Thursday, October 4, 2012

beli rumah?

assalamualaikum semua!

orang keje gahmen mesti gembira naik gaji kan? aku pun gembira la jugak sebab azmi pun gahmen, tapi tak gembira sangat sebab aku tersepit antara dua, gahmen dan bukan gahmen. kami taknak baucer buku! kami nak duit rm250! atau gaji 1 setengah bulan macam orang gahmen! hakhakhak...tamak-tamak..

aku okay je. bajet dah dibentangkan minggu lepas, minggu ni baru aku baru sibuk nak komen sana sini.

tapi bagi aku, tak kisahlah pm kita nak bagi apa pun. kalau ikutkan hati memang banyak benda tak puas hati. manusia kan. mana kenal erti puas. nak lebih aje..

tapi aku suka baca komen komen orang dan post-post orang mengenai bajet ni. kita tak boleh tengok kat tv je. kalau kat tv, semua orang berpuas hati, semua orang bersyukur, semua orang gembira. yang tak puas hati, yang tak bersyukur, yang tak gembira, semua kena tolak tepi, dan kena kutuk lagi ada..

jadi jangan tengok berita kalau cerita pasal politik. sampai bila-bila pun tak habis.

kita pulak, janganlah bias, kita kena dengar dari kedua belah pihak, dan buat keputusan. dan hormatilah keputusan orang lain kalau berbeza pendapat. tak payah nak kutuk sana kutuk sini kan...

itu pandangan aku la..

lagi satu, hal rumah. aku tertarik sangat dengan post dari berita semasa ni. aku tak tahu kesasihan cerita ni. tapi kalau kalian baca, sila baca sampai habis. kalau dah baca sampai habis, baca juga komen komen menarik di bawahnya. ceritanya, 60% kakitangan awam masih belum mampu miliki rumah sendiri. jadi silalah baca kalau interested..

bagi aku pula, memang terasa sangat tempiasnya. sebab sekarang kami sendiri tengah cari rumah. terkapai-kapai nak mencari rumah sana sini. harga rumah semakin tinggi. tapi kami akui, kami demand lebih. kami nak rumah yang selesa, yang besar, yang dua tingkat, yang baru!

untuk semua orang miliki rumah sendiri memang boleh. tapi jauh sangat-sangat. nilai sekarang pun boleh tahan harganya, tapi masih boleh mampu milik untuk lepasan ijazah punya kerja. kalau kat kl, memang hanya mampu menyewa sahaja.

aku rasa problem sekarang sebab kebanyakan pekerja bekerja kat pusat bandar. kl lah especially. untuk miliki rumah sendiri kat kl memang sangat-sangat tidak mampu untuk orang yang berpendapatan kecik dan sederhana. yang bising-bising kata tak mampu beli rumah tu bukan tak mampu. cuma tak mampu nak beli rumah kat kl (atau bandar besar yang lain). cuba pi sungai petani kedah sana nun, rumah semi D tak sampai 300k. tapi tunggulah kalau sp tu maju sesangat nanti, naik jugak harga rumah kat situ.

aku tak kata orang lain, kami berdua pun boleh jadi contoh, suka merungut tak boleh beli rumah sendiri. rumah sebenarnya senang nak cari, subsale memang banyak, lelong apatah lagi. cuma berani atau tidak, bijak atau tidak. ilmu kena lebih, kalau nak pandai bab-bab ni, boleh baca blog abang ensem yang di promote oleh kak nadot...dan beli buku dia. aku tak beli lah sebab aku pun tak ada duit. dan aku tak berapa nak minat hal ehwal hartanah ni (haha, boleh ke?)..

kalau mampu beli rumah kat nilai atau seremban pun, kena fikir pasal perjalanan yang jauh. aku tak pela, kerja kat bangi. even kalau rumah kat nilai atau sepang, atau beranang, semua tu aku boleh redah. yang membeli rumah bukan aku, laki aku. dia nak membawa motor jauh sampai ke pj tu macam 1 azab. kesian kat dia. kualiti hidup dah tak ada. mana taknya, weekdays balik kerja penat bukan main sebab nak menghadap jalan yang jauh. weekend pulak aku dok mengajak dia jalan ke sana kemari. hehe..


rumah idaman aku rumah kayu jee..tapi kl susah nak dapat.. hehe..sumber dari google image.

jadi itulah, bila fikir balik, lebih baik meyewa je kalau betul-betul nak dekat kerja dekat dengan rumah. bila dah bersara nanti, nak ke kita duduk kat tempat yang sesak macam tu? orang dulu-dulu bila start kerja terus beli rumah dekat kampung halaman, sebab lepas bersara nak balik ke tempat asal. orang sekarang semua nak beli rumah kat tengah bandar, sebab dah biasa hidup di bandar, dekat dengan tempat kerja, lagipun, rumah tu rumah kita, bukan rumah orang lain. rugi bayar sewa bulan bulan duit dapat kat orang lain..

dan aku rasa untuk puaskan hati rakyat marhaen, harga rumah patut diturunkan. senang hati kami. tak perlu bina rumah baru yang mampu milik tapi jauh dari kl...jauh tuuuu....duit minyak tol lagi....

entahlah..

orang lain pendapatnya lain..

ps: aku nak kerja kampung, aku tengok orang kampung tak kisah pun harga rumah naik sebab dah ada tanah sendiri. hehe..


6 comments:

  1. ajue, aku n ajai pun sedang mencari rumah. ktrg sampai da decide, ok fine beli je subsale, buruk pun buruklah, at least x semahal rumah baru. kalau nak beli condo (mcm rumah aku ni) mmg mampu, tapi kualiti hidup as family xde kat situ. aku nak tanam pokok, bagi zabi aydan kenal bunga2 n pokok2 sesuai utk tanam dpn rumah. nak a small piece of land, at least. nak senang family dtg rumah, sbb bila suh dtg rmh ktrg, family asyik complain duk rumah condo susah nak masuk, parking jauh blablabla... bayangkan kalau anak ramai.. duduk condo? not a good idea. nak selesa sokmo. aku x kesah duduk outskirts KL. ajai? well, he needs to be in KL. his job requires him to do so. so we have no choice. terpaksalah korbankan benda2 lain bila da beli rumah. yes, aku agree ngan ko, harga rumah kt KL terlalu tinggi, x padan dgn income kita x brapa tinggi. kalau kt singapore lain la, rumah mahal, gaji pun banyak. rumah teres kecik 40 tahun mcm nak fall apart pun tp sbb location alamatnya KL pun boleh cecah 800k. so in the end, middle class n lower class mcm kita ni sume mampu menyewa aje. nak beli rumah boleh tapi like u said lah, beli rumah kotak/jauh gila from tmpt keja. oh well, oh well. let's start saving! kita set goal k ajue... buy a property by 2013.. =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dina: Yeah..meman sedng saving sikit sikit pun dina.. Hopefully we can afford to buy a proper house in the future..kalau kat kl memang boleh afford beli kondo je laa. Rumah tanah memang susah sangat. Yang untung if the parents dah beli rumah zaman dulu n the children boleh duduk lepas kawen dan sambung bayar. Or like paying the rent to our own parents...kalau macam tu tak rasa rugi kot. Tapi papehal pon we need our own house walau di mana pun..

      Delete
  2. btolla ajue..harga umah mmg macam hampeh skang..ak beli uma kat puncak alam..sebenarnye sgtla jauh dari tempat keje ak..hihi..nearly 30km..but wut to do..kenela jugak beli...masa ak beli umah ak semi d link corner taun lepas 422k..tapi kawan ak beli taun ni teres due tingkat corner area umah ak juge 470k..huish bayangkan cepatnyer naik..kene bersaving bagai nak bayar umah nnt..travelling tol jammed..haihs demi impian berumah sendiri=(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sima: laki aku travel naik moto 40kmkot..so 30km naik keter aku rasa ok je. Tapi tu laa tak tahan minyak and toll. Untuk orang yang keje pinggir bandar untung sikit sebab harga rumah still reasonable cth seremban nilai pajam sepang rawang dsbg. Tapi both laki bini kena kerje satu tempatla...memang harga tanah dan rumah akan naik 20k setiap 3 atau 4 bulan. Bayangkanlah..tah sape buat peraturan macam tu tah..huhu...

      Delete
  3. good sharing..
    agak terkezut 60% staff gov xbeli rumah lg..
    mcm sy hubby in progress nak beli rumah apartment yg 10km dr opis. coz nak beli umah landed x mampu..
    n pelan jangka ms panjang kami nak beli umah landed kat kwsn yg sama...n mmg kami dh start saving for that from now.
    kami nak spend time w anak2..xnk masa byk kat jalan raya...atas sbb tu kenela berkorban dr sekarang..xmakan mewah, xpegi bercuti dll ;)

    ReplyDelete
  4. Anon: tula untung kalau rumah dekat dengan tempat kerje. Tak payah nak meredah jam sgt. Kadang kadang kalau tempat kerje jauh, redah jam lagi lama dari spend time with family. Bila balik penat lagi then anak nak mintak attention lagi.. Benda macam ni sampai bila-bila pun tak habis..huhuu...

    ReplyDelete