Tuesday, August 7, 2012

makan untuk hidup..

assalamualaikum!

sedang aku berjalan-jalan secara maya di blog-blog orang lain, aku terserempak dengan satu blog yang memberi info lengkap tentang pemakanan yang sihat. 

boleh terjah blog ini untuk tahu lebih lanjut. senarai pemakanan ni sebenarnya untuk kesuburan , tapi aku rasa boleh diapplykan pada sesiapa sahaja sebab nama pun makanan sihat..


jadi ada apa dengan pemakanan yang seimbang dan sihat ni?

aku akui aku sekarang susah betul nak makan makanan yang sihat dan seimbang. sekarang dah ada duit sendiri, dah boleh beli makanan sendiri, makanan pulak nak yang sedap-sedap je. lepas tu, exercise nye tidak..

faktor lain, aku dah kahwin dan aku dan azmi kira mempengaruhi satu sama lain. contohnya; kalau aku bujang, aku teringin nak makan mcd, aku kena fikir 2-3 kali sebab tak ada siapa nak teman aku pergi makan, gigih sangatlah kan nak pergi makan atau beli sorang-sorang. nak drive tru pun rasa macam malaaaas sangat. 

sekarang bila dah kawen, dah ada teman, dah ada member, dah ada GENG pulak tu yang sama-sama suka makan, jadi kalau tiba-tiba aku kata teringin nak makan mcd laki aku dengan pantasnya akan kata JOM!

adoi..

tapi sekarang kira okaylah sikit. macam aku tulis kat post sebelum ni, baju dah makin mengecik. hari tu aku dan azmi pakat pi beli seluar jeans baru sebab aku selalu bising aku ada SATU je seluar jeans yang masih muat dan azmi ada 10 jeans yang dah tak muat. bila pergi beli seluar jeans (yang dah lama gila tak beli) terus rasa depress, mula-mula try saiz biasa, lepas tu tak muat sampai saiz luar biasa baru nak muat.. memang depress gila..

sekarang alhamdulillah nasib baik kami berdua dah sedar.. jadi sekarang dalam proses nak mengurangkan makan, dan post dalam blog tadi tu boleh dijadikan sebagai rujukan. 

cakap mengenai hal pemakanan, masa aku kat sekolah, aku boleh dikatakan mempunyai berat badan ideal (kebanyakan budak akan mempunyai berat badan ideal di waktu sekolah). walaupun tak makan sayur, walaupun makan nasi kawah, walaupun makan banyak gila bila waktu pulang bermalam kat sekolah, badan masih tetap maintain. mungkin faktor utama adalah banyak bergerak, banyak bersukan, banyak melakukan aktiviti harian. bila dah tua macam ni, makin kurang masa nak bergerak, makin banyak masa duduk di depan laptop, makin kurang nak bersukan dengan alasan tak ada court badminton kat sini. eh.

dan pemakanan juga penting. bila aku ingat balik zaman aku kecik-kecik dulu, mak aku adalah salah seorang mak yang sangat concern gila tentang pemakanan anak-anaknya. aku tak boleh minum air manis, tak boleh minum air sejuk, tak boleh makan keropok dan msg, jarang gila makan fast food sebab tak mampu, tak boleh makan megi! kalau masak megi 2 bungkus hanya letak satu paket perencah sahaja!

kena minum air kosong yang banyak!

jadi aku rasa budaya pemakanan yang diterapkan oleh sesebuah keluarga tu juga penting sangat supaya anak tu bila besar nanti sihat. dan aku bersyukur sangat sebab aku ada mak yang mementingkan pemakanan sihat pada anak-anaknya yang menyebabkan aku alhamdulillah sihat sampai sekarang (walaupun aku kurang makan sayur tapi sumpah memang mak aku dah macam-macam usaha untuk bagi anak-anak dia makan sayur tapi memang tu je yang tak jalan..). cuma tu lah, macam aku kata tadi, sebab aku dah hidup sendiri, dah ada duit sendiri dah masak sendiri, makanan semua nak yang sedap-sedap kalori aje. huhu..

jadi to me, bagilah anak-anak makan makanan yang bekhasiat. supaya anak tu biasa. biasa makan makanan kurang garam, biasa minum air masak, biasa dengan makan sayur, biasa dengan makan ulam. nanti generasi masa depan tak adalah ada masalah kesihatan..

oh jadi jangan lupa terjah blog tu untuk senarai makanan yang berkhasiat untuk panduan kita bersama. :) 






2 comments:

  1. i like this post ajue. aku pun sama mcm ko. aku sgt dambakan figure masa skolah =( tapi... apekan daya. marilah kita ditch sama2 makanan2 sedap2 ituu hehe. yes aku agree dgn pemakanan sihat bermula dari rumah. aku dari kecik mmg suka disumbat benda2 x sihat. aku x salahkan parents aku sbb maybe drg kesian tgk aku yg always lapar ni. tp aku kesian kat zabi aydan kalau kecik2 dah makan benda2 x sihat. biarlah org cop aku mak yg cerewet x kesian kan anak makan garam gula cikedis kek cookies sume x boleh. org kata kesian zabi aydan. tapi aku rasa lagi kesian kalau baby kecik2 dah kena sumbat fries, cake, choc chip cookies, rendang, lemang, dan sebagainya... righttttt?

    ReplyDelete
  2. yup dina! i agree with you..aku masa kecik aku bawak balik cikedis besar, mak aku nampak terus campak ke bawah (notes: rumah flat kot)..so ak aku nampak kejam tapi sebenarnya dia sayang. kalau aku ada anak pu, aku akan strict kan pemakanan anak aku. biar diorang tak exposed dengan pemakanan yang tak sihat.bila besar nak makan pun makan lah..

    ReplyDelete