Wednesday, September 12, 2012

tasik idaman

nama tasik idaman ni nampak macam nama sebuah taman perumahan kan? macam no 23, jalan tasik 1, tasik idaman, 43000, kajang selangor. macam tu tak? haha..

tasik idaman ni sebuah nama tempat makan cool gila kat tepi tasik. tasik dia boleh tahan besarlah bukan macam tasik titiwangsa tu, tapi besar lagi. aku tengok kalau buat tempat memancing, cool kot..

aku tahu tempat ni pun sebab last ramadhan, budak budak office ajak makan berbuka puasa kat situ, tapi sebab aku tak dapat pergi sebab balik kampung, jadi memang tak pergilah! ada jugaklah aku google-goole tempat tu masa tu sebab curious gila dengar nama tempat makan tasik idaman sekangkang kera je jauhnya dari tempat kerja aku tapi tak tau kat mana kan...mane boleh tempat makan cool berdekatan tidak ku ketahui.. mesti kena ambil tahu! cewah..

jadi hidangan yang disediakan pun not bad laa..ada banyak katogori tepat makan, pertama katogori menghadap stage. aku tengok blog tasik idaman siap ada karaoke bagai.. semalam tak de karaoke, tapi ada dj.. terus aku teringat harith iskandar dalam lawak ke der.."hari ini hujan..hujan....hujan..." haha, stail dj macam tu lah lebih kurang.

katogori kedua, aku tak pasti menghadap apa, tapi agak terceruk dan dekat dengan tempat parking. masih boleh nampak tasik tu. dan katogori ketiga yang paling cool sekali, makan atas tasik laaa...kat bawah tempat makan tu ditampung oleh tong tong besar, jadi agak bergoyang-goyang dan menakutkan sikit. tapi dah lama-lama kami okay je.. buruk lantak jugak sampai ke habis...

haaa..kalau nak set hidangan yang marvellous, boleh tengok blog dia yang aku bagi link kat atas tu. semalam, kami berdua, jadi takdelah set, makan alakad je..


kami order tomyam campur, telur bungkus, cendawan goreng, air suam dan air tembikai..


dan ikan talapia bakar! (kecoq ayaq lioq)..

so total damage: rm 58.. untuk 2 orang. tapi sebab makanan ni pun sebenarnya tiga orang pun boleh makan, (tiga orang termasuk sekali seekor kucing kat situ..)..tapi sebab kami ni burok lantak, jadi boleh lah habis even hidangan macam banyakkk...tapi bagi aku, untuk hilang kempunan makan ikan bakar, dan pemandangan yang best, boleh datang sini. tapi bagi akulah ye, ikan bakar kat pulau pangkor sedap lagi!! (hak hak sampai pulau pangkor pulak..)

jadi sesiapa nak pergi, bolehlah pergi sana bagi melihat pemandangan yang cantik, makanan yang boleh tahan sedapnya, dan  ada jugak orang main golf kat area berdekatan. shoot bola terus masuk tasik ya'll.. cool okeh. lepas tu aku rasa ad ajugak orang buat kolam pancing kat situ, tapi tak sure. and ada carwash! kalau korang makan sambil cuci kereta pun okay..sampai malam dia bukak...

oh cara nak pergi pulak, dia memang dekat sangat dengan aelb. lembaga perlesenan atom malaysia. bukan mint tau! aelb..ada beza di situ. kalau exit bangi tol, pergi ke arah ukm pintu besar, masuk ke kanan ke arah bangi lama, dan selepas lalu jalan bengkang bengkok yang tak berapa nak menggerunkan tu, nanti nampak genom, depan sikit ada simpang ke kanan untuk ke banting. masuk simpang tu, dan akan jumpa aelb..kalau bawak kereta tu pandang-pandang sikit ke kiri tu sebab restorannya terceruk. ada tulis ikan bakar tasik idaman..haaaa complete tak penerangan?

dahlah..penat menulis. aku nak pi cari makan tengahari pulak ni...hihiii..

No comments:

Post a Comment