Wednesday, October 31, 2012

buku kerja dan kucing

 assalamualaikum..

kadang-kadang kalau sesuatu subjek tu saaaangat boring, aku akan lukis-lukis kasi hilang boring. mat saleh panggil doodles lah kan. masa sekolah dulu rajin lah jugak, boring je lukis boring je lukis. bila dah masuk matriks, lepas habis sekolah dah takde dah aku lukis-lukis tak tentu pasal. adalah sikit-sikit bajet nak jadi fashion designer jadi lukis baju yang aku suka. aku pernah kot tulis pasal ni sebelum ni tapi aku pun tak ingat mana tah aku letak..hehe..

semalam, aku try lah mengasah balik 'bakat' melukis aku. aku takdelah pandai lukis, tapi aku bolehlah tiru sikit-sikit lukisan orang. macam mana nak lukis owl yang comel, lukis kucing, lukis rabbit.. jadi kat bawah ni hasil kerja tiru aku pada siri kucing the cat. which aku rasa kucing dia omel omel sesangat. so aku tiru lah untuk kegembiraan diri sendiri. oh by the way, kalau nak beli buku kucing the cat boleh terjah blog tu tau..aku suka tapi aku tak beli lagi. ada siapa-siapa nak hadiahkan aku buku tu tak? mesti aku kenang sampai bila-bila..ngehehehehe...


hasil lukisan aku pada buku rujukan aku: rasa best dan gembira. barulah buku nota aku ceria..ewah.. :P

aku baca sambil lukis kucing, lepas tu baca lagi, tanda-tanda mana yang patut, lepas tu lukis lagi.. seronok pulak aku rasa...rasa macam budak sekolah balik pun ade. hehe..

dan betul jugak ada sesetengah orang kata, we should bring out our inner child in us, sebab budak-budak kan, pemikiran lebih kreatif, lebih gembira, kurang stress, bebas...

jom semua, petang ni kita main layang-layang pulak... ;)

No comments:

Post a Comment