Friday, September 28, 2012

proses tamat master degree

i was so happy today.. happy sebab hari ini fullfill... penuh dengan aktiviti. aku kalau satu hari penuh aktiviti, gembira je aku..kalau tak buat apa tu yang depress, lepas tu rasa penat sangat sebab tak buat apa..

cewah bongkak nya kau..

haaaaanyway....

today, budak-budak lab atas (sebab atas bukit lebih atas dari tempat aku kerja sekarang) ajak aku semua pergi ke majlis perpisahan seorang rakan..rakan yang dah habis buat lab dan sedang tunggu sv periksa thesis dan get ready untuk dihantar.. juga rakan yang aku suka sangat mintak itu ini kalau barang kat lab aku tak cukup..rakan pertama yang boleh ngam sewaktu meeting lab sebab dulu aku newbies... beliau rakan sekolah aku jugak. rakan sama-sama susah angkut air kat kelantan macam dalam post ini. dari  kelantan kami kenal sebab kami sekelas, bila jumpa nak berpisah pulak.....eh rakan tu namanya laziana..

rakan ini lah..yang pakai baju biru tu..(kredit gambar; facebook nurul)

sedih jugak walaupun dia buat lab kat atas, aku kat bawah, dia jelah tempat aku berhubung dengan orang atas..if anything semua aku refer pada dia..sekarang aku dah takdak tempat bergantung.. sobs..tapi takpe, thanks sebab memperkenalkan pada rakan-rakan lab lain..terasa bondingnya..budak-budak lab sweet sangat ajak aku join the party sebab they know we are friends from school..sebelum ni selalu je ada farewell party untuk budak lain. and they all selalu invite in facebook saje. aku pulak selalu buat sombong and diam je if they all update everything kat situ.. maafkan kakak ye..kakak ni pemalu.. but this time, they all siap msg lagi..thanks guys, you guys made my day.. rasa belonging gittew..

so my friend ni pun dah habis master..boleh hantar thesis dan tunggu viva. jealousnyeeee...hehe..good luck in everything you do..dok kat mar.di tu jangan lupa seludup labwares and chemicals macam biasa bagi kat aku..eh..tak tak.ni gurauan. nanti orang ingat aku serius dan tuduh aku perompak barang lab sejak azali..

gonna miss you girl..

ps: will label post involving labwork and labmates with 'lab'. not kerja buruh anymore. terinspired dengan lecture petang tadi.. :)

Thursday, September 27, 2012

misi

salah satu misi nak kurus...

inilah;


nadal dengan murray pun nadal boleh kalah...main tipu betul lah si komputer ni..

Wednesday, September 26, 2012

Life is like Coffee

nak tahu apa makna hidup?

i share this movie for all of you to see..

and get inspired!

Life is like Coffee Movie: Do you know people that just seem to be happier in general? Do you say to yourself, "I want to be more like them"? Often, the happiest people in the world don't have the best of everything...they just make the best of everything!

ps: mengajar aku supaya jangan mengejar kekayaan. hehehe...

Tuesday, September 25, 2012

its time to celebrate the new born

assalamualaikum and hellow!

how are you guys today? feeling nice? depress sampai rasa nak masuk gaung?

i feel okay. it just that adelah benda yang tak menjadi..and these few days ni rasa macam aku tuaaaaa sangat. and i miss being me few years back. where i feel young and energetic. sekarang lemau sangat ni kenapa?

dulu rajin jaga diri, hari-hari letak losen, and there was me time everyday, every month beli Cleo, and drooling over nice dresses and new make ups. siap beli innershine nak cantik punya pasai. rajin scrub, rajin potong hujung rambut..potong hujung rambut bagus tahu! selain mempercepatkan rambut tumbuh panjang, juga mengelakkan rambut bercabang. seeloknya, sebulan sekali potong. ewah..

and pergi shopping benda pelik-pelik..baju yang belum tenntu dipakai, various kinds of shoes, heels, pumps, wedges..waaah rindu...rindu...

and every morning buat senaman ringan, stretching, and a headstand yoga post..headstand yoga post tahu!(tapi sandar kat dinding laa).. siap ada yoga mat bagai.. dah lah masa tu kurus..

huhuuuuuu...

sekarang semua tu tinggal kenangan..tak da semangat, badan pulak macam makcik anak 5..

sekarang makcik anak 5 pun cun sebab pakai premium beautiful...

huhuuuuu.....

***

last sunday ada kenduri akikah rumah mizah. rumahnya takdelah jauh sangat, macam dari rumah aku pergi jusco taman equin je (memang dekat-dekat situ jee..), aku pun bersemangat waja untuk pergi. anak mizah comel sangat, eloklah anak perempuan pulak kali ni sebab ini anak yang kedua. anak yang pertama laki-laki..

Congrates to mizah! (Taken with Instagram)

amirul, farah, islah, me, mizah, auni, akeef. akeef exited sebab banyak hadiah..haha..

seronok lepak lama-lama. sebab kami yang perempuan-perempuan je. so macam-macam cerita keluar. cerita pregnancy, cerita beranak, cerita petua baby-baby.. aku dengar jelah, tak de pengalaman. antara 3 ni, farah paling senior lah kira sebab anak dia paling besar, anak pun dah dua jugak..

waaah korang bertanding pulak ye..lepas ni 3 pulak, 4 ke, 5 kee..hehe..

Islah and me.budak kuat senyum tapi tgk kamera masam pulak.. (Taken with Instagram)

islah, kuat senyum tapi bila nampak kamera terdiam pulak..bila jauh dari mak nangis sikit punya kuat! farah kata drama je lebih tu..


and farah keep on complaining about motherhood. penatlah, sakit pingganglah, anak menjawab lah. aku tengok amirul pun boleh tahan..same macam anak buah aku. asyik nak main je. main bukan set set yang berhemah punya.. main mesti kena lari-lari, lawan-lawan..ooh kids at that age..suka sangat tiru ultraman dan seangkatan dengannya..

jadi mak-mak, bersedialah sakit pinggang macam farah kalau anak dah mencecah 3+ ye..hehe..

haha, okaylah. aku kalau dah bergaul dengan mak-mak ni, apa lagi, stories semua pasal parenthood je.. kalau dengan student, stories pasal thesis and labwork..kalau dengan makcik-makcik, sibuk tanya bila aku nak ada anak..

okay, that's all for now. bye.. :)

Friday, September 21, 2012

grad school fodder

assalamualaikum semua!

you know when you are entering grad school, macam-macam benda boleh jadi. grad school bukan macam undergrad, you study, you have exam, you pass, you grad and yey!

postgrad is a whole different world and you'll face whole different things.

the best thing is that, usually the extra classes that we took (contoh macam hal ehwal semasa or research methodology) those subjects kebanyakannya tak ada exam. they were all assignments and presentation. but depends jugakla subjek tambahan apa yang korang amek. macam aku dulu, 100% assignment and presentation. assignments and presentations pulak based on what  i learnt masa undergrad dulu, something about sustainable something..hakhak.. terlupa..

end up all the group members dapat 4 flat ya'll!

so after that, it was all presentation, presentation and presentation...

satu lagi benda best kalau sambung belajar ialah...

FREE FOOD!

free food kat sini bukan free food yang cikai-cikai punya. free food yang sedap-sedap jenis buffet punya..because i was and still am excited about this food thing, i can say i am the grad school fodder as shown in this figure belowww.....


ahak ahak ahak (gelak malu-malu)..

so last week, untuk membuktikan gambarajah di atas adalah benar, the team had a seminar here;


the worst part is, we need to present our progress, papers, proposals, apa-apa yang patut pada wakil uni sheffield sebab kami berkerjasama dalam merealisasikan impian untuk melawan penyakit merbahaya. yeah, apa-apa sajelah. nervous melampau sampai rasa nak demam.


aku orang first sampai, jadi pilih tempat paling strategik, paling hujung paling belakang. bila orang present diri terpinga-pinga sebab tak dengar..


well, orang kata perkara sedih biarkan berlalu. jadi bila dah present, mestilah kena sebijik dua teguran manja. bagus jugak present before lunch. sebab lepas tu boleh berlagak kaya makan buffet dekat hotel mewah! terubat rasa luka di hati..hihi...

tapi honestly, makanan sini kureeng sikit as compared to eq bangi. eq bangi makan 2 kali dua-dua kali sedap woh!

lepas makan, hati pun gembira. gembira sangat sampai lupa apa teguran-teguran yang diterima. hakhak. takpe takpe, lepas balik lab semula, ingat balik dan menderita balik..

so, there. the confession of a grad school fodder. nampak sangat present tak ikhlas, nak makan free je kejenye. tapi honestly, we rather not to have free food kalau kena present tau.. part kena bantai tu yang tak tahan tu..

okay that's all bye!

Thursday, September 20, 2012

trip to kota bharu part 2

assalamualaikum ya'll!

semalam bajet penat menulis, now sambung balik..

ya, lepas berjemba dekat pusat kraf dan beli fridge magnet, kami pun balik ke hotel balik, ambil kereta (sebab semua perjalanan tadi hanya berjalan kaki je) dan off we go to pantai cahaya bulan. note to self and sesiapa yang membaca, kalau nak pergi ke sana pergilah awal sikit tak rugi pun. sebab kalau pergi lewat contohnya pukul 5.30 atau 6.00 macam tu, kereta mula banyak, parking pun susah nak cari. sebab kami pergi awal, parking depan kedai jual makanan, dekat dengan pantai.

saje je nak menjejakkan kaki kat sini.. nak mandi pun tak berapa nak boleh sebab pantainya berbatu. last time masa aku sekolah menengah dulu memang siap boleh mandi. mungkin sebab kat resort jadi pantainya panjang tak ada batu. jalan-jalan sambil layan jiwang. dating berdua macam ni siap kat tepi pantai baru rasa jiwang abadi..ahaks!









dalam hati teringin nak main layang-layang. sebab memikirkan diri ni dah tua dan teringat pulak dulu layang-layang pernah tersangkut kat pokok, nak mengambilnya satu azab, jadi niat itu dibatalkan sahaja. lagipun banyak manusia kat sini, jadi kami singgah makan jugak walaupun dah kenyang.



seriously memang sedap lah. tapi bayangkan banyak ni punya lauk, dan 2 gelas air kelapa mencekik kami lebih kurang rm16.

lepas tu, kami pun balik ke hotel semula. perjalanan sepanjang dari pcb ke kb ada jual-jual kaftan. kalau nak beli boleh lah singgah. kaftan yang cantik, harganya lebih kurang rm30, yang tak tawar lagi. sebab aku berada dalam percutian bajet, kaftan pun ku ucapkan selamat tinggal. plus, aku bukan pakai kaftan pun...hehe..

and sesampainya kami di hotel, guess what apa yang menanti kami di bilik hotel?





Subhanallah!

cantik sangat rasa macam nak nangis cantiknya...sungai yang warna coklat kulihat tengahari tadi menjadi sangat cantik bila terbenamnya matahari. memang sampai hilang senja merah dilangit, baru ku tutup langsir nak melayan view punya pasal..hehe..

malamnya, kami bersiap-siap nak pergi wakaf che yeh pulak. memang sebelum ni tak pernah pergi pun. azmi yang pernah datang sini kata ada pasar kat area kb yang bukak sampai 2-3 pagi. waaah aku pun excited google guna wifi yang laju gila tu. memang wakaf che yeh lah tempatnya walaupun pada mulanya azmi kata dia tak tahu kat mana..don worry man, we have google map, gps, internet, apa lagi nak dikata? kemudahan semua ada!

jadi dalam pukul 8.30 pm kami gerak. sebelum tu, kami lepak kat cafe hotel untuk redeem welcome drink yang disediakan. sepatutnya awal-awal tadi tengah tekak haus pi redeem welcome drink. ni dah time sejuk segar baru nak pi redeem. apalaa..

jadi dengan berpandukan gps, selamat jugak kami sampai di sana. tak jauh pun, 15 minit macam tu je dari kb. memang susah nak cari parking, tapi nasib baik ada google map, kami menulusuri jalan kampung (sebab situ jalan one way tak boleh nak u turn) aku kata mana ada parking, terjah aje..kat situ banyak lah kawasan rumah yang buat bisnes parking. sampai kat satu ceruk memang ada tempat parking. ada 3 bijik kereta je kat situ. so kami rasa kami bertuah!hehe..

ini kan percutian bajet. jadi memang tahan je nafsu nak membeli belah. memang banyak benda jual kat situ especially barang bundle, jeans, kasut, t-shirt..kedai-kedai kecik yang jual tudung, kaftan, batik dan sebagainya. kira one spot boleh dapat semualah! even kedai makan pun banyak. kami makan nasi goreng kampung pedas dan nasi goreng usa. sedap sangat! lepas tu menyesal sebab tak rasa nasi kerabu kat situ. tapi akok aku rasa tau! hilang kempunan di hati..

tak banyak barang yang aku beli. 2 helai selimut besar bulu-bulu yang soft gila dengan harga rm43 (harga asal rm45) dan aksesori kaki dengan harga rm30.



satu harganya rm20 satu rm10..

kat kl memang ada jual. tapi bila kat sini perasaan nak membeli tu membuak-buak! haha...

bila balik ke parking lot, tengok kereta dah penuh dah! jadi, kesimpulan kat sini, kalau nak datang sini pun kena datang awal jugak sebab parking penuh.

besoknya, kami lepak hotel sampai tengahari. breakfast yang disediakan nasi kerabu dan nasi air. aku pun tak tahu kenapa, rasa nasi kerabu dan nasi air tu sedap gila walau tak cukup bahan. mungkin sebab aku lapar. hehe. tengahari, singgah sekejap di pasar siti khadijah dan beli keropok untuk bawak pulang. aku suka keropok bungkus kecik-kecik yang boleh dimakan selalu tu. jadi kami beli yang itu. 40 paket dapat harga rm35. tu pun aku tak tawar sangat sebab aku malas. plus, aku tak reti kecek kelate, tawar macamana pun dapat harga tu jugok..hehe..

demikianlah cerita percutian kami yang tak seberapa ni (bajetlah katakan). kalau nak datang lagi pun mungkin akan bawa mak abah atau inlaws sebab diorang memang nak datang sini. sebab ini percutian bajet, kitorang pergi berdua dulu kasi survey tempat. tapi honestly, tempat ni memang best. untuk aku. orang-orangnya baik, makanan sedap, barang murah..ewah..nanti boleh datang lagi untuk singgahan ke perhentian pulak. eh..

bye!

Wednesday, September 19, 2012

trip to kota bharu

assalamualaikum..

seperti yang telah ditulis di sini, aku dan azmi gigih pergi kelantan untuk attend wedding kawan aku lin dan pada masa yang sama pergi melawat sekolah ku yang dah 10 tahun tak dilawati. sambil sambil itu juga, aku pergi lah melawat sekitar kb sebab honestly, masa zaman aku duduk situ, aku dan family memang tak pernah pergi buat lawatan perdana di persekitaran. paling kuat pun jalan-jalan kat pasar siti khadijah.

dan trip kali ini bukan nak bershopping ke apa, tapi more into knowing this state and visiting nice places around here.

tapi cakap jelah tak shopping, tapi ada jugak terbabas sebarang dua...memang orang macam aku ni bukan boleh menahan nafsu serakah terhadap barangan murah! hehe..

jadi first day trip, kami bertolak lebih kurang pukul 5 macam tu. kira pukul 5 dah ada atas jalan, menuju ke kelantan. jalan yang diikuti adalah jalan ke arah gua musang, lalu bentong dan kuala lipis. lebih kurang pukul 1.30 pm baru sampai. alhamdulillah jalan memang tak banyak kereta. sesampainya kami, baru nak pergi cari hotel. gila gamble la taknak book awal-awal. banyak jugak hotel yang full booked. kami redha je, mana-mana yang ada duduk ajelah. jadi kami duduk kat hotel suria kb. hotel ni memang best sebab dekat dengan pasar siti khadijah dan sewaktu dengannya. kedudukan memang terbaik. tapi kondisi hotel kurang. tv kecik, tak ada astro, almari buruk, buka tingkap menghadap jalan dan hotel lain. tapi kalau setakat nak duduk memang bolehlah. aku bukan berkira sangat sangat pun. sebab tak tahu kondisi hotel masa nak masuk duduk tu, kami hanya duduk satu malam dulu, besok memang nak pergi hotel lain. boleh explore hotel mana yang lebih best..

jadi untuk hari tu sahaja kami memang duduk hotel je. lepas melawat sekolah, balik rehat dan dinner kat pizza hut. memang semua jalan kaki je. memang convenient gila. tapi satu hal, kalau parking, kena masukkan duit kat parking spot tula.. cuma untuk malam tu dan besoknya tak payah masukkan duit sebab cuti umum..

besoknya, terus cari hotel lain nak duduk. jadi lepas dikenalpasti tempatnya, kami pun duduk di ridel hotel. nasib baik boleh book walk in saja, sebab hari sebelum tu memang penuh, ada few agencies duduk kat situ. aku rasa, hotel ni okay sebab harga murah dan memang ia menghadap sungai kelantan. jadi sementara tunggu check in hotel yang memang dia strictkan exactly pukul 2 baru boleh masuk, kami pun pergi jalan-jalan dulu di tempat bersejarah istana jahar yang memang jalan kaki je dah sampai..


harga tiket masuk adalah rm2 untuk seorang. yang bestnya tempat ni, ada macam-macam barang-barang utnuk adat istiadat raja kelantan dan orang melayu. contohnya, adat berendoi, adat pijak tanah, adat bersalin, adat berpantang, adat berkahwin..jadi bolehlah imagine macamana orang melayu lama dulu mengikut adat-adat ni based on barang yang dipamerkan di setiap bilik yang disediakan. 

dan yang paling aku suka, design istana ni lah. memang seronok kalau ada rumah besar dan design macam istana ni. contohnya beranda yang besar macam ni..


haaa..nak berpantun boleh, nak berlepak boleh, nak main kejar-kejar pun boleh. bayangkan zaman dulu, tak ada bangunan tinggi-tinggi dan tak ada jalan yang sibuk. mesti pemandangan dari sini sangat cantik hijau dihiasi gunung ganang yang indah.. hehe..

lepas duduk lama berkepanasan di sini, kami pergi ke muzium senjata yang terletak di belakang istana jahar ni. ada meriam, ada tombak yang berbagai jenis rupa bentuknya, ada yang cabang dua, cabang 3, ada parang, kapak dan sebagainya. 

lepas tu pulak, terus pergi pasar siti khadijah nak tengok apa yang patut. walaupun niat di hati tak tahu nak beli apa, atau memang taknak beli pun, aku rembat jugaklah tudung bawal. 3 helai rm50. aku rasa berbaloi. plus, tudung bawal memang aku boleh pakai sampai 10 tahun pun tak ditelan zaman..hehe..

balik dari pasar terus ke hotel sebab dah pukul 2 macam tu. perut pun kenyang lagi sebab sarapan nasi lemak di gerai berhampiran. kami check in hotel dan kami dapat bilik menghadap sungai! wifi juga sangat laju, bilik pun cantik. harga juga okay rm127 berbanding dengan hotel sebelum ni which cost us rm115 tapi tak ada breakfast dan wifi yang laju..~

dan lepas berehat, pergi menjenguk muzium kraf. aku cari fridge magnet, namun tak banyak pilihan yang ada. yang banyak kat sini hanya keychain sahaja. so aku rembat jugaklah fridge magnet untuk mak aku sekeping, dan untuk aku sekeping...


 

aku suka design rumah kraftangan yang dibuat ni. dan ada jugak kelas buat batik, kelas buat kraftangan dan sebagainya. tapi sebab dah petang, aku jenguk kelas tu dah kosong. oh, berhampiran dengan tempat ni ada restoran nasi ulam yang terkenal tu. masa kai pergi pun dah tutup, orang pun dah berkemas. berhampiran sini jugak ada istana batu dan pasar buluh kubu. pasar buluh kubu kami tak pergi, kalau kami pergi mesti aku membeli-belah lagi. aku rasa pasar tu sama je kot macam 10 tahun dulu (pernah pergi). jual barang-barang kraf dan barang-barang batik, tudung bawal, kaftan dan sebagainya. 

dahlah. penat nak tulis lagi..bersambung besok pulak..

bye!



Tuesday, September 18, 2012

walking down the memory lane

assalamualaikum and good day everyone!

oh my oh my....

aku rasa penat travel masih belum habis..weekend lepas aku and azmi pergi bercuti di...

KELANTAN!

the reason being is that my friend - lin is getting married! weehoo! so happy for her. and kawan aku sorang ni kawin dengan kawan kepada abang zaki, abang zaki adalah kawan kepada farah, my other friends. and their parents mentua live in the same taman and can raya to each other's houses bila musim raya. how unfair is that.. hehe..

the power of friends kan? even friends can be the reason of finding us jodoh yang Tuhan bagi..

you guys adalah sangat comel tahu!


us..

so, sebab utama aku pergi kelantan adalah untuk attend wedding lin, second, untuk mengimbau kenangan lama and of course pergi ke sekolah aku yang tercinta..

tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat aku angkut baldi pergi kumpul air untuk mandi..kan....

jadi reason dah banyak kat situ. and almost 10 years aku tak pergi kelantan, so why not why not kan? gigih jugaklah drive pergi kelantan untuk mencapai objektif. jadi objektif lin dah tercapai, objective yang kedua adalah melawat sekolah!

yeah! this is my school!

dulu kat dinding tu tak ada tulisan-tulisan pelik macam tu..

banyak gila kot sejarah aku kat sini. kenangan manis banyaklah, kenangan pahit tak payah cakap lagi banyak.. dengan sekolah tak ada air sampai seminggu, dengan tak ada pokok, kawasan sekolah kering kontang..mandi pagi pun sebaldi je. pergi prep bawak baldi dan barang mandi, siap bawak baju semua pergi sekolah sebab asrama memang tak ada air. dengan konvoi nak pergi jupa pengetua lepas tu kena halau balik asrama oleh pkhem. kena marah dengan pkhem sebab melawan cakap dia. kena sound sebab bawak rollerblade pergi sekolah, kena sound sebab waktu cuti orang balik rumah, kitorang pergi kb tidur hotel dan main game di billlion kena layang surat merah sebab pecah masuk bilik tv sebab nak tengok mtv hari sabtu..hari sabtu kan cuti, boleh pulak pergi kunci. apa lagi, kitorang korek tingkap dan masuk lah! bukan waktu sekolah pun...

well the list goes on..

not sweet, tapi bila difikirkan balik, that school really gave me the real experience of life..

and trust me, kat dalam gambar banyak pokok kan? dulu, bukan je pokok, kitorang pun belum tentu bersiram ke tak..hak hak...

walaupun tempat ni beri impak yang sangat menderita kat kepala otak aku, aku still rasa sekolah ni cool lah jugak. kalau aku tak sekolah sini, aku tak tau aku ni sampai ke tak kat pantai timur. aku faham orang kelantan cakap ape (tapi nak bargain sambil kecek kelantan tu memang tak aaa), aku lepak rumah noris dan kenal dengan keluarga dia dekat kb masa sekolah tak ada air. aku lepak rumah shida dan kenal dengan keluarga dia kat terengganu. dia jugak memperkenalkan aku dengan buah salak dan pacat (which aku panggil ulat comel..sampai ke sudah jadi bahan). aku lepak rumah joe kat jerteh dan jalan-jalan sekitar sawah padi meluas dan pasar malam jerteh, makan nasi air dan nasi kerabu sedap gila dan jalan-jalan sekitar pantai air tawar. aku lepak rumah lin dan kenal dengan keluarga dia di kb. mak dia sanggup pi beli popcorn untuk aku kat pasar malam sebab aku teringin. lepas tu kutuk-kutuk student kat tv yang dapat straight A dalam spm berbanding kitorang yang average dapat 5A's-6A's (tapi lin dpat straight A la tu sebab jadi doktor). yelahhhh korang senang ada air..kitorang kat sekolah bukan cari ilmu tapi cari air! kata kami...hakhak..

bila jumpa balik belle and mcsyam (dalam gambar) macam-macam benda bermain di fikiran kami masa tu. mcsyam siap kata taknak menjejakkan kaki ke sekolah tu dah. belle pulak siap kata taknak menjejakkan kaki ke kelantan dah sebab betapa hebat sekolah tu beri impak pada kami. aku, cool aje, aku takdelah kata aku ni taknak jejak langsung ke sekolah ni atau ke negeri ni. dulu yelah memang anti gila. sekarang aku rasa semua pengalaman dari tempat yang kecil itu memang banyak ajar aku erti kehidupan sebenar (nak nangis), dan erti pershabatan yang hebat. kami saling tolong menolong, saling beri semangat antara satu sama lain sebab nak spm. dan ke 'survive' an kami di sekolah tu. 

so aku hargainya. sikit pun aku dah tak rasa benci atau bengkek atau berdendam dengan sekolah tu dah.. hakhak..

so korang-korang yang terbaca post ni (sampai habis), ada pengalaman cool korang tak masa kat sekolah dulu? sharelah sikit..

adios amigos..

assalamualaikum...~

p/s: batch form 5 2001 (kitorang lah tu), adalah pencipta lagu sekolah ni. dan lagu sekolah tu remains sampai sekarang. rasa cool gila!

Friday, September 14, 2012

raya raya!

waah besok nak present (actually hari ni, aku tak tidur lagi) sempat lagi aku update blog. kau, lihatlah aku betapa gighnya aku ini!..

anywaaay, semalam ada jamuan raya office! bestlah, hilang kempunan aku nak makan ketupat pulut, tapi tak sesedap mak buat. but still, we had fun. walaupun sebenarnya dorang semua merewang masak per semua, aku je ngelat tak nolong..sorrylaa, aku student, aku kena berkhidmat pada supervisor, semalam dan semelam semalamnya, aku kena attend talk...huhuu..

eh marilah layan gambar sikit..







hehe..selamat hari raya!

Thursday, September 13, 2012

menabung untuk wallet

aku dah lama tak buat kerja macam ni..

kerja menabung..

last sekali menabung....er....entah, tak ingat pulak..sejak sejak pegang duit sendiri, kalau terms menabung tu, simpan duit dalam bank, lepas tu kalau nak beli barang keluarkan duit tu. eh tu menabung ke? hehe...

aand sejak ada buku asb dalam tangan, adelah jugak menabung seposen dua. tu pun tak banyak..mana yang ada.. tak delah tetap sampai setiap bulan. kalau ada lebih, masukkan, kalau tak ada..huhuuu..makin kuranglah..lepas tu kalau ada benda penting contoh nak bayar yuran pengajian, terpaksa keluarkan sambil menitiskan air mata darah..huhuuu..penat aku simpan, kata aku dalam hati..

dan sekarang ni aku berazam nak beli wallet baru. sejak wallet fossil aku hilang tu hari bapak hai sedih bukan kepalang. sejak tu memang tak ada pengganti ah..wallet hadiah dari mak tu..sedih sedih sedih..duit hilang aku okay lagi..setakat rm10 cenggitu, tapi kalau dah ada sentimental value kat barang barang tu kan ke mental dibuatnya..

so sekarang aku pakai wallet murah rm 10..tak sampai sebulan, terkoyak and pecah kat bahagan butang. lepas tu beli wallet rm20, pecah jugak...kali ni beli rm20 jugak, tunggu mase je tu..tapi cool jugak, aku boleh letak handfon sekali dalam tu..

anywayyyy...

i need a new wallet..jadi kena mula menabung..tak mampu aku nak spend terus duit untuk beli sebijik wallet cool. jadi kena kumpul duit. tragis kan??huhuuu...

setakat ni, ini sahajelah;



hopefully tercapailah cita-cita...

atau ada orang nak beri aku wallet cool secara percuma? dialu-alukannn....hehee...

Wednesday, September 12, 2012

tasik idaman

nama tasik idaman ni nampak macam nama sebuah taman perumahan kan? macam no 23, jalan tasik 1, tasik idaman, 43000, kajang selangor. macam tu tak? haha..

tasik idaman ni sebuah nama tempat makan cool gila kat tepi tasik. tasik dia boleh tahan besarlah bukan macam tasik titiwangsa tu, tapi besar lagi. aku tengok kalau buat tempat memancing, cool kot..

aku tahu tempat ni pun sebab last ramadhan, budak budak office ajak makan berbuka puasa kat situ, tapi sebab aku tak dapat pergi sebab balik kampung, jadi memang tak pergilah! ada jugaklah aku google-goole tempat tu masa tu sebab curious gila dengar nama tempat makan tasik idaman sekangkang kera je jauhnya dari tempat kerja aku tapi tak tau kat mana kan...mane boleh tempat makan cool berdekatan tidak ku ketahui.. mesti kena ambil tahu! cewah..

jadi hidangan yang disediakan pun not bad laa..ada banyak katogori tepat makan, pertama katogori menghadap stage. aku tengok blog tasik idaman siap ada karaoke bagai.. semalam tak de karaoke, tapi ada dj.. terus aku teringat harith iskandar dalam lawak ke der.."hari ini hujan..hujan....hujan..." haha, stail dj macam tu lah lebih kurang.

katogori kedua, aku tak pasti menghadap apa, tapi agak terceruk dan dekat dengan tempat parking. masih boleh nampak tasik tu. dan katogori ketiga yang paling cool sekali, makan atas tasik laaa...kat bawah tempat makan tu ditampung oleh tong tong besar, jadi agak bergoyang-goyang dan menakutkan sikit. tapi dah lama-lama kami okay je.. buruk lantak jugak sampai ke habis...

haaa..kalau nak set hidangan yang marvellous, boleh tengok blog dia yang aku bagi link kat atas tu. semalam, kami berdua, jadi takdelah set, makan alakad je..


kami order tomyam campur, telur bungkus, cendawan goreng, air suam dan air tembikai..


dan ikan talapia bakar! (kecoq ayaq lioq)..

so total damage: rm 58.. untuk 2 orang. tapi sebab makanan ni pun sebenarnya tiga orang pun boleh makan, (tiga orang termasuk sekali seekor kucing kat situ..)..tapi sebab kami ni burok lantak, jadi boleh lah habis even hidangan macam banyakkk...tapi bagi aku, untuk hilang kempunan makan ikan bakar, dan pemandangan yang best, boleh datang sini. tapi bagi akulah ye, ikan bakar kat pulau pangkor sedap lagi!! (hak hak sampai pulau pangkor pulak..)

jadi sesiapa nak pergi, bolehlah pergi sana bagi melihat pemandangan yang cantik, makanan yang boleh tahan sedapnya, dan  ada jugak orang main golf kat area berdekatan. shoot bola terus masuk tasik ya'll.. cool okeh. lepas tu aku rasa ad ajugak orang buat kolam pancing kat situ, tapi tak sure. and ada carwash! kalau korang makan sambil cuci kereta pun okay..sampai malam dia bukak...

oh cara nak pergi pulak, dia memang dekat sangat dengan aelb. lembaga perlesenan atom malaysia. bukan mint tau! aelb..ada beza di situ. kalau exit bangi tol, pergi ke arah ukm pintu besar, masuk ke kanan ke arah bangi lama, dan selepas lalu jalan bengkang bengkok yang tak berapa nak menggerunkan tu, nanti nampak genom, depan sikit ada simpang ke kanan untuk ke banting. masuk simpang tu, dan akan jumpa aelb..kalau bawak kereta tu pandang-pandang sikit ke kiri tu sebab restorannya terceruk. ada tulis ikan bakar tasik idaman..haaaa complete tak penerangan?

dahlah..penat menulis. aku nak pi cari makan tengahari pulak ni...hihiii..

Tuesday, September 11, 2012

tart nenas

assalamualaikummm~~

puasa lagi hari ni, alhamdulillah..

dia biasa, kalau puasa mesti terfikir bab makaaaaaan je.. jadi kali ni pun aku nak letak gambar kuih kegemaran di hari raya..

apa lagi kalau bukannnnn;

kuih tart nenas!



seeeewdapnyewwww.....

alkisah kuih tart ni muncul di hujung syawal ni adalah, masa mak aku order kat kawan dia tu hari, kuih tart yang diterima macam hangit sikit. bukan sikit sangatlah, tapi boleh mematikan ke'excited'an aku nak makan kuih kegemaran ni..

sebab taukeh adalah kawan mak aku yang kira close gila, jadi masa pergi rumah terbuka taukeh ni, mak pun kate kueh tart ritu kurang marveless...yelah, qc kira tak berapa nak lepas. kawan mak aku yang baik budi pekerti ni pun sudi buat semula dan beri 3 balang pada mak aku SECARA PERCUMA! fuiyooooohh..hebak hebak..

servis yang sebegini yang kita mahukan dari peniaga, cewah. tapi kali ni kuih tart ni kira memenuhi citarasa yang diidamkanlah...! tambahan pula, kuih tart ni pun pernah dieksport keluar negara sperti di prancis (mak aku hantar ke adik aku) dan di sekitar negara eropah (kawan-kawan taukeh menghantar kueh raya pada anak-anak mereka di oversea).. jadi memang kuih tart ni adalah kueh tart kegemaran ramai..ecewah..

okaylah, cerita kueh tart pun dah satu karangan lebih dari 150 patah perkataan...hakhak...

bye!

Monday, September 10, 2012

selamat belajar!

assalamualaikum,

selmat hari isnin. macamana dengan hari isnin anda?

hari isnin aku di sini baik baik aja alhamdulillah. pagi yang sangat pagi, aku tolong dr y ambil darah tikus..

bloody rat..blood all over the place..

okay tipulah, kita kena ikut prosedur, buat dalam safety cabinet, 2 gloves, 2 aprons, and 2 masks. ambil darah, and monitor mana yang mati..

cool jugak..tapi penatlaa. sebab 1st time tolong, jadi rasa cool. cuba kalau buat hari hari..mesti muntah hijo..

anyway, hari ni juga aku mendaftar untuk sem 2 jugak. yuran dah bayar rabu lepas, boleh pulak aku tak boleh nak mendaftar online. lepas setelkan kat pps tadi, nasib baik boleh daftar hari ni tanpa denda. dan aku daftar subjek yang diperlukan, dan tiba-tiba aku rasa yang this semester will be big, mungkin aku kena buat presentation yang berskala besar, mungkin kena hentam dengan lebih. tapi aku yakin dengan projek aku. cuma ilmu aku yang cetek ni je tak meyakinkan aku..but i must strive for the best! i must push myself beyond limitation. cewah.

kawan-kawan yang membaca, doakan aku teruskan usaha ya. belajar ni susah. tambah pulak orang di sekeliling dah bekerja, dah bergaji besar, dah ada aset sana sini, dan aku masih belajar, gaji pulak kecik, aset harta dunia pun takda lagi, jadi mencabar nya kat situlah. mencabar dari segi harta dunia, harta akhirat tu, aku harap adalah jugak hendaknya sebab orang menuntut ilmu ni banyak juga fadhilatnya..hehe..

ada sesiapa nak bagi zakat kat aku tak? aku kan orang yang menuntut ilmu..hakhakhak...

selamat belajar bagi sesiapa yang mula belajar balik. aku dengar ramai yang menuju ke arah postgrad ni! selamat maju jaya ye!

Sunday, September 9, 2012

singa dalam kereta

tajuk nak gempak aje kan? hakhak..sebenarnya ini;




Friday, September 7, 2012

antara perkara yang akan diingati bila boring

people here know that we are married for almost two years now.

i dont mind really; i can relate myself with carrie bradshaw and mr big. like u and me just us two. as long as i have a great husband, great family members and girlfriends and catching up here and there, i think just us two is more than enough for me.

i am happy with all the blessings that Allah has given to me, kadang-kadang rasa segan nak mintak lebih.. to want more in everything. more money, have children, great car, great house, friendly neighbours.

as if that i am not thankful enough. so usually, with the common everyday doa that i made, sometime i just pray for something good. like if this is good for me and my other half, than grant us. if not then, i know You know the best.

***

hari tu aku ada pergi bank untuk keluarkan duit asb bagi menampung perbelanjaan aku di universiti. sorrylah, babe, i tak pakai ptptn.. akaun sspn pun tak ada. hutang lama pun tak bayar.

okay, so sementara menunggu, thers's one girl so cute cute cute sangat sangat sangat berjalan sana sini dalam bank. u know kids, kalau dah ada dalam bank, dia excited, dia lari sana sini dan nak pegang semua.

so this girl saw me playing game from my phone. ada teddy bear, ada cute houses, trees, bushes, grass. so maybe because of that, she came to me and see what i up to.

there's an empty seat beside me. and there's a lady next to it. the girl sat on the empty seat and watch me. i asked for her name, she said something that i didnt understand. sebab dia cute gila, semua orang suka. dia pandang kakak sebelah then kakak tu nak bermanja-manja dengan dia by asking her names, betulkan baju dia, dan macam-macamlah..

suddenly she looked at me and wrapped her arms around mine.

i was like.. man, aku nak anak sekarang jugak!

:P

okay, mungkin lah benda ni sangat lame ke ape kan.. and i dont know if this kind of body language saying that she was interested with my phone..

tapi still, aku nak parasan jugaklah yang that girl is choosing me, me instead of the lady next to her..

apa ni? merebut hak penjagaan anak ke? hakhakhak...

and tak lama lepas tu, mak dia panggil lepas tu dia pun blah..

and seriously, budak tu cute gila sikit lagi muka dia nak sama macam zooey deschanel.

tu je sebenarnya..

asalamualaikum, selamat hari jumaat! yeah baby yeah!


Thursday, September 6, 2012

mood baik mood baik...

assalamualaikum and good evening everyone!

how's your mood today?

mood aku baik sahaja hari ni.. siapa sahaja boleh tegur aku dan senyum pada aku dan aku for sure akan balas dengan seyuman riang sampai nampak gigi puteh berseri..

well, mungkin sebab aku ada objektif hari ni. walaupun objective ada sedikit delay...dan aku kena datang lab balik around pukul 8 macam tu. but never mind, i'm in a very good mood today. jadi tak apa.

mungkin mood baik ni  sebab aku dah rasa pandai gila buat kerja. jadi aku tak blur, jadi aku tahu apa yang aku lakukan..

mungkin sebab bila aku sampai je, orang lain yang angkat tangan menegur sapa dengan senyuman.. selalu orang yang sama, semangat jadi lain..

mungkin ada sebab lain lagi aku pun tak berapa pasti.

tapi satu yang pasti adalah, kalau pagi kita dimulakan dengan perkara positif, hati positif, minda positif, insyaAllah hari kita akan positif sampai malam..(ahak ahak pandai cakap je) tapi serius bukan senang babe. kalau fikir pasal masalah terus rasa down kan?

tu je aku nak tulis sebenarnya. aku nak kongsi satu blog yang semua orang dah tahu kot.. aku start dari twitter beliau, sampai vlog beliau, now blog beliau.. silalah terjah di www.aimanazlan.com untuk pengisian jiwa, dan adelah tu link-link yang boleh sampai ke twitter dan vlog beliau di situ..

and beliau ni baru what, early 20s? bila aku lihat kebanyakan orang yang diidolakan semuanya around that age kan? aku ni kira agak tua sebab dah habis belajar undergrad pun almost 10 years dah. tapi budak uni zaman sekarang dah semakin matang, bijak, dan aku rasa dah lebih dari pemikiran aku kot. aku tak rasa orang yang sebaya aku ni boleh tulis dan cakap dengan ilmiah like all these teenagers, sekejap je, semua orang akan dengar kata mereka, ikut cara mereka, dan pakai cara mereka. for instance, maria elena, younger than me, tapi still cool gila boleh ajak orang go through Islam ajak pakai tudung and ajak pakai baju yang proper dan fahami isi al Quran. aku yang lemah gemalai dan tua pun tak mampu nak buat macam tu, yang muda dah berani. and they are all our future generation which I'm proud of. bagus bagus teruskan usaha. akak memang tua tak cantik pulak tu memang tak boleh dijadikan idola. korang korang semua yang ohsem ni jugaklah yang akak harapkan sebab akak pun memang lah tak sempurna sangat..eheh..

okay dah..

bye,

assalamualaikum..~

Wednesday, September 5, 2012

terima kasih nuffnang!


assalamualaikum all! 

first of all, bersyukur aku sebab tengahari tadi, balik dari urusan di selayang, balik rumah abah n mak, abah hidang coklat kegemaran;


tau tau je anak dia suka makam ceklat. kalau ada aiskrim pun nanti abah akan offer setiap kali balik;

"nak aiskrim dak?"

oh sweet nye abah..mak pulak bawak balik mi wantan untuk makan tengahari..terasa sangat anak kesayangan..hakhak...

balik rumah sendiri dan intai post box ada ini;


waaaah seronoknyaa! walaupun tak banyak langsung (serius blog picisan ni siapa yang nak intai), but still rasa bahagia sangat! terima kasih Ya Allah atas rezeki yang kecil tapi aku dah anggap cukup besar. terima kasih nuffnang! nanti boleh bagi lagi yee! muah! muah! muah! ni yang semangat nak blog hari hari ni! hehe...

*sebenarnya, hari ni hari sedih aku. tapi nasib baik ada benda-benda baik macam ni buat aku happy.. 

Tuesday, September 4, 2012

cat miaw miaw



jiran sebelah rumah ada offer..nak kucing tak? nak anak kucing puteh tak? kalau nak yang baru beranak ada, yang dah tua cenggini pun nak amek pun tak pe..

aku macam hehehe, takpelah, setakat nak main main boleh lah..nak berkomit beri makan dan urus najis, tak mampu ah den..

ada siapa nak? nama dia ni dobby..

Monday, September 3, 2012

tomyam @ putrajaya

salams ya'll!

happy merdeka again and happy hari raya.

aku lapar ni.... (kreeokkk...bunyi perut)...aku ngat aku cuba nak puasa enam this year. walaupun laki aku tak join sekali sebab dia kaki makan, tapi takpe, selalunya di waktu siang, kitorang jarang berjumpa sebab kerja. cafe kat office pulak tutup sampai end of this month, jadi banyaklah faktor buat penambah ibadat.

okay, apa nak story untuk hari ini ye..

the merdeka raya days.. bagus jugak hari merdeka jatuh pada hari jumaat. ada cuti extra untuk semua warga umat islam pergi menziarah. aku rasa kita lagi excited nak pergi beraya dari pergi menyambut merdeka di dataran merdeka. tapi takpe, perarakan boleh tengok di tivi rumah jiran, sambil-sambil beraya di awal pagi..

as for me, ada orang datang ke rumah untuk menziarah. ziarah pulak dari kawan-kawan laki aku. tak ramai pun, 3 keluarga je. mula-mula kami ke putrajaya, lepas tu dari sana ke puchong pulak, tengahari kat rumah aku. aku sempat masak pagi sebelum bergerak ke rumah-rumah. jadi bila diorang dah sampai, aku tinggal panaskan sikit mana yang patut.

yang kelakar nya, azmi boleh nervous sebab takut aku mengamok taknak masak.. tolonglah yang, bini awak ni superwomen dalam diam.

actually aku pun nervous sebab ni pertama kali kawan-kawan azmi datang rumah, last year memang dia selalu oustation, habis raya baru balik, so kebanyakannya aku pi beraya rumah orang atau kawan-kawan aku sendiri yang datang.. jadi kalau kawan-kawan aku, kalau lauk aku tak sedap, diorang boleh direct sound je, aku boleh tepis. kekeke...

sabtu pun berjalan jugak, sampai ke kelang. aku pun rasa serba salah sebab aku tak pi rumah sv aku (dia jemput) sebab tak sempat. dalam masa yang sama aku takut ada awkward moment aaaah itu malas aku nak cerita.

dan ahad pun ada dua tiga rumah aku pergi. alhamdulillah tahun ni banyak tempat jajahan telah dilawati. aku teringin nak pergi johor sesangat nak melawat rakan-rakan jajahan sana pulak. entah berkesempatan entah tidaklaah...dalam dilema sebab nanti nak jalan jauh..

ooh ye, apa ni tajuk tak sama dengan isi?

haha..

sebenarnya, malam semalam kami ada dinner di restoran Thai tomyam kung putrajaya. jadi nak recommend siapa-siapa yang free boleh datang sini makan. agak berbaloi dan sedap rasa nak jilat mangkok pun ada...harga pun bolehlah tahan.. kalau nak datang time hujung bulan, better datang cepat sikit atau tak payah datang langsung sebab konfom ramai. tapi time raya macam semalam memang senang hati sangat servis pun cepat.

dah ni je yang kami order pun malam tadi. lagi satu daging masak black pepper.



nampak best kan? kreeeuk kreeukk.. aarghh lapaaaar.. haha..

ok thats all..

bye!