Wednesday, August 8, 2012

keluarga iskandar

masa awal-awal puasa dulu, bila bangun sahur waktu pagi, buka tv dan selalunya cerita-cerita sedih je yang menerjah. bila sedih mesti depress, bila depress mulalah pening..

bukan pagi sahaja, malam pun sama..

kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas, tahun lepas suka tonton geng mengaji dan moreh. dua-dua cerita kelakar, tak depress, seronok je tonton. geng mengaji mengingatkan aku dengan zaman-zaman aku megaji dulu. moreh pulak mengingatkan aku bulan bulan puasa kat flat dulu. memang tak berapa nak sama, tapi adalah serupa sikit...

tahun ni kurang cerita nostalgia..

tapi keluarga iskandar cerita dia lain sikit..!


memang seronok dan kelakar habis ceritanya...

cerita yang sememangnya mengingatkan aku pada jb..

cerita ni jugak macam cerita reality tv kim kardashian versi pure johorean. tapi of course lah semua lakonankan..tapi aku suka sangat pendekatan cerita dia yang mewawancara setiap ahli keluarga. yes, sebijik macam reality tv lah! pelakonnya pun memang santai habis.. dialog dia pun buat aku gelak guling-guling..

antara dialog yang paling aku ingat sekali dari kay,

"nanti kalau pergi rumah noyang..."
"moyang, bukan noyang..loyang tu untuk buat kuih tu.."

dan dialog budak kecik anak abang long,

"kau tahu ke haid tu apa?"
"haid tu kepala la bila orang uzur, dia sakit kepala lepas tu keluar darah ikut telinga.."

dan keluarga macam ni memang bestlah! riuh satu rumah kalau kumpul ramai-ramai. seijik macam zaman-zaman semua orang balik kampung kecoh kecoh sambil budak-budak bukak puasa ramai-ramai kat lantai sambil anak-anak laki duduk kat meja makan dengan wan dan atok..

dan pasangan paling aku suka ialah kay dengan azman dan anak-anak sal dan om. bukan mereka je, yang lain-lain pun macam-macam kerenahnya! macam acu, garang gila macam aku suka marah adek aku, macam along jenis rileks sikit, macam watak azman dalam cerita tu memang cool habislah!

kesimpulannya, memang ini cerita kelakar pertama yang berkonsepkan begini. macam reality, tapi lawak gila!

jadi siapa tak tonton lagi, baik pergi tonton.. setiap selasa pukul 10 malam di astro prima hari rabu diulang semula pukul 11. nah aku bagi intro sikit..


kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca dari sini..

kalau nak tengok siri yang lepas-lepas, boleh tengok sini..

untuk episod akan datang, azhar sulaiman sebagai kamal terkantoi dengan abang long sebab tak kerja. ayat kelakar dalam iklan,

"tak mungkin saya akan menulis diari dengan boring macam ni" lebih kuranglaa..

haha can't wait!



No comments:

Post a Comment