Monday, September 3, 2012

tomyam @ putrajaya

salams ya'll!

happy merdeka again and happy hari raya.

aku lapar ni.... (kreeokkk...bunyi perut)...aku ngat aku cuba nak puasa enam this year. walaupun laki aku tak join sekali sebab dia kaki makan, tapi takpe, selalunya di waktu siang, kitorang jarang berjumpa sebab kerja. cafe kat office pulak tutup sampai end of this month, jadi banyaklah faktor buat penambah ibadat.

okay, apa nak story untuk hari ini ye..

the merdeka raya days.. bagus jugak hari merdeka jatuh pada hari jumaat. ada cuti extra untuk semua warga umat islam pergi menziarah. aku rasa kita lagi excited nak pergi beraya dari pergi menyambut merdeka di dataran merdeka. tapi takpe, perarakan boleh tengok di tivi rumah jiran, sambil-sambil beraya di awal pagi..

as for me, ada orang datang ke rumah untuk menziarah. ziarah pulak dari kawan-kawan laki aku. tak ramai pun, 3 keluarga je. mula-mula kami ke putrajaya, lepas tu dari sana ke puchong pulak, tengahari kat rumah aku. aku sempat masak pagi sebelum bergerak ke rumah-rumah. jadi bila diorang dah sampai, aku tinggal panaskan sikit mana yang patut.

yang kelakar nya, azmi boleh nervous sebab takut aku mengamok taknak masak.. tolonglah yang, bini awak ni superwomen dalam diam.

actually aku pun nervous sebab ni pertama kali kawan-kawan azmi datang rumah, last year memang dia selalu oustation, habis raya baru balik, so kebanyakannya aku pi beraya rumah orang atau kawan-kawan aku sendiri yang datang.. jadi kalau kawan-kawan aku, kalau lauk aku tak sedap, diorang boleh direct sound je, aku boleh tepis. kekeke...

sabtu pun berjalan jugak, sampai ke kelang. aku pun rasa serba salah sebab aku tak pi rumah sv aku (dia jemput) sebab tak sempat. dalam masa yang sama aku takut ada awkward moment aaaah itu malas aku nak cerita.

dan ahad pun ada dua tiga rumah aku pergi. alhamdulillah tahun ni banyak tempat jajahan telah dilawati. aku teringin nak pergi johor sesangat nak melawat rakan-rakan jajahan sana pulak. entah berkesempatan entah tidaklaah...dalam dilema sebab nanti nak jalan jauh..

ooh ye, apa ni tajuk tak sama dengan isi?

haha..

sebenarnya, malam semalam kami ada dinner di restoran Thai tomyam kung putrajaya. jadi nak recommend siapa-siapa yang free boleh datang sini makan. agak berbaloi dan sedap rasa nak jilat mangkok pun ada...harga pun bolehlah tahan.. kalau nak datang time hujung bulan, better datang cepat sikit atau tak payah datang langsung sebab konfom ramai. tapi time raya macam semalam memang senang hati sangat servis pun cepat.

dah ni je yang kami order pun malam tadi. lagi satu daging masak black pepper.



nampak best kan? kreeeuk kreeukk.. aarghh lapaaaar.. haha..

ok thats all..

bye!

4 comments:

  1. ishk..nampak sedap nye ju-are... exactly kat mane ni kat putrajaya? dlm alamanda ke?

    ReplyDelete
  2. tak lah kak dot.. kat area presint 14, dekat restoran arab..yummy jugak tomyum diaa...

    ReplyDelete
  3. akak tak penah ke presint 14 kot (x sure la kalo dh smpi tp tatau sbb mmg tatau area ptrjya sgt kalo xde dude)..

    tggu dia balik kursus ah bru leh try...memendam rase je la smpi bln 12..hehe

    thanks ju-are! ;)

    ReplyDelete
  4. hehe, ure welkam kak dot! nanti boleh pergi dating kat situ..hehe

    ReplyDelete