Monday, August 13, 2012

process revamp rumah kecil - masalah selesai

masalah langsir senteng seperti yang telah ditulis dengan emo di sini sudah selesai! hooray!

sebenarnya memang ada penyelesaiannya. cuma aku malas nak fikir dan malas nak membetulkannya. ada dua cara:

satu. sama ada aku merendah kan langsir tersebut dan tak payah nak cover tingkap kecik kat bahagian atas tu. kain terlebih kat bahagian kaki dijahit ke atas.

dua. tambah bahagian kaki yang senteng dengan kain lain.

jadi aku ambil pilihan kedua dengan menambah bahagian kaki dengan kain lain. kebetulan semalam, aku selongkar kain-kain perca yang dikutip dari rumah aku, ada satu keping kain putih yang besar elok tersimpan di dalam plastik. aku pun tak ingat kenapa aku ambil kain tu dari mak.

jadi dengan semangat gigih waja, proses penyelesaian masalah bermula. maka, ini lah ahsilnya;


seronok seronok seronok..nasib baik kain cukup. kalau tak dua hari dua malam resah gelisah kalau hal langsir tak setel-setel. 


oh ya, sekarang ni banyak sangat lagu raya berkumandang. rimas aku. bukan apa, kalau lagu raya berkumandang, semangat raya datang menjelma. bila dah semangat raya datang menjelma, semangat kerja haruslah jatuh merudum ye tak? 

selamat berpuasa....

No comments:

Post a Comment