Wednesday, September 19, 2012

trip to kota bharu

assalamualaikum..

seperti yang telah ditulis di sini, aku dan azmi gigih pergi kelantan untuk attend wedding kawan aku lin dan pada masa yang sama pergi melawat sekolah ku yang dah 10 tahun tak dilawati. sambil sambil itu juga, aku pergi lah melawat sekitar kb sebab honestly, masa zaman aku duduk situ, aku dan family memang tak pernah pergi buat lawatan perdana di persekitaran. paling kuat pun jalan-jalan kat pasar siti khadijah.

dan trip kali ini bukan nak bershopping ke apa, tapi more into knowing this state and visiting nice places around here.

tapi cakap jelah tak shopping, tapi ada jugak terbabas sebarang dua...memang orang macam aku ni bukan boleh menahan nafsu serakah terhadap barangan murah! hehe..

jadi first day trip, kami bertolak lebih kurang pukul 5 macam tu. kira pukul 5 dah ada atas jalan, menuju ke kelantan. jalan yang diikuti adalah jalan ke arah gua musang, lalu bentong dan kuala lipis. lebih kurang pukul 1.30 pm baru sampai. alhamdulillah jalan memang tak banyak kereta. sesampainya kami, baru nak pergi cari hotel. gila gamble la taknak book awal-awal. banyak jugak hotel yang full booked. kami redha je, mana-mana yang ada duduk ajelah. jadi kami duduk kat hotel suria kb. hotel ni memang best sebab dekat dengan pasar siti khadijah dan sewaktu dengannya. kedudukan memang terbaik. tapi kondisi hotel kurang. tv kecik, tak ada astro, almari buruk, buka tingkap menghadap jalan dan hotel lain. tapi kalau setakat nak duduk memang bolehlah. aku bukan berkira sangat sangat pun. sebab tak tahu kondisi hotel masa nak masuk duduk tu, kami hanya duduk satu malam dulu, besok memang nak pergi hotel lain. boleh explore hotel mana yang lebih best..

jadi untuk hari tu sahaja kami memang duduk hotel je. lepas melawat sekolah, balik rehat dan dinner kat pizza hut. memang semua jalan kaki je. memang convenient gila. tapi satu hal, kalau parking, kena masukkan duit kat parking spot tula.. cuma untuk malam tu dan besoknya tak payah masukkan duit sebab cuti umum..

besoknya, terus cari hotel lain nak duduk. jadi lepas dikenalpasti tempatnya, kami pun duduk di ridel hotel. nasib baik boleh book walk in saja, sebab hari sebelum tu memang penuh, ada few agencies duduk kat situ. aku rasa, hotel ni okay sebab harga murah dan memang ia menghadap sungai kelantan. jadi sementara tunggu check in hotel yang memang dia strictkan exactly pukul 2 baru boleh masuk, kami pun pergi jalan-jalan dulu di tempat bersejarah istana jahar yang memang jalan kaki je dah sampai..


harga tiket masuk adalah rm2 untuk seorang. yang bestnya tempat ni, ada macam-macam barang-barang utnuk adat istiadat raja kelantan dan orang melayu. contohnya, adat berendoi, adat pijak tanah, adat bersalin, adat berpantang, adat berkahwin..jadi bolehlah imagine macamana orang melayu lama dulu mengikut adat-adat ni based on barang yang dipamerkan di setiap bilik yang disediakan. 

dan yang paling aku suka, design istana ni lah. memang seronok kalau ada rumah besar dan design macam istana ni. contohnya beranda yang besar macam ni..


haaa..nak berpantun boleh, nak berlepak boleh, nak main kejar-kejar pun boleh. bayangkan zaman dulu, tak ada bangunan tinggi-tinggi dan tak ada jalan yang sibuk. mesti pemandangan dari sini sangat cantik hijau dihiasi gunung ganang yang indah.. hehe..

lepas duduk lama berkepanasan di sini, kami pergi ke muzium senjata yang terletak di belakang istana jahar ni. ada meriam, ada tombak yang berbagai jenis rupa bentuknya, ada yang cabang dua, cabang 3, ada parang, kapak dan sebagainya. 

lepas tu pulak, terus pergi pasar siti khadijah nak tengok apa yang patut. walaupun niat di hati tak tahu nak beli apa, atau memang taknak beli pun, aku rembat jugaklah tudung bawal. 3 helai rm50. aku rasa berbaloi. plus, tudung bawal memang aku boleh pakai sampai 10 tahun pun tak ditelan zaman..hehe..

balik dari pasar terus ke hotel sebab dah pukul 2 macam tu. perut pun kenyang lagi sebab sarapan nasi lemak di gerai berhampiran. kami check in hotel dan kami dapat bilik menghadap sungai! wifi juga sangat laju, bilik pun cantik. harga juga okay rm127 berbanding dengan hotel sebelum ni which cost us rm115 tapi tak ada breakfast dan wifi yang laju..~

dan lepas berehat, pergi menjenguk muzium kraf. aku cari fridge magnet, namun tak banyak pilihan yang ada. yang banyak kat sini hanya keychain sahaja. so aku rembat jugaklah fridge magnet untuk mak aku sekeping, dan untuk aku sekeping...


 

aku suka design rumah kraftangan yang dibuat ni. dan ada jugak kelas buat batik, kelas buat kraftangan dan sebagainya. tapi sebab dah petang, aku jenguk kelas tu dah kosong. oh, berhampiran dengan tempat ni ada restoran nasi ulam yang terkenal tu. masa kai pergi pun dah tutup, orang pun dah berkemas. berhampiran sini jugak ada istana batu dan pasar buluh kubu. pasar buluh kubu kami tak pergi, kalau kami pergi mesti aku membeli-belah lagi. aku rasa pasar tu sama je kot macam 10 tahun dulu (pernah pergi). jual barang-barang kraf dan barang-barang batik, tudung bawal, kaftan dan sebagainya. 

dahlah. penat nak tulis lagi..bersambung besok pulak..

bye!



2 comments:

  1. nnt kalo pegi kelate, singgahlah di Besut..kihkih.

    ReplyDelete
  2. besut nice jugakk ada kuala besut..boleh pergi perhentian..heheheh

    ReplyDelete