Thursday, August 30, 2012

merdeka!

selamat hari merdeka!

anda ada resolusi? ada azam baru? ada perancangan untuk menyertai himpunan hari merdeka besok atau concert malam ini?

aku dengar semua orang dapat sms menjemput rakyat malaysia menyertai himpunan kemerdekaan. adik aku n sil dapat. laki aku sebab gahmen servant siap macam diwajibkan pergi.

aku memang tak dapat arh jemputan. sebab aku tak kerja kot. yelah-yelah, siapalah aku kan..*majok*..

by the way, kalau difikirkan balik sambutan kemerdekaan yang dilakukan setiap tahun, kebanyakannya sama saja. baik di tv, atau concert, atau perarakan sekali pun. perarakan tu mungkin aku boleh terimalah, sebab nampak macam semangat patriotisme gittew. tapi kalau rancangan tv, mesti cerita yang lebih kurang bukit kepong. tentera jepun datang lah, orang melayu kena siksalah, orang cina kena gantunglah..askar berperanglah, tembak jepun lah, kebanyakannya bercerita mengenai tentera jepun menyerang tanah melayu..

mengikut kefahaman dan penghafalan sejarah aku masa sekolah dulu, dan informasi dari tv, bukankah kita minta hak kemerdekaan kita pada british yang menjajah kita?

jadi apa kena mengena jepun dengan kemerdekaan kita tu?

boleh kasi aku highlight sikit kot aku memang buta sejarah ke..

sekian dan selamat hari merdeka..

ps: bayangkan kalau negara kita tak dijajah british, mesti negara kita tak semaju sekarang kot..jalan keretapi pun tak wujud kot.

pps: aku cari logo kemerdekaan baru nak letak sini tak jumpo pulak...


No comments:

Post a Comment