Monday, September 10, 2012

selamat belajar!

assalamualaikum,

selmat hari isnin. macamana dengan hari isnin anda?

hari isnin aku di sini baik baik aja alhamdulillah. pagi yang sangat pagi, aku tolong dr y ambil darah tikus..

bloody rat..blood all over the place..

okay tipulah, kita kena ikut prosedur, buat dalam safety cabinet, 2 gloves, 2 aprons, and 2 masks. ambil darah, and monitor mana yang mati..

cool jugak..tapi penatlaa. sebab 1st time tolong, jadi rasa cool. cuba kalau buat hari hari..mesti muntah hijo..

anyway, hari ni juga aku mendaftar untuk sem 2 jugak. yuran dah bayar rabu lepas, boleh pulak aku tak boleh nak mendaftar online. lepas setelkan kat pps tadi, nasib baik boleh daftar hari ni tanpa denda. dan aku daftar subjek yang diperlukan, dan tiba-tiba aku rasa yang this semester will be big, mungkin aku kena buat presentation yang berskala besar, mungkin kena hentam dengan lebih. tapi aku yakin dengan projek aku. cuma ilmu aku yang cetek ni je tak meyakinkan aku..but i must strive for the best! i must push myself beyond limitation. cewah.

kawan-kawan yang membaca, doakan aku teruskan usaha ya. belajar ni susah. tambah pulak orang di sekeliling dah bekerja, dah bergaji besar, dah ada aset sana sini, dan aku masih belajar, gaji pulak kecik, aset harta dunia pun takda lagi, jadi mencabar nya kat situlah. mencabar dari segi harta dunia, harta akhirat tu, aku harap adalah jugak hendaknya sebab orang menuntut ilmu ni banyak juga fadhilatnya..hehe..

ada sesiapa nak bagi zakat kat aku tak? aku kan orang yang menuntut ilmu..hakhakhak...

selamat belajar bagi sesiapa yang mula belajar balik. aku dengar ramai yang menuju ke arah postgrad ni! selamat maju jaya ye!

2 comments:

  1. same here..pada umur ni sibuk belajar, macam i takat master je, tapi pilih buat research..orang sekeliling tak membantu dan tak faham dan tak mahu faham..mereka asyik compare kenapa habis lambat berbanding orang lain buat master (yang coursework)..tak tahu nak jawab apa..sebab kalau diterangkan panjang lebar pun, mesti balik pada soalan asal..

    i pun tak beli aset lagi, and that's why org sekeliling keep comparing me dgn rakan sebaya yg punya segala..i pula tak berani nak kejar banyak benda..i fikir kalau boleh setelkan satu-satu biarpun lambat sikit..lagipun rezeki Allah yang bagi..

    lately ramai student buat postgrad kan, sebab ekonomi negara tak berapa memberangsangkan..nak2 degree holder dapat gaji pun below rm3k..rm3k apa lah sangat nak hidup kat bandar besar..cuma yg untungnya IPTS yang offer postgrad course, they can charge higher and the student have opportunity to work around the globe disebabkan exposure dari IPT masing2..

    ReplyDelete
  2. yup betul sangat! kita lambat habis, they dont have any idea why. dia ingat kita study-study exam macam orang lain, but the fact is, kita belajar 'hands on' dan akan disoal siasat if hands on kita betul. its like a real job actually. cuma kalau market taknak kita, then kita amek pengalaman tru research mode.

    and yeah, gaji degree sekarang tak memberangsangkan..yang balik dari oversea pun boleh lah merasa sikit-sikit hasil kumpul duit euro (like my brother). yang local ni terkapai-kapai nak setelkan hutang ptptn..huuuuu....

    ReplyDelete