Saturday, August 25, 2012

raya 2012

assalamualaikum dan selamat sejahtera!

how was your first week of raya?

mine was nice..walaupun agak penat, tapi okaylah. standard lah hari raya untuk orang dewasa macam kita.

pergi jalan-jalan melawat saudara-mara sebelah azmi. disebabkan oleh kampung mak dan abah mentua dekat, jadi memang banyak saudara mara yang dilawati. kebanyakannya nenek dan atuk saudaralah.

raya kedua malamnya rumah buat bbq. ada ayam dan satey. satey mak perap memang marvellous.

raya ketiga sambung raya lagi rumah atuk saudara jugak dan rumah makcik..

malamnya bergerak balik ke kuala lumpur. alhamdulillah selamat sampai dan jalan pun tak jam. tapi penat memang tak tau nak kata apa dah. flat habis setelah tiga hari berkerja keras melawat saudara mara.

dan gambar family pun tak ada sebab mak dan abah nak gerak cepat ke rumah nenek. aku pulak takdelah beria-ria sakan nak tangkap gambar buat kenangan sebab sebelah azmi. kang aku pulak yang over. hehe..

so kat sini aku nak selit sikit pasal soalan standard raya untuk kami..

ala soalan standard tu..

kebanyakannya orang bertanya kepada azmi, atau pada mak. nasib baik jugakla kakak ada extra anak tahun ni, who is lebih kurang setahun jugak umurnya. so orang banyak tumpu pada dialah. jadi aku okay..

plus, this is my first time celebrating raya here. so people will said, oooo ini menantu yang baru hari tu yee? waaah terasa baru kawen tau we olls ni.

and ada jugak lah yang bertanya straight pada aku. dan sedar yang kami dah lama kawen. orang akan tanya eh dah lama kan kawen? haaaa'ah, dua tahun...aku senyum saje..

yang bestnya, banyak jugak yang bagi respon positive. positive here means that its okay. takpelah baru dua tahun...makcik dulu 5 tahun tau! tu yang si anu, 11 tahun. lepas tu terus selang setahun baranak...kata makcik tu...

so aku rasa okay. aku rasa tak ada anak pun tak apa. orang sekarang ni pun dah tak kesah, mereka macam dah faham kita sebenarnya bukan taknak, dah berusaha, tapi tak ada rezeki. so alhamdulillah sangat-sangat aku ditemukan oleh makcik makcik yang supportive. yang macam tak kisah sebab baru kahwin dua tahun..

jadi itulah suasana hari raya aku di batu pahat. aku memang serious tak sempat nak merayau rumah member-member kat kluang (seperti selalu) dan teringin sangat nak pergi beraya kat jb. tapi memang tak mampu lah sebab tak sempat..huhu..

selamat hari raya maaf zahir batin ya!


No comments:

Post a Comment