Thursday, August 9, 2012

conteng

kalau nak ikutkan masa aku kecik dulu, aku suka sangat sangat sangat sangat conteng buku aku. dia ikut peredaran zaman. kalau sekolah rendah tengah cuba cuba lukis gambar perempuan. dari kepala sampai kaki.  design-design baju sesikit sebab mak menjahit, terpengaruh bila tengok mak lukis baju untuk tempahan. kalau ada buku latihan, memang satu buku khas untuk conteng aje. lukis gambar doraemon, sizuka lah, gambar sailormoonlah, nak tiru-tiru..tapi satu je aku tak reti nak lukis sangat sampai sekarang, gambar tangan.

jadi bila meningkat ke sekolah menengah, aku up sikit main tekap tekap dari comic book. macam yang hensem hensem sikit macam trunk dalam siri dragonball, lukis gambar sakuragi hanamichi, lukis gambar rokawa kaede lah. sebab dah bajet advance, tak acilah lukis dalam buku garis-garis. paling kurang kertas a4. paling hebat buku sketch. aku tak ingat mana dah aku simpan buku sketch aku tu. rindu..rindu..

hari ni aku terjumpa satu blog/website, yang mengembalikan nostalgia  conteng-conteng aku. dia lagi advance, sekarang dah keluar pun buku. tapi sebab dia lelaki jadi tak berapa nak geng sebab dia conteng kartun ganas je. kartun sailormoon dia tak layan. haha. tapi takpe, memang kita satu generasi.

buku beliau. sumber: www.contengconteng.com

aku tak pernah godek lagi buku ni. macam ada jual kat mph. aku usha-usha sampai habis blog ni jadi aku dapat simpulkan, karya dia lebih kurang lat. cuma lat versi generasi aku. generasi 80/90 an. generasi main tutup botol, generasi conteng buku latihan, generasi main pemadam guling, generasi duit belanja sekolah 50 sen, generasi main bola sepak kertas lipat dua tu...

yang rasa sama sangat tu, generasi kerusi sofa yang ada bantal tu..

kerusi ni haaa...sumber: dari conteng-conteng jugak..

korang dulu ade ke? kalau korang takde kerusi ni maknanya mak bapak korang kaya, atau korang bukan dari generasi yang aku maksudkan..

haha.

jadi, kalau korang berdarah seni, atau berdarah manis pun boleh, terjah lah blog yang aku bagi link tu. menarik sangat..! tambah pulak dah ada buku di pasaran ni, mesti aku pi cari kalau aku berkesempatan pergi mph nanti. tak pelaaa aku yang tua pun boleh baca buku budak kecik jugak...

oh ya, one more thing..kucing the cat memang sangat cutelah!


No comments:

Post a Comment