Thursday, September 20, 2012

trip to kota bharu part 2

assalamualaikum ya'll!

semalam bajet penat menulis, now sambung balik..

ya, lepas berjemba dekat pusat kraf dan beli fridge magnet, kami pun balik ke hotel balik, ambil kereta (sebab semua perjalanan tadi hanya berjalan kaki je) dan off we go to pantai cahaya bulan. note to self and sesiapa yang membaca, kalau nak pergi ke sana pergilah awal sikit tak rugi pun. sebab kalau pergi lewat contohnya pukul 5.30 atau 6.00 macam tu, kereta mula banyak, parking pun susah nak cari. sebab kami pergi awal, parking depan kedai jual makanan, dekat dengan pantai.

saje je nak menjejakkan kaki kat sini.. nak mandi pun tak berapa nak boleh sebab pantainya berbatu. last time masa aku sekolah menengah dulu memang siap boleh mandi. mungkin sebab kat resort jadi pantainya panjang tak ada batu. jalan-jalan sambil layan jiwang. dating berdua macam ni siap kat tepi pantai baru rasa jiwang abadi..ahaks!









dalam hati teringin nak main layang-layang. sebab memikirkan diri ni dah tua dan teringat pulak dulu layang-layang pernah tersangkut kat pokok, nak mengambilnya satu azab, jadi niat itu dibatalkan sahaja. lagipun banyak manusia kat sini, jadi kami singgah makan jugak walaupun dah kenyang.



seriously memang sedap lah. tapi bayangkan banyak ni punya lauk, dan 2 gelas air kelapa mencekik kami lebih kurang rm16.

lepas tu, kami pun balik ke hotel semula. perjalanan sepanjang dari pcb ke kb ada jual-jual kaftan. kalau nak beli boleh lah singgah. kaftan yang cantik, harganya lebih kurang rm30, yang tak tawar lagi. sebab aku berada dalam percutian bajet, kaftan pun ku ucapkan selamat tinggal. plus, aku bukan pakai kaftan pun...hehe..

and sesampainya kami di hotel, guess what apa yang menanti kami di bilik hotel?





Subhanallah!

cantik sangat rasa macam nak nangis cantiknya...sungai yang warna coklat kulihat tengahari tadi menjadi sangat cantik bila terbenamnya matahari. memang sampai hilang senja merah dilangit, baru ku tutup langsir nak melayan view punya pasal..hehe..

malamnya, kami bersiap-siap nak pergi wakaf che yeh pulak. memang sebelum ni tak pernah pergi pun. azmi yang pernah datang sini kata ada pasar kat area kb yang bukak sampai 2-3 pagi. waaah aku pun excited google guna wifi yang laju gila tu. memang wakaf che yeh lah tempatnya walaupun pada mulanya azmi kata dia tak tahu kat mana..don worry man, we have google map, gps, internet, apa lagi nak dikata? kemudahan semua ada!

jadi dalam pukul 8.30 pm kami gerak. sebelum tu, kami lepak kat cafe hotel untuk redeem welcome drink yang disediakan. sepatutnya awal-awal tadi tengah tekak haus pi redeem welcome drink. ni dah time sejuk segar baru nak pi redeem. apalaa..

jadi dengan berpandukan gps, selamat jugak kami sampai di sana. tak jauh pun, 15 minit macam tu je dari kb. memang susah nak cari parking, tapi nasib baik ada google map, kami menulusuri jalan kampung (sebab situ jalan one way tak boleh nak u turn) aku kata mana ada parking, terjah aje..kat situ banyak lah kawasan rumah yang buat bisnes parking. sampai kat satu ceruk memang ada tempat parking. ada 3 bijik kereta je kat situ. so kami rasa kami bertuah!hehe..

ini kan percutian bajet. jadi memang tahan je nafsu nak membeli belah. memang banyak benda jual kat situ especially barang bundle, jeans, kasut, t-shirt..kedai-kedai kecik yang jual tudung, kaftan, batik dan sebagainya. kira one spot boleh dapat semualah! even kedai makan pun banyak. kami makan nasi goreng kampung pedas dan nasi goreng usa. sedap sangat! lepas tu menyesal sebab tak rasa nasi kerabu kat situ. tapi akok aku rasa tau! hilang kempunan di hati..

tak banyak barang yang aku beli. 2 helai selimut besar bulu-bulu yang soft gila dengan harga rm43 (harga asal rm45) dan aksesori kaki dengan harga rm30.



satu harganya rm20 satu rm10..

kat kl memang ada jual. tapi bila kat sini perasaan nak membeli tu membuak-buak! haha...

bila balik ke parking lot, tengok kereta dah penuh dah! jadi, kesimpulan kat sini, kalau nak datang sini pun kena datang awal jugak sebab parking penuh.

besoknya, kami lepak hotel sampai tengahari. breakfast yang disediakan nasi kerabu dan nasi air. aku pun tak tahu kenapa, rasa nasi kerabu dan nasi air tu sedap gila walau tak cukup bahan. mungkin sebab aku lapar. hehe. tengahari, singgah sekejap di pasar siti khadijah dan beli keropok untuk bawak pulang. aku suka keropok bungkus kecik-kecik yang boleh dimakan selalu tu. jadi kami beli yang itu. 40 paket dapat harga rm35. tu pun aku tak tawar sangat sebab aku malas. plus, aku tak reti kecek kelate, tawar macamana pun dapat harga tu jugok..hehe..

demikianlah cerita percutian kami yang tak seberapa ni (bajetlah katakan). kalau nak datang lagi pun mungkin akan bawa mak abah atau inlaws sebab diorang memang nak datang sini. sebab ini percutian bajet, kitorang pergi berdua dulu kasi survey tempat. tapi honestly, tempat ni memang best. untuk aku. orang-orangnya baik, makanan sedap, barang murah..ewah..nanti boleh datang lagi untuk singgahan ke perhentian pulak. eh..

bye!

2 comments:

  1. Dear, pakai camera apa ya..? cantik gambar..

    dan cute juga aksesori kaki tu..

    ReplyDelete
  2. phone camera saje..and using instagram..instagram boleh edit gambar jadi cool tu yang best tu..hehe...

    ReplyDelete