Wednesday, October 31, 2012

survival tips - for postgrad students

kalau nak ikutkan, banyak gila survival tips kalau kita google contohnya macam kat sini, sini dan sini.

sebenarnya aku takdelah layak sangat nak bagi tips apa bagai, cuma base on pengalaman yang pernah aku hadapi dan alami, boleh lah sikit-sikit nak tolong adik-adik kot ada yang nak sambung belajar lagi...

tapi kan...

kalau dah dapat kerja, lebih baik kerja dulu, sambung belajar lain kira. hehe..tu boleh dikatakan tips jugaklah..tips pertama aku. boleh?

okaylah, marilah kita go through tips-tips yang aku boleh bagi walaupun pengalaman masih ciput cam siput;

1. cari supervisor yang bagus
supervisor bagus memang sangat penting. in terms of sikap ambil berat, yang selalu buat meeting, yang tak berapa nak busy sangat, yang boleh membimbing. kalau boleh, cuba fikir masa depan, lepas grad nanti adakah aku akan membenci sv aku? kalau benci, baik jangan. kalau benci, anda akan serik untuk sambung belajar di peringkat yang lebih tinggi, akan serik nak buat kerja lab (kalau buat kerja lab) akan rasa depress sepanjang masa. sayangi sv anda. dan kalau sv tersebut ada link dan collaboration dengan negara luar, itu bagus sebab berkemungkinan anda akan dihantar ke luar negara untuk buat attachment. seronok kaan?

tips tambahan: nak tahu macamana nak kenal bakal sv anda? jumpa dengan beliau secara face to face. kalau terlalu banyak perkara-perkara positive atau beliau beritahu benda-benda seronok, maknanya itu bukan pilihan sv yang bagus. harapan palsu itu pasti. tanya student-student beliau. lihat kesan penuaan muka student beliau, kalau banyak kesan penuaan maka anda juga akan menghadapi situasi yang sama. tanya sama ada sv ini jenis tahan student atau tidak (penting untuk graduation). adakah anda akan grad on time kalau anda berada di bawah beliau.

2. be prepared!
ini juga berkaitan dengan sv anda. kalau anda telah bersetuju untuk sambung belajar di bawah sv tersebut, maka anda kena bersedia dengan apa sahaja yang berlaku! contoh: anda tak dibayar duit geran seperti yang dijanjikan, barang tak ada, duit geran habis, sv tak ambil kisah, sv taknak dengar cakap anda, sv tak nak jumpa anda, anda rasa terasing, sv tak memberi penyelesaian yang diharapkan. jadi be prepared! dont expect too much! nanti kecewa. jadi neutralkan diri, tabahkan hati, and go for plan B, C, D, E, dan banyak lagi plan-plan lain yang boleh dilakukan.

3. be independent
independent sangat penting! this is basic stuff actually. mesti ada dalam hati sanubari. kalau misalkata duit gaji tak dibayar, jangan harapkan sv untuk selesaikan masalah anda, pergi jumpa bendahari, cari no telefon yang berkaitan, berjumpa dengan orang yang berkaitan, selesaikan masalah anda sendiri. kalau dalam research anda menemui jalan buntu, jangan segan bertanya. terasa bodoh adalah satu perkara yang biasa. jadi jangan malu untuk rasa bodoh, jangan malu untuk tanya. lantaklah orang nak kata apa, yang penting ilmu di dada. tanya pada sesiapa yang berkaitan, walaupun dia seorang technician. networking itu penting, kalau berbuat baik waima pada lab assistant pun, for sure lab assistant akan assist anda. walaupun dia tahap spm atau sijil pun, in terms of pengalaman dan hands on, mereka sangat expert, jadi teruskan korek ilmu sebab ilmu itu bukan hanya pada pangkat dan kelulusan, tapi pada pengalaman. tanya, tanya dan tanya!

4. rujuk journal
jangan syok sendiri. yes, research is about doing something new and novel, but combining methods to make something new pun okay. pastikan tajuk relevan, kerja relevan. jangan cipta durian tak ada duri. not relevant. jangan cipta durian tak ada bau. not relevant. rujuk journal. dari journal anda akan tahu mengapa method itu digunakan, mengapa result dia macam tu, mengapa sample anda bersifat macam tu. jika tau sebab, maka anda akan selamat masa viva atau presentation, insya Allah. anda ada benda untuk di back up. again ,jangan syok sendiri. oh ya, jika senior beritahu buat begini-begini-begitu-begitu, sila rujuk journal juga. bukan tak suruh percaya, cuma confirmkan. kalau tak nanti presentation orang tanya kenapa awak buat macam ni? takkan nak jawab senior saya suruh kaaaaaaan...

haaaa penat aku bagi tips ni panjang pulak.

aku tau ada students and ex-student yang baca blog ni. kalau korang ada tips lagi, silakanlah tambah. setakat ni itu sahaja yang aku dapat fikirkan.

and good luck!

buku kerja dan kucing

 assalamualaikum..

kadang-kadang kalau sesuatu subjek tu saaaangat boring, aku akan lukis-lukis kasi hilang boring. mat saleh panggil doodles lah kan. masa sekolah dulu rajin lah jugak, boring je lukis boring je lukis. bila dah masuk matriks, lepas habis sekolah dah takde dah aku lukis-lukis tak tentu pasal. adalah sikit-sikit bajet nak jadi fashion designer jadi lukis baju yang aku suka. aku pernah kot tulis pasal ni sebelum ni tapi aku pun tak ingat mana tah aku letak..hehe..

semalam, aku try lah mengasah balik 'bakat' melukis aku. aku takdelah pandai lukis, tapi aku bolehlah tiru sikit-sikit lukisan orang. macam mana nak lukis owl yang comel, lukis kucing, lukis rabbit.. jadi kat bawah ni hasil kerja tiru aku pada siri kucing the cat. which aku rasa kucing dia omel omel sesangat. so aku tiru lah untuk kegembiraan diri sendiri. oh by the way, kalau nak beli buku kucing the cat boleh terjah blog tu tau..aku suka tapi aku tak beli lagi. ada siapa-siapa nak hadiahkan aku buku tu tak? mesti aku kenang sampai bila-bila..ngehehehehe...


hasil lukisan aku pada buku rujukan aku: rasa best dan gembira. barulah buku nota aku ceria..ewah.. :P

aku baca sambil lukis kucing, lepas tu baca lagi, tanda-tanda mana yang patut, lepas tu lukis lagi.. seronok pulak aku rasa...rasa macam budak sekolah balik pun ade. hehe..

dan betul jugak ada sesetengah orang kata, we should bring out our inner child in us, sebab budak-budak kan, pemikiran lebih kreatif, lebih gembira, kurang stress, bebas...

jom semua, petang ni kita main layang-layang pulak... ;)

Tuesday, October 30, 2012

taken 2 tak sama macam taken 1

assalamualaikum semua!

hari ni aku nak buat review tentnag cerita taken 2 yang berzaman dulu dah ditayang, baru nak tengok hari sabtu lepas.

sebab apa aku eager sangat nak tengok taken 2?

sebab aku dah tengok taken 1, memang best dan kasi jantung degup laju laaa senang cerita..

jadi itu harapan aku pada taken 2..sorry to say lah uncle liam, i tak puas lah tengok you berlakon, plus, you tak kejam macam dulu.eheh..

cerita tu semua okay, part drama uncle liam dengan wife dan anak dia, part wife dia ada masalah, part anak dia dengan boyfriend dia..aku tak ada masalah dengan tu semua..dan aku rasa, part tu harus dipendekkan, panjangkan part aksi dan kasi jantung degup kencang macam taken 1 tu..

yang aku bermasalah sikit adalah; betapa agama Islam tu ditekankan sangat sebagai watak antagonis dalam cerita tu. aku harap aku sorang jelah rasa macam tu, tapi azmi pun rasa macam tu. konon nak bersifat terbuka aaa, tapi end up, aku rasa aku tak suka cerita tu pulak sebab banyak sangat hal ehwal Islam yang ditunjukkan. contoh macam awal-awal scene, di kubur orang Islam, dibaca surah yasin, ditunjukkan bahawa mereka ni akan balas dendam dengan kematian anak, cucu, saudara mereka.

taken 2 adalah kesinambungan taken 1, tapi Islam tak ditonjolkan sangat dalam taken 1. cuma tatoo di tangan menunjukkan bulan dan bintang.

abang pengarah, Islam tak suruh tatoo-tatoo tangan ni. haram lagi ada...tak kisahlah nak tatoo bulan bintang ka, bulan sabit ka, kalimah sucika, tetap tak boleh bang.

dan Islam mengharam jual-jual orang, terutama sekali kalau jual orang untuk jadi hamba seks.

dan Islam mengharamkan orang-yang berdendam-dendam ni. tak ada istilah balas dendam dalam Islam..

tapi abang pengarah nak jugak tekankan hal-hal tu dalam certita taken 2. rasa down lah macam ni. tapi apa nak buat, bukan semua orang Islam itu baik, dan bukan semua yang jahat.

dan aku cuba untuk beada di kasut orang lain (in their shoes) orang lain yang bukan Islam, apakah pandangan mereka? adakah mereka suka? adakah mereka tepuk tangan? adakah mereka buat tak tau je and enjoy the movie?

and cuba kalau scene tu ditukarkan, orang yang mati ditanam itu adalah orang dari agama lain. upacara keagamaan dijalankan, kemudian mahu membalas dendam. dan dibuat di kawasan yang simbolik dengan agama tersebut.

macam mana dengan perasan aku dan pandangan aku agaknya?

even istanbul yang cantik didescribekan oleh dina pun aku tak nampak cantik dah. habis rosak hancur semua. tapi bila aku dengar azan dari dalam cerita tu, aku rasa gembira. aku tak tahu kenapa, aku rasa seronok sebab menunjukkan azan selalu berkumandang di situ. sedap pulak tu. aku yang dengar dari cerita tu pun rasa best, inikan pulan uncle liam kan, statement uncle liam mengenai azan di istanbul;

"The call to prayer happens five times a day, and for the first week, it drives you crazy, and then it just gets into your spirit, and it's the most beautiful, beautiful thing… There are 4,000 mosques in the city. Some are just stunning, and it really makes me think about becoming a Muslim." source.

haha tu lain cerita lah.. ke lain pulak.

haaaanyway, bukan aku je yang berpandangan begini. orang lain pun same tau..

okay, bye.

assalamualaikum..~

Monday, October 29, 2012

hari raya aidiladha dan hari berikutnya

selamat hari raya aidiladha yang ke empat. pagi tadi nampak ada kambing kat sekolah masa aku lalu nak hantar azmi ke office dia. jadi ada orang buat korban lagi rupanya. 

ketupat palas yang mak buat.. rindu..rindu..sedap pulak tu..lepas kempunan i...~


abah bersiap nak pergi sembelih lembu dengan pakai baju sponsor. gambar pak jib besarnyeeew...

hasil dari abah sembelihan abah..

kemas buku kat bilik bajet ulat buku..~

double happiness.. muak makan daging makan aiskrim pulak..yum!

parking lot, bawak mak tonton taken 2...

view malam hari dari rumah mak sangat cantik, sebab tak nampak loji..muahaha...

lepas gian pergi ikea dan beli ini sahaja..

selamat hari raya.. :)

Thursday, October 25, 2012

short trip - melaka part 2

day 2 di pagi hari seperti biasa, bermalas-malasan dalam bilik hotel lepas tu kelam kabut bersiap nak kejar breakfast yang sampai pukul 10.30 am. lepas breakfast, kemas-kemas beg dan mulakan perjalanan!

kalau naik kereta sekitar jam 12, bersedialah untuk mencari parking spot dengan bersungguh-sungguh sebab parking spot memang susah nak dijumpai. memang parking lot banyak terutama sekali di sekitar muzium, dan sekitar menara pahlawan, tapi boleh jugak park di sekitar kawasan kedai bersebelahan mahkota parade. dan jangan lupa, jika park di sekitar kawasan melaka, silalah beli ini sebagai langkah berjaga-jaga;


tak mahal pun, hanya 60 sen satu keping untuk satu jam. dari kena saman rm100, apelah sangat 60 sen x 4. rm2.40 untuk 4 jam adalah sangat berbaloi untuk tempat parking (imagine kl). dan walaupun tempat-tempat menarik hanya berdekatan sahaja, perlu diingat, cuaca panas akan membantutkan perjalanan anda jadi sediakan air secukupnya (boleh beli air mineral di sekitar), walaupun tak berapa jauh, tapi tetap berpeluh ketiak. 

first - kami ke muzium samudera. tiket hanya berharga rm 6 sahaja untuk 2 orang. boleh pergi 3 muzium; muzium samudera, muzium samudera 2, muzium tldm. kalau dah nama muzium, haruslah bercerita banyak tentang sejarah melaka. macam muzium samudera contohnya, banyak menceritakan tentang macamana melaka diperintahkan oleh 3 kuasa besar seperti portugis, belanda dan Inggeris. ada banyak contoh-contoh kapal yang pernah belayar ke melaka. ha hamek kau sejarah. masa sekolah taknak belajar, bila dah tua macam ni rasa woooh cool nye sejarah ni..eh..



semua yang aku baca cerita pasal kapal orang inggeris la, orang belanda la orang portugis la.. di sudut hati ku yang kudus ni rasa macam alahai kesiannya orang melayu zaman dulu diperkotak-katikkan. yang portugis ni masuk masuk terus nak memerintah. dan kenakan cukai yang tinggi-tinggi. apa ni? mestilah semua lari pergi berniaga kat tempat lain? habis melaka tahu!

bayangkanlah kalau ditakdirkan Tuhan, melaka tak kena jajah dengan protugis, agak-agak apa yang akan terjadi yek? hmmmmmm....~

 

ada satu statement yang aku ingat adalah ini;

"apabila orang portugis datang ke melaka, orang-orang melaka pun kehairananlah kerana mereka tidak pernah melihat orang putih sebelum ini. mereka menyentuh-nyentuh dan memegang-megang orang-orang portugis tersebut dan orang melaka menggelar mereka dengan nama 'benggali putih'"

memang banyak sebenarnya yang aku belajar kat sini. cuma satu kelemahan muzium ini adalah, sistem pengudaraan yang kurang baik. mungkin boleh diperbaiki lagi pada masa hadapan? tambah lebih lubang udara, kipas dan air cond misalnya? hehe..

bertentang dengan muzium samudera tu ada muzium samudera 2. tak banyak benda yang aku ingat kat sini, kebetulan ada pameran angkasa kat situ (motif pameran angkasa di muzium samudera?), aku tak minat dan tak ambil peduli. ada orang jual-jual batu dari angkasa. aku macam what? batu dari angkasa, u got to be kidding me, cewah cakap orang putih terus bajet orang inggeris. yang tu pun aku tak ambil peduli sangat. tapi satu benda yang aku tertarik adalah orang melayu pertama yang mengelilingi dunia; panglima awang. dia diberi nama 'henry the black' supaya dia tidak dibunuh kerana dia beragama islam. yang tu memang aku tak tahu. tapi kalau tengok wikipedia, lain pulak ceritanya. 

muzium ke tiga, untuk sesiapa yang berangan untuk berada dalam cerita 'battleship' boleh singgah muzium TLDM melaka ini. 


yang best pasai muzium ini adalah, 1. boleh berangan jadi krew battleship. 2. of course lah menghargai segala kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh krew-krew tldm sendiri. kalau sesiapa tak pernah merasa nak naik kapal sebenar, boleh naik di sini, dan siapa bajet kapten boleh berlakon di sini. hehe. 

next pit stop adalah st paul's church. kebetulan lalu di hadapan muzium kesenian islam (tapi kami tak masuk, agak kecewa di situ) kemudian nampak tangga naik ke sana kami terus singgah (tangga sangat tinggi!) rupanya ada tangga lain yang lebih rendah, tapi lalu stadthuys la.. kalau nak diikutkan memang smeua muzium aku nak masuk, tapi sebab fikir park kereta hanya 4 jam je, dan kaki pun dah nak patah, kami redho je.. lepak-lepak depan stadthuys sambil minum air dan lihat gelagat orang. stadthuys kalau nak masuk kena rm10 seorang. kami tak masuk sebab tak larat walau dah sampai depan pintu pagar. 




lepas tu cepat-cepat kami ke jonker street yang famous gila tu. jonker street memang cool. kalau nak diikutkan hati yang bernafsu besar ni, dah lama borong segala mak nenek benda pelik kat situ. baju-baju dan t-shirt dan beg semua kawaiii.....ada jugak barang kraftangan dan the famous chicken rice ball. itu pun kami tak rasa sebab ramai orang kata rasa nasi ayam dia sama je dengan nasi ayam kat tempat lain. cuma dibolakan je. oh, ada satu stall tu seorang gadis menjual pop out card yang sangat cool! bayangkan bukak kad je ada baju tersidai, bukak kad ada eiffel tower, bukak card ada bandar melaka. eh.. memang cantik, memang cool. rugi tak ambil gambar. kalau beli pun aku tak tau nak letak kat mane. kalau bagi orang sweet jugak.. :)

lepas habis rewang jonker street terus balik ke kereta dan pergi mahkota parade. sebenarnya dekat je, boleh jalan kaki. tapi sebab penat, sanggup, bawak kereta pergi sana. mahkota parade adalah tempat permainan aku masa aku di matrik melaka dulu. nak sejuk-sejuk boleh datang sini mengeringkan ketiak. singgah makan juga di sini, dan jalan-jalan sekitar dataran pahlawan di hadapannya.


penat tok sah cakap lah. lepas tu terus balik kl (selangor) pulak tu. nasib baik azmi masih mampu bertahan. aku dah bye bye tidur. next time kalau nak datang lagi, kena duduk hotel kat tengah bandar, senang nak jalan-jalan dan berehat. biasalah, kalau dah buat kerja last minit kan.. tapi mak okayyy jeer.. seronok jugak, jalan-jalan lihat sejarah dengan azmi. azmi pun macam tak kisah jugak nak jalan-jalan tengok muzium. hehe.

itu sahaje. selamat hari raya semua..selamat makan lembu korban.. :)

Tuesday, October 23, 2012

short trip - malacca

hari rabu lepas, azmi ada kursus di melaka. aku yang memang dah lama hajat di hati ingin pergi ke melaka juga ada rasa sikit tak puas hati di situ jadi melancarkan satu plan.

plannya; hari jumaat bila azmi dah habis kursus, aku akan terus pergi melaka naik kereta dan tidur satu malam di sana, dan balik pada hari sabtunya.

melaka dan bangi bukan jauh sangat pun.

jadi lepas pukul 2 macam tu, aku pun start bawak kereta seorang diri menuju ke melaka, berbekalkan mcd dalam kereta sebab lapar. perjalanan ambil masa 2 jam lebih sebab hujan lebat sepanjang jalan. aku pasrah je bawak slow-slow, aku syak petir berdentum kuat sampai led dashboard rosak. hehe.

aku sampai around 4pm, azmi dah sampai ke hotel yang aku dah tempah paginya. kebanyakan hotel di tengah bandar penuh, jadi aku book satu bilik di hallmark view hotel di bukit baru. kawasan memang lah tak semeriah mana, tapi agak okay sebab nak pergi bandar melaka tak sampai 10 minit naik kereta.

aku memang cheapskate, hotel nak murah je. aku rasa berbaloi jugak untuk rm160 lebih macam tu, dapat rate government diskaun sampai rm130. kalau husband kau orang government, atau kawan, atau saudara yang nak tinggal sama-sama kat mana-mana hotel pun, cuba tanya boleh dapat rate government tak, sebab boleh dapat diskaun 20% kot tak salah aku. hotel okay, ada semua benda basic macam tuala, sabun mandi dan shampoo, shower yang best (but no bathtub, ada bilik lain yang ada bathtub dengan range harga lain), ada hair dryer, king size bed dan few chanel kat flat screen tv. tapi pemandangan tak berapa nak menariklah, depan jalan raya. tapi okaylah tu untuk satu malam. bukan nak buka tingkap 24 jam pun..nak tahu lebih lanjut, boleh layari website ini. oh yang paling best adalah kehadiran benda ini dalam bilik hotel:


saje kan nak suruh aku menjaga makan supaya berat badan tidak naik ye..biase ni..

malamnya, kami tak pergi mana-mana, just hang out di bandar melaka, parking di belakang muzium kastam. jalan-jalan sampai mahkota parade dan dataran pahlawan. makan nasi putih dan asam pedas. di sekitar mahkota parade. orang melaka kata ada satu restoran nama restoran 35 yang ada asam pedas sedap. tapi sebab masa tu hujan dan kalau nak cari pun agak malas jadi kami makan saje di mana-mana kedai yang ada. asam pedas not bad, mungkin tak kena dengan selera aku, aku lagi suka asam pedas mak aku masak. hehe.. kami hanya survey-survey mana-mana tempat yang boleh dilawati untuk besoknya. malam, bandar melaka agak lengang. ada jugaklah tourist yang gigih tangkap gambar bangunan merah di sana-sini. tapi kamera perlu canggihlah. kamera aku tak ada flash..ahak!

dan tempat yang paling meriah di bandar melaka pada waktu malam, adalah di jonker street. meriah macam pasar malam, sangat banyak kereta dan orang, kami pun tak pergi, kami hanya lalu sahaja. jonker street dibuka pada waktu malam setiap hari jumaat, sabtu dan ahad malam tak salah aku. but seriously, semua tempat-tempat ni boleh pergi dengan berjalan kaki sahaja. kalau dapat sewa hotel di sekitar bandar melaka memang satu bonus lah sebab tak payah fikir pasal nak cari parking. sebab siangnya, memang parking sangat penuh!


balik dari bandar, kami singgah di seven eleven berdekatan untuk top up perut dengan air gas.. haha..

sorrylah entry kali ni tak banyak gambar, hanya tulisan semata-mata. besok aku sambung cerita trip pendek aku ke sekitar melaka.

Monday, October 22, 2012

monday blues

assalamualaikum..

yours truly gila depress hari ni. kalau nak diikutkan hari hari depress..

sebab?

hari hari rasa tak senagat dah nak buat kerja. rasa kerja semua sia sia.. hari-hari buat lab pun tak guna asyik tak dapat result je. lepas tu tertekan dengan birokrasi lagi..

perasaan nak quit tu kan - sangat membuak-buak. lain sangat lah waktu sekarang dengan waktu master dulu.

lain sangat..

depress kali ni lain macam sikit. angin dia putar alam. bau pun kurang menyenangkan.

apa ni? petandakah?

aku tahu sekarng baru semester 2. ada 4 sem lagi kena harungi. tapi 4 sem tu bukan lama, kejap je. bila-bila aku give up dan blah begitu saje..

sabarlah wahai hati.. sabarlah..


Friday, October 19, 2012

Hillarious; Parenting test: 14 steps to follow before you have children

Assalamualaikum ollz!

last time, i post about kamasleepa, saje nak takut-takut kan diri sendiri kalau nak jadi ibu, bersedia ke tak kan?

this time, i know about this from her. thanks hana for sharing this. it really made my day. dahlah hari-hari murung..bila baca benda pelik macam ni terasa hati sangat ceria! teirma kasih terima kasih..

jadi bersediakah aku untuk jadi mommy ni? 

kalau nak tau bersedia ke tak, meh meh test iri sendiri; here goes:

Test 1: Preparation
Women: To prepare for pregnancy
1. Put on a dressing gown and stick a beanbag down the front.
2. Leave it there.
3. After nine months, remove 5 per cent of the beans.

Men: To prepare for children
1. Go to a local chemist, tip the contents of your wallet onto the counter and tell the pharmacist to help himself.
2. Go to the supermarket. Arrange to have your salary paid directly to their head office.
3. Go home. Pick up the newspaper and read it for the last time.
Test 2: Knowledge
Find a couple who are already parents and berate them about their methods of discipline, lack of patience, appallingly low tolerance levels and how they have allowed their children to run wild. Suggest ways in which they might improve their child's sleeping habits, toilet training, table manners and overall behaviour. Enjoy it; this will be the last time in your life that you will have all the answers.
Test 3: Nights
1. Walk around the living room from 5pm to 10pm carrying a wet bag weighing approximately 4-6kg, with a radio turned to static (or some other obnoxious sound) playing loudly.
2. At 10pm, put the bag down, set the alarm for midnight and go to sleep.
3. Get up at 11pm and walk the bag around the living room until 1am.4. Set the alarm for 3am.
5. As you can't get back to sleep, get up at 2am and make a cup of tea.
6. Go to bed at 2.45am.
7. Get up again at 3am when the alarm goes off.
8. Sing songs in the dark until 4am.
9. Put the alarm on for 5am. Get up when it goes off.
10. Make breakfast.
*Keep this up for 5 years. LOOK CHEERFUL.
Test 4: Dressing small children
1. Buy a live octopus and a string bag.
2. Attempt to put the octopus into the string bag so that no arms hangout.
*Time Allowed: 5 minutes
Test 5: Cars
1. Forget the BMW; buy a practical 5-door wagon.
2. Buy a chocolate ice cream cone and put it in the glove compartment. Leave it there.
3. Get a coin. Insert it into the CD player.
4. Take a box of chocolate biscuits; mash them into the back seat.
5. Run a garden rake along both sides of the car.
Test 6: Going for a walk
1. Wait.
2. Go out the front door.
3. Come back in again.
4. Go out.
5. Come back in again.
6. Go out again.
7. Walk down the front path.
8. Walk back up it.
9. Walk down it again.
10. Walk very slowly down the road for five minutes.
11. Stop, inspect minutely and ask at least six questions about every piece of used chewing gum, dirty tissue and dead insect along the way.
12. Retrace your steps.
13. Scream that you have had as much as you can stand until the neighbours come out and stare at you.
14. Give up and go back into the house.
*You are now just about ready to try taking a small child for a walk.
Test 7: Conversations with children
Repeat everything you say at least 5 times.
Test 8: Grocery shopping
1. Go to the local supermarket. Take with you the nearest thing you can find to a preschool child - a fully grown goat is excellent. If you intend to have more than one child, take more than one goat.
2. Buy your weekly groceries without letting the goat(s) out of your sight.
3. Pay for everything the goat eats or destroys.
*Until you can easily accomplish this, do not even contemplate having children.
Test 9: Feeding a 1-year-old
1. Hollow out a melon
2. Make a small hole in the side
3. Suspend the melon from the ceiling and swing it side to side
4. Now get a bowl of soggy cornflakes and attempt to spoon them into the swaying melon while pretending to be an aeroplane.
5. Continue until half the cornflakes are gone.
6. Tip the rest into your lap, making sure that a lot of it falls on the floor.
Test 10: Entertainment
1. Learn the names of every character from the Wiggles, Barney, Teletubbies and Disney.
2. Watch nothing else on television for at least 5 years.
Test 11: Mess
Can you stand the mess children make? To find out:
1. Smear peanut butter onto the sofa and jam onto the curtains.
2. Hide a fish behind the stereo and leave it there all summer.
3. Stick your fingers in the flowerbeds and then rub them on clean walls. Cover the stains with crayon. How does that look?
4. Empty every drawer/cupboard/storage box in your house onto the floor and proceed with step 5.
5. Drag random items from one room to another room and leave them there.
Test 12: Long trips with toddlers
1. Make a recording of someone shouting 'Mummy' repeatedly. Important notes: no more than a 4-second delay between each 'Mummy'. Include occasional crescendo to the level of a supersonic jet.
2. Play this tape in your car, everywhere you go for the next 4 years.
*You are now ready to take a long trip with a toddler.
Test 13: Conversations
1. Start talking to an adult of your choice.
2. Have someone else continually tug on your shirt hem or shirt sleeve while playing the 'Mummy tape' listed above.
*You are now ready to have a conversation with an adult while there is a child in the room.
Test 14: Getting ready for work
1. Pick a day on which you have an important meeting.
2. Put on your finest work attire.
3. Take a cup of cream and put one cup of lemon juice in it.
4. Stir.
5. Dump half of it on your nice silk shirt.
6. Saturate a towel with the other half of the mixture.
7. Attempt to clean your shirt with the same saturated towel.
8. Do not change (you have no time).
9. Go directly to work.
You are now ready to have children. ENJOY!

Thursday, October 18, 2012

rumah kecil - banjir

assalamualaikum semua.

kini hari hari ku sudah tidak seperti biasa lagi sebab bahagian dapur rumah aku dilimpahi air!

oh no!



nampak kesan kuning itu? itu bocor yang lama. yang kesan tak berapa kuning tu, itu bocor yang baru.

it seems like the tank is bocor or something. before this paip yang bocor sikit, banjir sampai rumah bawah. kesian kakak tu, rumah aku bocor, dia yang kena (note rumah aku rumah townhouse). so bila dah dibetulkan tu, okaylah, tahan sampai september hari tu. and tiba-tiba aku balik dari jalan-jalan, lantai basah. aku lihat di atas waaaaaah sudah ada air terjun baru!

first time, okay lagi. so call tuan rumah. tuan rumah okaylah, sebab nak jimat punya pasal, dia betulkan sendiri. sebab sebelum ni pun dia betulkan kira okaylah tak de masalah dah. but this time, even dia betulkan pun still bocor lagi. sedihlah macam ni..

and sekarang ni hanya bergantung pada air tangki. kalau tangki penuh berairlah dia. today is the worst. aku pun tak tau sebab apa jadi sampai teruk sangat macam ni, aku terpaksa tutup pili utama and bukak air bagi air mengalir macam tu aje sebab nak kosongkan sikit tangki tu..

banjir dapur aku pagi tadi bila bangun. tak pasal-pasal jadi amah kaut air dan mop lantai. nasib baik semalam aku dah pindahkan almari pinggan aku kat tempat lain. memang perabot kayu untuk dapur rosak. nasib baik kitchen cabinet boleh alih.. kalau yang jenis lekat kat dinding tu, tak taulah macam mana. boleh nangis kot kalau rosak..

so sekarang, aku kena bersabar jelah. masih belum contact tuan rumah lagi. kena contact segera. kena panggil plumber, tak boleh betulkan sendiri dah. hari tu ada usha sekali, azmi panjat tengok tangki. rupanya tuan rumah tampal kat tempat lain, bocor kat tempat lain. and azmi tampal kat tepat bocor tu. this time tak tau mana pulak yang bocor..

sedihlah macam ni..

huuuuhuuu...

Wednesday, October 17, 2012

keluarga iskandar - episod akhir

aku memang obses cerita keluarga iskandar. memang tak pernah tinggal, if tertinggal pun aku boleh tengok balik. boleh trace kat sini untuk lebih lanjut.

kalau kamu semua semua tengok cerita tu, mungkin ada sikit, tak banyak, sikit mesti kena dengan kehidupan kamu semua. atau aku. contoh macam episod akhir keluarga iskandar semalam, banyak cerita pasal budak-budak..

budak-budak di sini bermaksud cerita mengenai sal, anak angkat azman dengan kay yang dah tahu dia tu anak angkat. cerita mengenai kay mengandung lagi, cerita mengenai azlan yang depress sebab bini dia masih belum mengandung lagi walaupun dia dah ada anak tiri dia sorang.

so aku rasa bab cerita azlan tu boleh kait sikit-sikitlah dengan aku.

aku bukannya nak terasa ke apa. ada satu dialog tu macam ni..

'kak ngah mengandung'

'hah? bukan kak ngah dah tua ke?'

seriously, kalau aku lah kan....

aku pun akan cakap benda yang sama.. muahahahaha!!jahat tak aku? jahat kan? instead of that words, kalau aku mengalami situasi macam tu aku akan kata 'congrates' lah untuk jaga hati. kehkehkeh...

tapi seriously, kadang-kadang kita rasa depress woh bila orang yang macam tak sepatutnya pregnant tiba-tiba pregnant so its like 'what?' 'hah?' 'how come?' bukan tak sepatutnya lah. ayat tu macam tak betul je..macam well, sepatutnya kalau orang tu dah berusia chances untuk conceive adalah rendah kan? tapi itu semua kan kuasa Allah swt. tapi kalau dah adik pun perli, kawan-kawan pun perli, suruh berusaha kuatlah, minum ubat kuatlah, petua itu ini (i think most guys yang selalu menghadapi situasi ni - contoh dalam tv, macam azlan tu), memang nak mintak pelempang. muka pun depress je suka sangat mempersoalkan kuasa Tuhan.. (lepas tu mula kata kita kena berusaha...blablabla...annoying siut..)

same goes to a movie 'what you expect when you are expecting'. yup... i watched it. sama la kaedaannya bila satu couple ni ttc for 2 years, datang rumah bapaknya yang kahwin dengan perempuan yang lebih muda. try to break the news nak kata 'we are pregnant'dengan excitednya, tiba-tiba si bapa kata 'omg we are pregnant too! and you are trying for how long? 2 years?' konon even dah tua pun still boleh reproduce lagi..

benda-benda ni wujud. kalau tak wujud orang tak buat cerita. bayangkan perasaan orang-orang yg ttc tu macamana. that's why some of the mothers, kalau pregnant, tak ezajerit sangat, tak post benda pelik-pelik kat facebook (like everymonth 3d baby pictures dalam perut, duh, boleh nampak ke rupa bentuk baby tu, aku tengok ketul ketul jee...), tak post baby ticking lah apalah kat facebook (facebook especially lah. if blog tak kisah lagi) sebab some women experience this especially yang dah merasa penderitaan menunggu keajaiban Tuhan yang tak kunjung tiba tu.. mothers yang merasa betapa depress nya kalau facebook wall kau dipenuhi dengan baby development kau sebab kau post kat fb jadi aku pun ternampak sekali..

and please lah, kata-kata 'sharp shooter' is soooooo not appropriate. bodo piang ka apa? ha kan dah kasar..

well, fb pun canggih.. usually aku akan hidekan saje. that's it. tu pun nak emo kan.. haha..

okaylah, thats all for today. apehal tah emo petang-petang cenggini. sorry sangat kalau aku terkasar bahasa dan sesiapa yang terasa. sebenarnya nak cerita yang aku sedih sebab keluarga iskandar dah habis. menceceh ke lain pulak..

bye. peace. assalamualaikum..~

Tuesday, October 16, 2012

supplements

assalaualaikum semua.

aku dah lama nak cerita hal ehwal supplements kat sini. tapi tak tertulis tulis. 

memandangkan usia pun hampir menjengah ke angka 3, korang yang seangkatan dengan aku ambil supplements apa ya? 

aku kat sini bukan nak promote supplement yang aku makan, cuma nak tanya-tanya korang yang terjah blog ni kot ada yang boleh bagi testimonial hebat ka, sebab honestly sekarang aku memang tak ambik apa-apa makanan tambahan pun. 

aku bukan apa, cuma kadang-kadang tak semua supplement yang ada di pasaran tu elok untuk kita. jadi kena timba banyak ilmu sebelum kita consume mana-mana makanan tambahan ni. 

dan aku ada usha-usha evening primrose oil (epo) dan virgin coconut oil atau vco. 

dan ada bermacam-macam jenama epo dan vco yang terdapat di pasaran. ada jugak aku survey-survey epo kat pharmacy, dan cuba untuk cari gelatin yang datang dari sumber halal. aku sepatutnya pergi halalfest hari tu sebab balik kampung, tak dapat pergi pulak.. haha banyak sangat alasan kan?

dan aku tengok produk shaklee menarik jugak sebab ada banyak supplements yang sesuai mengikut keperluan badan. 

entahlah, masih mencari dan buat research. kalau ada cadangan, bagitaulah.. sharing is caring kan? hehe..

adios, 

assalamualaikum..~

Friday, October 12, 2012

ready to be a mom?

i found a new funny website. bukan found lah, tapi ada orang post kat facebook, therdrag pulak tengok website dia and cartoon dia yang kelakar tu. tapi actually, not that funnylah, i'm mentally traumatized i can say. but its funny.. this is one example;




source: nickmom.com

jadi aku berfikir. babies are cute, toddler pun cute. tapi bila mereka dah besar, adakah mereka akan jadi budak baik ikut cakap mak ayah?

kalau aku jadi mak, adakah aku akan jadi mak godzila sebab aku jenis tak sabar?

aku bersedia ke nak penat, urus budak, tidur atas lantai? (if tidur atas lantai). motherhood memang nampak best (untuk yang baru kahwin and sedang tunggu anak pertama lahir, contohnya), adakah kamu semua ready untuk anak-anak bila mereka dah besar nanti?

trauma walau masih belum ada anak.. -_____-'

oh by the way, ada banyak lagi cartoon yang boleh ditonton di link yang aku bagi tu ye.. sekian...

Thursday, October 11, 2012

versus

sebelum pergi ambil suami di kala hari hujan, mari kita update belog kejap..

kalau kamu semua ada pilihan, kamu semua nak jadi apa?

PENSYARAH atau PEGAWAI PENYELIDIK?

LECTURER or RESEARCH OFFICER?

mana lebih seronok? mengajar sambil-sambil buat research?


atau buat research sambil belajar?

honestly untuk aku la kan, tugas sebagai ro lebih best kot. kau boleh buat research kau sendiri, kau boleh propose research, kau boleh hands on kerja research kau, kau boleh ada student research kau sendiri, kau tak payah pening nak tanda kertas, nak penuhi kpi sebab kau kena publish few papers sebab kau adalah lecturer, dan seribu satu hal lagi kalau jadi lecturer, kau boleh buat apa yang kau sukalah kesimpulannya. 

kalau jadi lecturer, well, entah, aku masih belum ada pengalaman jadi lecturer. aku tengok kawan-kawan aku macam stress semacam je bila bab nak tanda kertas budak budak. kalau kita mengajar budak tak faham, kita jugak yang kena kalau ada penilaian mengajar dari budak-budak. kalau mengajar garang sangat, budak-budak tak suka, kalau lembut sangat, budak-budak naik kepala. 

aku fahamlah sebab aku pernah ajar budak form 5. bosan siut last-last aku berhenti jadi cikgu tuition. serius. aku + budak = awkward. aku rasa nak marah, aku rasa nak halau budak budak tu keluar, aku depress .tak pasal-pasal, aku kurang sabar. there, i said it. tapi tu form 5 lah kan. kalau budak universiti mentaliti matang sikit kot. kalau nak belajar, belajar, tak nak belajar, sudah. macam tu ye? 

sebenarnya, perancangan aku lepas ni, nak buat post doc pulak kalau ada rezeki. sebab post doc, kau boleh buat research. hands on dan ada project sendiri. tapi lecturer, i dont think that there are lecturers in the lab for doing lab work. sebab aku tak pernah nampak supervisor aku pergi lab buat lab work. 

tapi, both ada pros and cons. kalau jadi ro, macam susah je nak publish paper. dia mesti kena ada academician untuk join venture sekali. tapi kalau jadi lecturer, review paper petik jari dah boleh publish.. well, that's one good thing la..mungkin ada benda best yang lain tapi aku tak tahu.. ada sesiapa mungkin boleh tambah? 

tapi bila peluang jadi pensyarah tu datang dulu, aku rembat je.. peluang mesti kena rembat, masalah akan datang, lain cerita.. betul tak? kalau peluang jadi ro datang dulu pun aku rembat jugak..haha gila tamak aku kan? 

ps: colleague aku kat skudai dah hantar paper aku yang aku tulis tahun lepas kat satu journal ni untuk review. hopefully boleh publish. rasa best.. :)

Wednesday, October 10, 2012

view antara muka

hari ni aku ada interview kat spa..

jumpa kak ecah, member sama-sama belajar and grad masa kat johore..

seronok sembang-sembang..

aku malas nak review panjang pasal interview tu. tunggu je lah jawapannya bulan depan..

kalau dapat, Alhamdulillah.

kalau tak dapat pun Alhamulillah.

ada pros and cons..

jadi just. think. positive. okay!

bye.. ;)

Monday, October 8, 2012

transformation yang dibenci..

cerita ini kesinambungan dari sini...

dan aku dah dapat dah ic aku...

dan silalah lihat agak-agak mana satu sebelum mana satu selepas??



of course la yang atas tu yang paling baru!!!! huhuhuuuuu....! muka macam makcik mintak penampar aaarh! pfft...

depress gila...

mari salahkan pertambahan jisim dagu, pipi, dan tudung yang bulat..-__________-'

why ooooh why cip tu rosak?? why?????ini adalah ic bukan kad matrix pelajar yang hanya valid 3 tahun saje!!

nak pergi berkurung dalam bilik dan taknak makan seminggu.. huhuu...

Sunday, October 7, 2012

looper

assalamualaikum..

happy sunday ya'll!

selamat hari isnin untuk besok..dah pergi gosok baju sendiri dan suami untuk the next five working days ye..tips terbaik kan? :)

hari ni, aku nak review sikit satu movie best yang 'looper'. kalau nak spoiled review, boleh tengok wikipedia. my verdict:

cerita ini cool gila! aku dengan azmi bercadang nak tengok taken 2 sebenarnya. tapi disebabkan oleh seat penuh tak masuk akal and the next movie adalah pada pukul 11, kami tak mampu lah nak tahan mata semata-mata kan..jadi kami tonton je cerita ni. starting yang best, sebab awal-awal lagi dah ada scene bunuh, watak utama adalah 'joe' (joseph gordon levit yang cute tapi dalam cerita ni tak cute pun), dan bruce willis sebagai joe dari 30 tahun akan datang. then masuk pulak plot kenapa joe bunuh lelaki tu, macam mana joe boleh jadi sangat kaya, macamana 'loop' (bruce willis) boleh lari dan sebab 'loop' tu datang ke masa lalu untuk balas dendam, macam mana joe nak betulkan balik masa depan dia bila dia sedar dengan keadaan sebenar...

cerita ni memang twisted sikit. tapi aku sangat suka and for sure boleh tengok 8 kali pun takpe.. :)

untuk sesiapa yang suka cerita buterfly effect, pasti akan suka certia ni juga sebab konsep cerita ni macam nak mengubah masa hadapan atau masa lalu. ye, lebih kurang cerita back to the future jugak. tapi looper adalahversi yang paling ganas as compared to other 'back to the future/past' movies.


image source: google


dan cerita ini adalah diratekan sebagai 18. jadi lagilah cool kan sebab tengok cerita yang 18 tahun ke atas je boleh tengok...hakhakhakhak...

okay, if sesiapa yang dah tengok taken 2, i jealous sebab i pun nak tengok. sesiapa yang belum tengok 'looper' silalah tengok sebab cerita ni pun cool jugak dan berbaloi. harga tiket pun murah sikit..hehe..




Saturday, October 6, 2012

saturday...



dalam office sampai petang..

Friday, October 5, 2012

today, and its friday.

assalamualaikum.

hari ni aku nak bising boleh tak?

weekend ini sangat hectic! everything will be due next week and i need to finish averything at elast half within this week!

and that's why for the first time in my life, i need more weekdays. sebab semua kerja melibatkan orang. and orang bekerja hanya pada hari bekerjalah. sabtu ahad mereka nak cuti.

and today i think is the most tiring one.

perkara 1:

after some labworks, aku pergi klinik kesihatan untuk buat medical check up (again). aku sebenarnya baru dapat scholar. alhamdulillah. jadi ada few things yang aku kena buat untuk confirmkan proses tu. so, salah satu proses adalah surat pengesahan dari doktor untuk menyatakan aku ini sihat.

aku pergi dan staff kat situ memberi harapan mengatakan bahawa kalau tak lebih 6 bulan maka tak payah buat, terus copy dari surat pengesahan kesihatan yang aku hantar kat klinik kampus.

yang malangnya, tarikh tamat 6 bulan tu baru minggu lepas, khamis 27/9/2012.

aku dapat result tahu pasal dapat scholar on 28/9/2012. tu pun petang.

jadi aku kena buat medical check up lagi sekali, dengan bayaran rm65..

rm 65 tahu? ini klinik universiti ke klinik swasta? aku student tau, bukan orang luar...by the way, tak pelah. lagipun minggu depan isnin dah penuh. kena tunggu hari selasa. jadi aku buat keputusan untuk pergi klinik kesihatan kat rumah aku jelah isnin depan.. murah pun murah..

perkara 2:

aku kena buka akaun bank islam. itu kriteria dia. aku tak tahulah boleh atau tidak pakai cimb kan tapi dah dia kata kena ada akaun bank islam, terima jelah, nanti ada masalah pulak kalau menderhaka. aku pergi ke bank islam, dan cuba untuk buka akaun. staff mintak ic aku, dia kata ic aku kl, ada sebab ke nak buat kat bangi?

aku kata sebab aku belajar kat sinilaa.. eh kena ada alasan ye buka akaun kat mane? penting  ka?

well, alasan aku diterima. tapi malangnya, kad pengenalan aku tak boleh baca. cip kad pengenalan tu paling penting dalam dunia. kalau tak boleh baca tak boleh buka akaun..(aku baru buat ic tahun lepas kot..tak sampai setahun pun lagi)

dia suruh aku pergi setelkan hal kad pengenalan kat putrajaya..

putrajaya...

aku tarik nafas panjang, aku rasa nak maki semua orang pun ada. nasib baik hari ni aku pakai jubah dan hari jumaat. walaupun tak ada kena-mengena.

aku pergi putrajaya dan uruskan kad pengenalan aku. aku yang serebeh pergi putrajaya, tangkap gambar untuk ic yang nak dipakai seumur hidup. dalam banyak-banyak hari kenapa hari ni? aku sedar, yang ini adalah ujian. walaupun berbillion-billion sumpah seranah dah aku hamburkan pada semua pembawa kereta yang tak beretika - dari bangi sampai putrajaya.

dan nasib baik tak jauh sangat. aku terpaksa anggap macam aku nak pergi tengok wayang kat alamanda.

seperti biasa, memang isnin depan baru dapat kad baru - dengan muka selebet atas ic.. adoi laa..

balik office, penat gila! besok kena datang office lagi sebab due date untuk aku hantar sample aku adalah rabu depan. memang 'what the' lah..

and cursing dalam kereta memang therapeutic kan? aku sampai office terus rasa okay..haha..whtever..

terima kasih kepada sesiapa yang baca sampai habis. this is soo random...

Thursday, October 4, 2012

beli rumah?

assalamualaikum semua!

orang keje gahmen mesti gembira naik gaji kan? aku pun gembira la jugak sebab azmi pun gahmen, tapi tak gembira sangat sebab aku tersepit antara dua, gahmen dan bukan gahmen. kami taknak baucer buku! kami nak duit rm250! atau gaji 1 setengah bulan macam orang gahmen! hakhakhak...tamak-tamak..

aku okay je. bajet dah dibentangkan minggu lepas, minggu ni baru aku baru sibuk nak komen sana sini.

tapi bagi aku, tak kisahlah pm kita nak bagi apa pun. kalau ikutkan hati memang banyak benda tak puas hati. manusia kan. mana kenal erti puas. nak lebih aje..

tapi aku suka baca komen komen orang dan post-post orang mengenai bajet ni. kita tak boleh tengok kat tv je. kalau kat tv, semua orang berpuas hati, semua orang bersyukur, semua orang gembira. yang tak puas hati, yang tak bersyukur, yang tak gembira, semua kena tolak tepi, dan kena kutuk lagi ada..

jadi jangan tengok berita kalau cerita pasal politik. sampai bila-bila pun tak habis.

kita pulak, janganlah bias, kita kena dengar dari kedua belah pihak, dan buat keputusan. dan hormatilah keputusan orang lain kalau berbeza pendapat. tak payah nak kutuk sana kutuk sini kan...

itu pandangan aku la..

lagi satu, hal rumah. aku tertarik sangat dengan post dari berita semasa ni. aku tak tahu kesasihan cerita ni. tapi kalau kalian baca, sila baca sampai habis. kalau dah baca sampai habis, baca juga komen komen menarik di bawahnya. ceritanya, 60% kakitangan awam masih belum mampu miliki rumah sendiri. jadi silalah baca kalau interested..

bagi aku pula, memang terasa sangat tempiasnya. sebab sekarang kami sendiri tengah cari rumah. terkapai-kapai nak mencari rumah sana sini. harga rumah semakin tinggi. tapi kami akui, kami demand lebih. kami nak rumah yang selesa, yang besar, yang dua tingkat, yang baru!

untuk semua orang miliki rumah sendiri memang boleh. tapi jauh sangat-sangat. nilai sekarang pun boleh tahan harganya, tapi masih boleh mampu milik untuk lepasan ijazah punya kerja. kalau kat kl, memang hanya mampu menyewa sahaja.

aku rasa problem sekarang sebab kebanyakan pekerja bekerja kat pusat bandar. kl lah especially. untuk miliki rumah sendiri kat kl memang sangat-sangat tidak mampu untuk orang yang berpendapatan kecik dan sederhana. yang bising-bising kata tak mampu beli rumah tu bukan tak mampu. cuma tak mampu nak beli rumah kat kl (atau bandar besar yang lain). cuba pi sungai petani kedah sana nun, rumah semi D tak sampai 300k. tapi tunggulah kalau sp tu maju sesangat nanti, naik jugak harga rumah kat situ.

aku tak kata orang lain, kami berdua pun boleh jadi contoh, suka merungut tak boleh beli rumah sendiri. rumah sebenarnya senang nak cari, subsale memang banyak, lelong apatah lagi. cuma berani atau tidak, bijak atau tidak. ilmu kena lebih, kalau nak pandai bab-bab ni, boleh baca blog abang ensem yang di promote oleh kak nadot...dan beli buku dia. aku tak beli lah sebab aku pun tak ada duit. dan aku tak berapa nak minat hal ehwal hartanah ni (haha, boleh ke?)..

kalau mampu beli rumah kat nilai atau seremban pun, kena fikir pasal perjalanan yang jauh. aku tak pela, kerja kat bangi. even kalau rumah kat nilai atau sepang, atau beranang, semua tu aku boleh redah. yang membeli rumah bukan aku, laki aku. dia nak membawa motor jauh sampai ke pj tu macam 1 azab. kesian kat dia. kualiti hidup dah tak ada. mana taknya, weekdays balik kerja penat bukan main sebab nak menghadap jalan yang jauh. weekend pulak aku dok mengajak dia jalan ke sana kemari. hehe..


rumah idaman aku rumah kayu jee..tapi kl susah nak dapat.. hehe..sumber dari google image.

jadi itulah, bila fikir balik, lebih baik meyewa je kalau betul-betul nak dekat kerja dekat dengan rumah. bila dah bersara nanti, nak ke kita duduk kat tempat yang sesak macam tu? orang dulu-dulu bila start kerja terus beli rumah dekat kampung halaman, sebab lepas bersara nak balik ke tempat asal. orang sekarang semua nak beli rumah kat tengah bandar, sebab dah biasa hidup di bandar, dekat dengan tempat kerja, lagipun, rumah tu rumah kita, bukan rumah orang lain. rugi bayar sewa bulan bulan duit dapat kat orang lain..

dan aku rasa untuk puaskan hati rakyat marhaen, harga rumah patut diturunkan. senang hati kami. tak perlu bina rumah baru yang mampu milik tapi jauh dari kl...jauh tuuuu....duit minyak tol lagi....

entahlah..

orang lain pendapatnya lain..

ps: aku nak kerja kampung, aku tengok orang kampung tak kisah pun harga rumah naik sebab dah ada tanah sendiri. hehe..


Tuesday, October 2, 2012

objektif pertama - kuruskan badan

salam frengs!

dua tiga hari ni, setelah dapat gaji yang tak sberapa namun masih bersyukur ni, aku sudah mula cuba untuk memanjakan diri, untuk rasa bahagia macam dulu (not that aku tak bahagia sekarang cuma rasa sedikit tua). 

aku beli bb cream dari maybelin dan lip balm bibir..

tu first step ah..

dah lama sangat tak beli barang untuk diri sendiri. bedak compact dah berusia hampir 2 tahun. aku tengok pun jijik. kalau buat bacteria swab mesti macam-macam rupa bentuk koloni wujud kat situ..eww..

langkah kedua. beli scrub. walaupun aku percaya scrub dengan hanya menggunakan serbuk teh pun berkesan jugak sebenarnya, tapi mesti dalam hati tak cool pakai serbuk teh..kena beli yang kedai jugak..yang ada bahan kimia asli baru rasa badan bersih, nak juga benda yang ada paraben, baru rasa yakin nak guna..

tapi this one aku beli yang kedai ala-ala jamu yang mungkin tak ada barang terlarang dan kandungan bahan kimia tinggi. so far aku guna okay. sesuai untuk kulit alergik. nanti aku beritahu perkembangan dan beritahu di sini..

langkah ke tiga adalah beli penimbang berat badan..

lepas tu beli yang murah pulak tu. yang jenis tak muat kaki. sedih bukan kepalang sebab naik sampai 5 kg sejak raya (raya timbang di rumah mak mentua). aku terus kata mesin penimbang tu rosak sebab murah..tapi takpelah, dah beli, jadi mungkin boleh jadi indicator sahaja, tak perlu percaya sangat.. eh..

langkah ke empat..

bahan bacaan berilmiah dan majalah kecantikan..

fungsi kedua-duanya adalah untuk menaikkan semangat untuk kurus, bila tengok model cun je, mesti rasa tercabar kan? plus, ada tips-tips untuk kurus kat situ supaya aku boleh ikut. padahal memang tak akanlah kan..kutip ilmu je lebih, amalnya tidak..tapi tak salah mencuba kan? at least berusaha..

haaa..eat to release fat siap..dan ada majalah female kat situ..jangan hanya tertancap pada perkataan 'sex' sahaja..ada banyak lagi benda lain kat dalam tu..

langkah ke lima.

main badminton di malam hari. 

semalam, kami berdua (laki dan bini) pergi membeli belah barangan sukan. barangan seperti raket badminton, bulu tangkis dan grip raket, untuk azmi. aku punya set dah complete. satu jam permainan bajet balik turun 5 kg.. tak jugak nampaknya.. memang konfom-konfom rosaklah itu barang penimbang. tak pe, fikiran kena positif. jom pegi makan megi goreng mamak dengan air asam..

demikianlah hari-hari aku yang digunakan untuk merealisasikan impian kuruskan badan. aku nak mengamalkan konsep, biar lambat turun, supaya lambat naik. doakan aku ye..

sekian.. :)