Tuesday, September 18, 2012

walking down the memory lane

assalamualaikum and good day everyone!

oh my oh my....

aku rasa penat travel masih belum habis..weekend lepas aku and azmi pergi bercuti di...

KELANTAN!

the reason being is that my friend - lin is getting married! weehoo! so happy for her. and kawan aku sorang ni kawin dengan kawan kepada abang zaki, abang zaki adalah kawan kepada farah, my other friends. and their parents mentua live in the same taman and can raya to each other's houses bila musim raya. how unfair is that.. hehe..

the power of friends kan? even friends can be the reason of finding us jodoh yang Tuhan bagi..

you guys adalah sangat comel tahu!


us..

so, sebab utama aku pergi kelantan adalah untuk attend wedding lin, second, untuk mengimbau kenangan lama and of course pergi ke sekolah aku yang tercinta..

tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat aku angkut baldi pergi kumpul air untuk mandi..kan....

jadi reason dah banyak kat situ. and almost 10 years aku tak pergi kelantan, so why not why not kan? gigih jugaklah drive pergi kelantan untuk mencapai objektif. jadi objektif lin dah tercapai, objective yang kedua adalah melawat sekolah!

yeah! this is my school!

dulu kat dinding tu tak ada tulisan-tulisan pelik macam tu..

banyak gila kot sejarah aku kat sini. kenangan manis banyaklah, kenangan pahit tak payah cakap lagi banyak.. dengan sekolah tak ada air sampai seminggu, dengan tak ada pokok, kawasan sekolah kering kontang..mandi pagi pun sebaldi je. pergi prep bawak baldi dan barang mandi, siap bawak baju semua pergi sekolah sebab asrama memang tak ada air. dengan konvoi nak pergi jupa pengetua lepas tu kena halau balik asrama oleh pkhem. kena marah dengan pkhem sebab melawan cakap dia. kena sound sebab bawak rollerblade pergi sekolah, kena sound sebab waktu cuti orang balik rumah, kitorang pergi kb tidur hotel dan main game di billlion kena layang surat merah sebab pecah masuk bilik tv sebab nak tengok mtv hari sabtu..hari sabtu kan cuti, boleh pulak pergi kunci. apa lagi, kitorang korek tingkap dan masuk lah! bukan waktu sekolah pun...

well the list goes on..

not sweet, tapi bila difikirkan balik, that school really gave me the real experience of life..

and trust me, kat dalam gambar banyak pokok kan? dulu, bukan je pokok, kitorang pun belum tentu bersiram ke tak..hak hak...

walaupun tempat ni beri impak yang sangat menderita kat kepala otak aku, aku still rasa sekolah ni cool lah jugak. kalau aku tak sekolah sini, aku tak tau aku ni sampai ke tak kat pantai timur. aku faham orang kelantan cakap ape (tapi nak bargain sambil kecek kelantan tu memang tak aaa), aku lepak rumah noris dan kenal dengan keluarga dia dekat kb masa sekolah tak ada air. aku lepak rumah shida dan kenal dengan keluarga dia kat terengganu. dia jugak memperkenalkan aku dengan buah salak dan pacat (which aku panggil ulat comel..sampai ke sudah jadi bahan). aku lepak rumah joe kat jerteh dan jalan-jalan sekitar sawah padi meluas dan pasar malam jerteh, makan nasi air dan nasi kerabu sedap gila dan jalan-jalan sekitar pantai air tawar. aku lepak rumah lin dan kenal dengan keluarga dia di kb. mak dia sanggup pi beli popcorn untuk aku kat pasar malam sebab aku teringin. lepas tu kutuk-kutuk student kat tv yang dapat straight A dalam spm berbanding kitorang yang average dapat 5A's-6A's (tapi lin dpat straight A la tu sebab jadi doktor). yelahhhh korang senang ada air..kitorang kat sekolah bukan cari ilmu tapi cari air! kata kami...hakhak..

bila jumpa balik belle and mcsyam (dalam gambar) macam-macam benda bermain di fikiran kami masa tu. mcsyam siap kata taknak menjejakkan kaki ke sekolah tu dah. belle pulak siap kata taknak menjejakkan kaki ke kelantan dah sebab betapa hebat sekolah tu beri impak pada kami. aku, cool aje, aku takdelah kata aku ni taknak jejak langsung ke sekolah ni atau ke negeri ni. dulu yelah memang anti gila. sekarang aku rasa semua pengalaman dari tempat yang kecil itu memang banyak ajar aku erti kehidupan sebenar (nak nangis), dan erti pershabatan yang hebat. kami saling tolong menolong, saling beri semangat antara satu sama lain sebab nak spm. dan ke 'survive' an kami di sekolah tu. 

so aku hargainya. sikit pun aku dah tak rasa benci atau bengkek atau berdendam dengan sekolah tu dah.. hakhak..

so korang-korang yang terbaca post ni (sampai habis), ada pengalaman cool korang tak masa kat sekolah dulu? sharelah sikit..

adios amigos..

assalamualaikum...~

p/s: batch form 5 2001 (kitorang lah tu), adalah pencipta lagu sekolah ni. dan lagu sekolah tu remains sampai sekarang. rasa cool gila!

No comments:

Post a Comment