Monday, August 27, 2012

gambar family

assalamualaikum dan selamat hari raya lagi!

akan ku wish selamat hari raya sampai habis syawal..

oooh, bagaimanakah dengan hari pertama kerja anda? sugul? mugul?

aku mula mula agak bersemangat, tapi bila fikir balik apa yang aku kena buat ni dan cabaran yang bakal menjelma, dan surat universiti juga sampai menyuruh aku bayar yuran pengajian, aku rasa down. aku perlu cari kerja extra secepat mungkin supaya aku boleh membiaya diri aku sendiri sampai dapat scholar. masalahnya, scholar pun belum dengar khabar berita lepas hantar semula tempohari sebab aku tak sertakan sekali surat perletakan jawatan aku sebagai ra. aaaaah malas dah aku nak fikir..

mood raya masih membara ni.

jadi semasa pulang ke kepong (bukan kampung), dan sebelum bertolak ke fraser, kami semua pakat-pakat pakai baju raya sebab nak bergambar bersama abah kesayangan memakai baju polis yang since pencen tak ada gambar family lagi ni. lagipun penat abah mendietkan diri sebab takut baju polis selepas pencen 2 tahun lalu tak muat. tapi nasib baik muat....aku pun tak ingat abah pencen pangkat apa, haha anak derhaka aku ni, tapi as long as abah gembira, maka kami pun gembira.



baju hitam ni bukan baju raya aku. ia hanyalah jubah hitam dari poplook yang aku beli entah berapa abad yang lalu. kebetulan encik azmi ada baju melayu hitam juga. jadi matching-matching gitu. baju raya aku dah habis digunakan untuk beraya di batu pahat. mana yang ada jelah ye..

selamat hari raya. upload lah gambar family kalian jugeee....

2 comments:

  1. steady la pakcik polis. mak ko tetap maintain la!

    ReplyDelete
  2. hehe timakaseeeh....mak maintain,,anak dia ni haa yang makin memboolat!

    ReplyDelete