Tuesday, August 14, 2012

diskaun tol.. terbaiklah...!

assalamualaikum..!

mesti kebanyakan korang semua dah tak sabar-sabar nak balik raya beraya di kampung. aku pun same. walaupun di radio dan tv sekarang bukan main rancak main lagu raya, aku ada rasa sedikit annoying di situ sebab lagu raya berkumandang, semangat raya datang, semangat kerja merundum..

jadi sebab nak raya, semua orang berniaga akan buat promosi hari raya. bukan orang berniaga je, tol kita pun ada promosi hari raya jugak tau! terima kasihlah sebab beri kadar diskaun yang best ni. tapi bukan untuk semua hari dan bukan untuk semua kelas ye. tapi sebab aku pengguna PLUS tegar, dan akan pulang ke kampung pada besok (15/08) insya Allah, dapatlah kami diskaun 30% tersebut.


aku sebenarnya excited untuk cuti. balik kampung, hmm bolehlah nak kata excited jugak. nervous pun ade jugak sebab ini adalah kali pertama aku sambut raya di perantauan. perantauan maksud di sini tak ada mak abah di sisi nak seronok seronok pergi semayang raya sama-sama. first time woooo tak sambut raya ngan mak abah sendiri. tahun ni raya rumah azmi pulak kat batu pahat. 

lepas tu haruslah mak aku dah sedih-sedih ni anak-anak tak ada di sisi. nasib baik mak aku beranakkan si mirah adik yang paling bongsu amek spm tahun ni. kalau tak berdua mak abah. kesian ek..

bila terfikirkan hal ni, aku pun tertanya-tanya. selalunya orang melayu je yang ada masalah nak balik rumah siapa untuk beraya (untuk suami isteri lah). kalau dalam tv nak jadikan bahan lawak, perkara ini jugaklah yang diketengahkan. tapi kalau chinese new year, kenapa tak berlaku hal macam ni ek?

aku tak pernah tanya mak aku..

azmi kata, chinese kalau kahwin, anak perempuan menjadi hak milik suami. jadi akan balik rumah suami dulu kalau raya cina. eleh entah betul entah tidak. haha. nanti aku tanya mak aku untuk kepastian. 

lepas tu pulak, lagu raya. 

kalau nak ikutkan, selalu kita dengar lagu raya dendang perantau misalnya. tak boleh balik kampung, sedih sedih sebab tak dapat beraya bersama, tak dapat nak bersalaman di pagi raya..

tak ada ka lagu untuk para menantu yang menyambut raya bersama mentua? perantauan jugak ape..boleh buat lagu berbunyi begini;

'jangan sedih pagi ini...
tak dapat kita bersama meraikan aidilfitri yang mulia..
anakanda mu di perantauan beraya di rumah mentua...lalalala'

pepandailah korang buat lagu sendiri ye, aku dah bagi lirik..

by the way, siapa yang dah start cuti hari ni tu, selamat pulang ke kampung, drive safe. jangan nak over speed limit pulak, banyak jerangkap samar sekarang. pakai tali pinggang keledar, jangan jadi mat rempit. main mercun jangan nak over over..berhati-hati..makan berpada-pada dan raya ingatkan Allah, jangan waktu bulan puasa je ingat Tuhan waktu raya start balik aktiviti lagha sebelum berpuasa...

haha, panjang pulak nasihat.. 

selamat berpuasa..

2 comments:

  1. kelakarnya lirik lagu..

    'anaknda beraya di perantauan di rumah mertua..'- nanti suruh Neelofa buat lagu, dia kan nak jadi penyanyi..

    kah kah kah kah..

    ReplyDelete
  2. ooh neelofa nak jadi penyanyi ke? bagus kalau jadikan lagu ini sebagai lagu sulong beliau..kekekekek...

    ReplyDelete