayangkan perasaan orang-orang yg ttc tu macamana. that's why some of the mothers, kalau pregnant, tak ezajerit sangat, tak post benda pelik-pelik kat facebook (like everymonth 3d baby pictures dalam perut, duh, boleh nampak ke rupa bentuk baby tu, aku tengok ketul ketul jee...), tak post baby ticking lah apalah kat facebook (facebook especially lah. if blog tak kisah lagi) sebab some women experience this especially yang dah merasa penderitaan menunggu keajaiban Tuhan yang tak kunjung tiba tu.. mothers yang merasa betapa depress nya kalau facebook wall kau dipenuhi dengan baby development kau sebab kau post kat fb jadi aku pun ternampak sekali..

and please lah, kata-kata 'sharp shooter' is soooooo not appropriate. bodo piang ka apa? ha kan dah kasar..

well, fb pun canggih.. usually aku akan hidekan saje. that's it. tu pun nak emo kan.. haha..

okaylah, thats all for today. apehal tah emo petang-petang cenggini. sorry sangat kalau aku terkasar bahasa dan sesiapa yang terasa. sebenarnya nak cerita yang aku sedih sebab keluarga iskandar dah habis. menceceh ke lain pulak..

bye. peace. assalamualaikum..~

4 comments:

  1. Ajue, i know how u feel. Masa lps aku miscarriage, 2 kakak ipar aku mengandung. Then banyak2 laa mulut2 cakap kesian ko, ko yang pengantin baru, kakak2 ko yang duk menambah anak, asyik ada isi. Yang ko susah nak lekat. Haihh, sakit hati aku. And of course it's natural to feel envious n upset instead of being happy for them kan? Aku faham... And even now, ZA kecik lagi, kakak2 ipar aku dah pregnant lagi tau Ajue... so it's never gonna end for me. It's only a matter of time b4 aku akan rasa pressure utk pregnant for 2nd baby sbb semua org bertambah2 anak tapi aku masih satu. And I just hate it when people suka sgt buat statement, "Eh, ko baru satu je anak? Takde nak tambah2 lagi? Orang lain dah 3,4. Anak ramai la bagus." Bla bla bla. Eh sorry Ajue aku pulak emo kat sini. Let's be positive!!! Yeehaa!!! Cheer up Ajue, nanti x lama lagi ada season 2 kan? aku pun nak tgk laa.. aku slalu nak tgk tp dpt tgk 1 episode je. x sempat nk tgk tv =( but i like it! mcm ala2 modern family

    ReplyDelete
  2. agree!!! that's why my husband xbg comment ape2 kat fb..xpyh nak update about your life kat fb..kalau nak luah perasaan or nak share ape2, luah n share kat dia katanya ;)..buat org menyampah je kat fb tu ;p..tp still, lain org lain caranya..ada setengah org, saje je share kat fb tanpa niat nak sakitkan/jeleskan org lain..so think +ve ya ;)

    ReplyDelete
  3. Hola dina.. Yup, the neverending question. Tapi sekarang yang banyak bising adalah makcik-makcik. Oh how i wish those makciks baca post post dari ttc blog. Understand how they feel. Like azman said in keluarga iskandar, benda ni bukan pertandingan nak tengok sape menang semua bagai. Sebab dalam citer tu pun kay n azman have been tru ttc life..baguslah cerita tu. Wehehehe...cant wait for the 2nd season..dina. Kalau tak sempat tengok bila-bila ko free boleh tegok tru link yg aku bagi tu..

    ReplyDelete
  4. Hello anon. Yeah,different people different caranya. Mungkin dia post tanpa niat lain just want to share her happiness atau seek opinion dari kawan kawan..and tulah my approach pulak selalunya hidekan aje those posts. Hehe..

    ReplyDelete