Thursday, August 30, 2012

merdeka!

selamat hari merdeka!

anda ada resolusi? ada azam baru? ada perancangan untuk menyertai himpunan hari merdeka besok atau concert malam ini?

aku dengar semua orang dapat sms menjemput rakyat malaysia menyertai himpunan kemerdekaan. adik aku n sil dapat. laki aku sebab gahmen servant siap macam diwajibkan pergi.

aku memang tak dapat arh jemputan. sebab aku tak kerja kot. yelah-yelah, siapalah aku kan..*majok*..

by the way, kalau difikirkan balik sambutan kemerdekaan yang dilakukan setiap tahun, kebanyakannya sama saja. baik di tv, atau concert, atau perarakan sekali pun. perarakan tu mungkin aku boleh terimalah, sebab nampak macam semangat patriotisme gittew. tapi kalau rancangan tv, mesti cerita yang lebih kurang bukit kepong. tentera jepun datang lah, orang melayu kena siksalah, orang cina kena gantunglah..askar berperanglah, tembak jepun lah, kebanyakannya bercerita mengenai tentera jepun menyerang tanah melayu..

mengikut kefahaman dan penghafalan sejarah aku masa sekolah dulu, dan informasi dari tv, bukankah kita minta hak kemerdekaan kita pada british yang menjajah kita?

jadi apa kena mengena jepun dengan kemerdekaan kita tu?

boleh kasi aku highlight sikit kot aku memang buta sejarah ke..

sekian dan selamat hari merdeka..

ps: bayangkan kalau negara kita tak dijajah british, mesti negara kita tak semaju sekarang kot..jalan keretapi pun tak wujud kot.

pps: aku cari logo kemerdekaan baru nak letak sini tak jumpo pulak...


Wednesday, August 29, 2012

sharing is caring

"rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang, tapi kebahagiaan, peluang menyabung belajar, peluang kerja, anak jodoh dan lain-lain..."

aku selalu lupa yang aku ni diberi rezeki untuk sambung belajar. biarlah duit tak ada pun , yang penting aku bahagia. duit pun bukan segala-galanya. kena bersyukur dengan apa yang ada.

Tuesday, August 28, 2012

berlebihan



nilah akibatnya kalau nak pakai hanya seinci, tapi beli sampai berinci-inci..
nasiblah kedai tu pun jual berinci-inci. nak pergi econsave jauh sangat pulok..terima ajelah..

kalau tanam agak-agak tumbuh melata tak? macam nak cube..~

ada sape-sape nak? aku nak bagi free ni...

hehe..

Monday, August 27, 2012

gambar family

assalamualaikum dan selamat hari raya lagi!

akan ku wish selamat hari raya sampai habis syawal..

oooh, bagaimanakah dengan hari pertama kerja anda? sugul? mugul?

aku mula mula agak bersemangat, tapi bila fikir balik apa yang aku kena buat ni dan cabaran yang bakal menjelma, dan surat universiti juga sampai menyuruh aku bayar yuran pengajian, aku rasa down. aku perlu cari kerja extra secepat mungkin supaya aku boleh membiaya diri aku sendiri sampai dapat scholar. masalahnya, scholar pun belum dengar khabar berita lepas hantar semula tempohari sebab aku tak sertakan sekali surat perletakan jawatan aku sebagai ra. aaaaah malas dah aku nak fikir..

mood raya masih membara ni.

jadi semasa pulang ke kepong (bukan kampung), dan sebelum bertolak ke fraser, kami semua pakat-pakat pakai baju raya sebab nak bergambar bersama abah kesayangan memakai baju polis yang since pencen tak ada gambar family lagi ni. lagipun penat abah mendietkan diri sebab takut baju polis selepas pencen 2 tahun lalu tak muat. tapi nasib baik muat....aku pun tak ingat abah pencen pangkat apa, haha anak derhaka aku ni, tapi as long as abah gembira, maka kami pun gembira.



baju hitam ni bukan baju raya aku. ia hanyalah jubah hitam dari poplook yang aku beli entah berapa abad yang lalu. kebetulan encik azmi ada baju melayu hitam juga. jadi matching-matching gitu. baju raya aku dah habis digunakan untuk beraya di batu pahat. mana yang ada jelah ye..

selamat hari raya. upload lah gambar family kalian jugeee....

Sunday, August 26, 2012

fraser's hill

happy sunday ya'll!

aaah sedih sungguh rasa hati bila besok akan memulakan kembali sesi pekerjaan setiap hari dan berharap agar jumaat datang dan bersedih bila hari ahad..

oh bilalah aku boleh buat kerja yang aku suka?

by the way, seminggu cuti yang heaven ini, adik aku ajak pergi fraser's hill. because we've never been there, has, my sil is quite familiar with that place, jadi kita pergi. we went there and stayed at tm apartment. perjalanan sepatutnya ambil masa selama dua jam sahaja dari kepong, 2 jam setengah jugak sampai sebab nak naik ke bukit tu jalannya kecik dan ada kereta slow gila di barisan paling hadapan, nak taknak kena ikut jugak kereta plat no penang ni. adoinya pun bang, kalau lambat, duduk di kiri jalan bagi orang lain lalu. i'm not driving, so aku tak ambil port sangat. tapi abah dah bising-bising macam dia pulak bawak kereta. haahaa..

tak banyak tempat yang boleh jalan-jalan kat sana. but it is just a good place to have a nice cold stay and enjoying the view. veri nice, much colder than cameron higlands. ada hiburan sikit-sikit like paddle boat at allan's water, horse riding memanah dan menyumpit at the paddock. untuk orang yang suka burung, boleh birdwatching kat sini.



and i think people who are not familiar with this place will need this map, especially to those who stayed quite far from the clock..i got it free from the souvenir shop at the food court.



this clock..



'you are entering an important bird area'



balai polis pun cantik gila. post office pun cantik jugak..



and had oblong for breakfast.


paddle boat, rm6 for 15 minutes.

and memanah, which is kind of fun actually walaupun baru first time memanah. 10 arrows for rm8 per person.

the trip was fun, the road down from the hill was bad. will be uploading more photos after this.

bye!

Saturday, August 25, 2012

raya 2012

assalamualaikum dan selamat sejahtera!

how was your first week of raya?

mine was nice..walaupun agak penat, tapi okaylah. standard lah hari raya untuk orang dewasa macam kita.

pergi jalan-jalan melawat saudara-mara sebelah azmi. disebabkan oleh kampung mak dan abah mentua dekat, jadi memang banyak saudara mara yang dilawati. kebanyakannya nenek dan atuk saudaralah.

raya kedua malamnya rumah buat bbq. ada ayam dan satey. satey mak perap memang marvellous.

raya ketiga sambung raya lagi rumah atuk saudara jugak dan rumah makcik..

malamnya bergerak balik ke kuala lumpur. alhamdulillah selamat sampai dan jalan pun tak jam. tapi penat memang tak tau nak kata apa dah. flat habis setelah tiga hari berkerja keras melawat saudara mara.

dan gambar family pun tak ada sebab mak dan abah nak gerak cepat ke rumah nenek. aku pulak takdelah beria-ria sakan nak tangkap gambar buat kenangan sebab sebelah azmi. kang aku pulak yang over. hehe..

so kat sini aku nak selit sikit pasal soalan standard raya untuk kami..

ala soalan standard tu..

kebanyakannya orang bertanya kepada azmi, atau pada mak. nasib baik jugakla kakak ada extra anak tahun ni, who is lebih kurang setahun jugak umurnya. so orang banyak tumpu pada dialah. jadi aku okay..

plus, this is my first time celebrating raya here. so people will said, oooo ini menantu yang baru hari tu yee? waaah terasa baru kawen tau we olls ni.

and ada jugak lah yang bertanya straight pada aku. dan sedar yang kami dah lama kawen. orang akan tanya eh dah lama kan kawen? haaaa'ah, dua tahun...aku senyum saje..

yang bestnya, banyak jugak yang bagi respon positive. positive here means that its okay. takpelah baru dua tahun...makcik dulu 5 tahun tau! tu yang si anu, 11 tahun. lepas tu terus selang setahun baranak...kata makcik tu...

so aku rasa okay. aku rasa tak ada anak pun tak apa. orang sekarang ni pun dah tak kesah, mereka macam dah faham kita sebenarnya bukan taknak, dah berusaha, tapi tak ada rezeki. so alhamdulillah sangat-sangat aku ditemukan oleh makcik makcik yang supportive. yang macam tak kisah sebab baru kahwin dua tahun..

jadi itulah suasana hari raya aku di batu pahat. aku memang serious tak sempat nak merayau rumah member-member kat kluang (seperti selalu) dan teringin sangat nak pergi beraya kat jb. tapi memang tak mampu lah sebab tak sempat..huhu..

selamat hari raya maaf zahir batin ya!


Friday, August 24, 2012

ramadhan sebelum raya

assalamualaikum semua.

selamat hari raya..

nah ni gambar puasa...:)


melayan adik akib adalah paling best..


dan budak naufal main bunga api tumpang jiran punya pelita..

Wednesday, August 15, 2012

karipap

laki aku sebenarnya pandai buat karipap.. i mean kelim karipap. 

kelim..

ala yang bunga tepi tepi tu kan. 

aku jugak yang fail. karipap yang aku kelim hancurlah, bocorlah, bentuk macam bantal peluk lah..

anyway, terima kasih tolong saya kelim karipap semalam. 10 biji karipap (lebih kot) habis begitu sahaja.. 

muahahaha...


lepas ni boleh buat lagi..~

Tuesday, August 14, 2012

diskaun tol.. terbaiklah...!

assalamualaikum..!

mesti kebanyakan korang semua dah tak sabar-sabar nak balik raya beraya di kampung. aku pun same. walaupun di radio dan tv sekarang bukan main rancak main lagu raya, aku ada rasa sedikit annoying di situ sebab lagu raya berkumandang, semangat raya datang, semangat kerja merundum..

jadi sebab nak raya, semua orang berniaga akan buat promosi hari raya. bukan orang berniaga je, tol kita pun ada promosi hari raya jugak tau! terima kasihlah sebab beri kadar diskaun yang best ni. tapi bukan untuk semua hari dan bukan untuk semua kelas ye. tapi sebab aku pengguna PLUS tegar, dan akan pulang ke kampung pada besok (15/08) insya Allah, dapatlah kami diskaun 30% tersebut.


aku sebenarnya excited untuk cuti. balik kampung, hmm bolehlah nak kata excited jugak. nervous pun ade jugak sebab ini adalah kali pertama aku sambut raya di perantauan. perantauan maksud di sini tak ada mak abah di sisi nak seronok seronok pergi semayang raya sama-sama. first time woooo tak sambut raya ngan mak abah sendiri. tahun ni raya rumah azmi pulak kat batu pahat. 

lepas tu haruslah mak aku dah sedih-sedih ni anak-anak tak ada di sisi. nasib baik mak aku beranakkan si mirah adik yang paling bongsu amek spm tahun ni. kalau tak berdua mak abah. kesian ek..

bila terfikirkan hal ni, aku pun tertanya-tanya. selalunya orang melayu je yang ada masalah nak balik rumah siapa untuk beraya (untuk suami isteri lah). kalau dalam tv nak jadikan bahan lawak, perkara ini jugaklah yang diketengahkan. tapi kalau chinese new year, kenapa tak berlaku hal macam ni ek?

aku tak pernah tanya mak aku..

azmi kata, chinese kalau kahwin, anak perempuan menjadi hak milik suami. jadi akan balik rumah suami dulu kalau raya cina. eleh entah betul entah tidak. haha. nanti aku tanya mak aku untuk kepastian. 

lepas tu pulak, lagu raya. 

kalau nak ikutkan, selalu kita dengar lagu raya dendang perantau misalnya. tak boleh balik kampung, sedih sedih sebab tak dapat beraya bersama, tak dapat nak bersalaman di pagi raya..

tak ada ka lagu untuk para menantu yang menyambut raya bersama mentua? perantauan jugak ape..boleh buat lagu berbunyi begini;

'jangan sedih pagi ini...
tak dapat kita bersama meraikan aidilfitri yang mulia..
anakanda mu di perantauan beraya di rumah mentua...lalalala'

pepandailah korang buat lagu sendiri ye, aku dah bagi lirik..

by the way, siapa yang dah start cuti hari ni tu, selamat pulang ke kampung, drive safe. jangan nak over speed limit pulak, banyak jerangkap samar sekarang. pakai tali pinggang keledar, jangan jadi mat rempit. main mercun jangan nak over over..berhati-hati..makan berpada-pada dan raya ingatkan Allah, jangan waktu bulan puasa je ingat Tuhan waktu raya start balik aktiviti lagha sebelum berpuasa...

haha, panjang pulak nasihat.. 

selamat berpuasa..

Monday, August 13, 2012

process revamp rumah kecil - masalah selesai

masalah langsir senteng seperti yang telah ditulis dengan emo di sini sudah selesai! hooray!

sebenarnya memang ada penyelesaiannya. cuma aku malas nak fikir dan malas nak membetulkannya. ada dua cara:

satu. sama ada aku merendah kan langsir tersebut dan tak payah nak cover tingkap kecik kat bahagian atas tu. kain terlebih kat bahagian kaki dijahit ke atas.

dua. tambah bahagian kaki yang senteng dengan kain lain.

jadi aku ambil pilihan kedua dengan menambah bahagian kaki dengan kain lain. kebetulan semalam, aku selongkar kain-kain perca yang dikutip dari rumah aku, ada satu keping kain putih yang besar elok tersimpan di dalam plastik. aku pun tak ingat kenapa aku ambil kain tu dari mak.

jadi dengan semangat gigih waja, proses penyelesaian masalah bermula. maka, ini lah ahsilnya;


seronok seronok seronok..nasib baik kain cukup. kalau tak dua hari dua malam resah gelisah kalau hal langsir tak setel-setel. 


oh ya, sekarang ni banyak sangat lagu raya berkumandang. rimas aku. bukan apa, kalau lagu raya berkumandang, semangat raya datang menjelma. bila dah semangat raya datang menjelma, semangat kerja haruslah jatuh merudum ye tak? 

selamat berpuasa....

Sunday, August 12, 2012

process revamp rumah kecil - langsir putih

okay..

sebab dah decide untuk mencari langsir putih supaya rumah kecil boleh nampak lebih besar dari biasa, aku pun decide untuk beli langsir berwarna putih. tapi ada sedikit penyesalan di situ. pertama dari segi harga. ke dua, dari segi saiz. 

nilai 3 menawarkan belian langsir dan boleh jahit terus. saiz adalah mengikut standard saiz sliding door 3 pintu..

jadi aku percaya. without knowing that my sliding door is not 'that' standard. aku ukur panjang sahaja, at the end bila nak buat langsir dia kata ukur lebar (which i don't measure it of course sebab fikir nak beli langsir mesti ukur panjang je kannnnn). like i said before, my sliding door is not that standard. they assume the lebar is betul-betul tepat tinggi sliding door. what ever sebab aku rasa orang jual langsir lebih mengetahui. sebab dia biasa jual langsir untuk sliding door which i'm not familiar with. dan lagi satu this is my first time buying curtains without my mom!. adoi kesian betul jadi surirumah seorang diri ni. 

oh well, benda dah beli. kena modified sikit. because they're a little bit senteng!

senteng tahu!

like i said again, now i know that my sliding door is not that standard. yeah, whatever..

so after pasang, and a bit disappointed because of the senteng problem, i think its quite okay. for me. for azmi. dia pun kata okay. but you know i've never seen any of my friends' house or mom's friends' house yang pasang langsir which is totally putih. so i feel like a bit odd kat situ. usually mereka akan pasang langsir putih as the day curtain. ada cover sikit dengan night curtain which the fabric will be a little bit thick and a bit heavy and coloured and ada corak sikit...

so i google imaged to see is it okay to have white curtain and white curtain only for a small living room like our home. nak sedapkan hati kononnya kan..

from the previous post~

 
the second one..image from google image.

Living room curtain designs
the third one. image from: here

so i think its okay to have white curtains for living room. cuma tak delah nampak happening sangat kan. tapi tak pelah as long as i like it and the husband approves it. cuma mungkin kata orang lah.

yup who cares about kata orang..

so this is it;

before:


and after;


haha cerita pasal langsir pun drama sangat..

okay, bye!



Saturday, August 11, 2012

process revamp rumah kecil..


this is what my 'before' looks like.. dah dua tahun macam ni. jadi dah sangat boring! rumah aku sempoi je. tak ada gah mane pun..

but i need to find a nice fabric for this part, and couldnt decide which colour. but if the after look is like this, i think its nice..

source here.

sebab rumah kecil, jadi boleh lah consider putih sebagai langsir kali ni. sofa memang tak boleh tukar, jadi setakat ini, itu jelah aku nak tukar..

kot..

hehe..

besok nak pergi nilai 3.. ~

Thursday, August 9, 2012

conteng

kalau nak ikutkan masa aku kecik dulu, aku suka sangat sangat sangat sangat conteng buku aku. dia ikut peredaran zaman. kalau sekolah rendah tengah cuba cuba lukis gambar perempuan. dari kepala sampai kaki.  design-design baju sesikit sebab mak menjahit, terpengaruh bila tengok mak lukis baju untuk tempahan. kalau ada buku latihan, memang satu buku khas untuk conteng aje. lukis gambar doraemon, sizuka lah, gambar sailormoonlah, nak tiru-tiru..tapi satu je aku tak reti nak lukis sangat sampai sekarang, gambar tangan.

jadi bila meningkat ke sekolah menengah, aku up sikit main tekap tekap dari comic book. macam yang hensem hensem sikit macam trunk dalam siri dragonball, lukis gambar sakuragi hanamichi, lukis gambar rokawa kaede lah. sebab dah bajet advance, tak acilah lukis dalam buku garis-garis. paling kurang kertas a4. paling hebat buku sketch. aku tak ingat mana dah aku simpan buku sketch aku tu. rindu..rindu..

hari ni aku terjumpa satu blog/website, yang mengembalikan nostalgia  conteng-conteng aku. dia lagi advance, sekarang dah keluar pun buku. tapi sebab dia lelaki jadi tak berapa nak geng sebab dia conteng kartun ganas je. kartun sailormoon dia tak layan. haha. tapi takpe, memang kita satu generasi.

buku beliau. sumber: www.contengconteng.com

aku tak pernah godek lagi buku ni. macam ada jual kat mph. aku usha-usha sampai habis blog ni jadi aku dapat simpulkan, karya dia lebih kurang lat. cuma lat versi generasi aku. generasi 80/90 an. generasi main tutup botol, generasi conteng buku latihan, generasi main pemadam guling, generasi duit belanja sekolah 50 sen, generasi main bola sepak kertas lipat dua tu...

yang rasa sama sangat tu, generasi kerusi sofa yang ada bantal tu..

kerusi ni haaa...sumber: dari conteng-conteng jugak..

korang dulu ade ke? kalau korang takde kerusi ni maknanya mak bapak korang kaya, atau korang bukan dari generasi yang aku maksudkan..

haha.

jadi, kalau korang berdarah seni, atau berdarah manis pun boleh, terjah lah blog yang aku bagi link tu. menarik sangat..! tambah pulak dah ada buku di pasaran ni, mesti aku pi cari kalau aku berkesempatan pergi mph nanti. tak pelaaa aku yang tua pun boleh baca buku budak kecik jugak...

oh ya, one more thing..kucing the cat memang sangat cutelah!


Wednesday, August 8, 2012

keluarga iskandar

masa awal-awal puasa dulu, bila bangun sahur waktu pagi, buka tv dan selalunya cerita-cerita sedih je yang menerjah. bila sedih mesti depress, bila depress mulalah pening..

bukan pagi sahaja, malam pun sama..

kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas, tahun lepas suka tonton geng mengaji dan moreh. dua-dua cerita kelakar, tak depress, seronok je tonton. geng mengaji mengingatkan aku dengan zaman-zaman aku megaji dulu. moreh pulak mengingatkan aku bulan bulan puasa kat flat dulu. memang tak berapa nak sama, tapi adalah serupa sikit...

tahun ni kurang cerita nostalgia..

tapi keluarga iskandar cerita dia lain sikit..!


memang seronok dan kelakar habis ceritanya...

cerita yang sememangnya mengingatkan aku pada jb..

cerita ni jugak macam cerita reality tv kim kardashian versi pure johorean. tapi of course lah semua lakonankan..tapi aku suka sangat pendekatan cerita dia yang mewawancara setiap ahli keluarga. yes, sebijik macam reality tv lah! pelakonnya pun memang santai habis.. dialog dia pun buat aku gelak guling-guling..

antara dialog yang paling aku ingat sekali dari kay,

"nanti kalau pergi rumah noyang..."
"moyang, bukan noyang..loyang tu untuk buat kuih tu.."

dan dialog budak kecik anak abang long,

"kau tahu ke haid tu apa?"
"haid tu kepala la bila orang uzur, dia sakit kepala lepas tu keluar darah ikut telinga.."

dan keluarga macam ni memang bestlah! riuh satu rumah kalau kumpul ramai-ramai. seijik macam zaman-zaman semua orang balik kampung kecoh kecoh sambil budak-budak bukak puasa ramai-ramai kat lantai sambil anak-anak laki duduk kat meja makan dengan wan dan atok..

dan pasangan paling aku suka ialah kay dengan azman dan anak-anak sal dan om. bukan mereka je, yang lain-lain pun macam-macam kerenahnya! macam acu, garang gila macam aku suka marah adek aku, macam along jenis rileks sikit, macam watak azman dalam cerita tu memang cool habislah!

kesimpulannya, memang ini cerita kelakar pertama yang berkonsepkan begini. macam reality, tapi lawak gila!

jadi siapa tak tonton lagi, baik pergi tonton.. setiap selasa pukul 10 malam di astro prima hari rabu diulang semula pukul 11. nah aku bagi intro sikit..


kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca dari sini..

kalau nak tengok siri yang lepas-lepas, boleh tengok sini..

untuk episod akan datang, azhar sulaiman sebagai kamal terkantoi dengan abang long sebab tak kerja. ayat kelakar dalam iklan,

"tak mungkin saya akan menulis diari dengan boring macam ni" lebih kuranglaa..

haha can't wait!



Tuesday, August 7, 2012

makan untuk hidup..

assalamualaikum!

sedang aku berjalan-jalan secara maya di blog-blog orang lain, aku terserempak dengan satu blog yang memberi info lengkap tentang pemakanan yang sihat. 

boleh terjah blog ini untuk tahu lebih lanjut. senarai pemakanan ni sebenarnya untuk kesuburan , tapi aku rasa boleh diapplykan pada sesiapa sahaja sebab nama pun makanan sihat..


jadi ada apa dengan pemakanan yang seimbang dan sihat ni?

aku akui aku sekarang susah betul nak makan makanan yang sihat dan seimbang. sekarang dah ada duit sendiri, dah boleh beli makanan sendiri, makanan pulak nak yang sedap-sedap je. lepas tu, exercise nye tidak..

faktor lain, aku dah kahwin dan aku dan azmi kira mempengaruhi satu sama lain. contohnya; kalau aku bujang, aku teringin nak makan mcd, aku kena fikir 2-3 kali sebab tak ada siapa nak teman aku pergi makan, gigih sangatlah kan nak pergi makan atau beli sorang-sorang. nak drive tru pun rasa macam malaaaas sangat. 

sekarang bila dah kawen, dah ada teman, dah ada member, dah ada GENG pulak tu yang sama-sama suka makan, jadi kalau tiba-tiba aku kata teringin nak makan mcd laki aku dengan pantasnya akan kata JOM!

adoi..

tapi sekarang kira okaylah sikit. macam aku tulis kat post sebelum ni, baju dah makin mengecik. hari tu aku dan azmi pakat pi beli seluar jeans baru sebab aku selalu bising aku ada SATU je seluar jeans yang masih muat dan azmi ada 10 jeans yang dah tak muat. bila pergi beli seluar jeans (yang dah lama gila tak beli) terus rasa depress, mula-mula try saiz biasa, lepas tu tak muat sampai saiz luar biasa baru nak muat.. memang depress gila..

sekarang alhamdulillah nasib baik kami berdua dah sedar.. jadi sekarang dalam proses nak mengurangkan makan, dan post dalam blog tadi tu boleh dijadikan sebagai rujukan. 

cakap mengenai hal pemakanan, masa aku kat sekolah, aku boleh dikatakan mempunyai berat badan ideal (kebanyakan budak akan mempunyai berat badan ideal di waktu sekolah). walaupun tak makan sayur, walaupun makan nasi kawah, walaupun makan banyak gila bila waktu pulang bermalam kat sekolah, badan masih tetap maintain. mungkin faktor utama adalah banyak bergerak, banyak bersukan, banyak melakukan aktiviti harian. bila dah tua macam ni, makin kurang masa nak bergerak, makin banyak masa duduk di depan laptop, makin kurang nak bersukan dengan alasan tak ada court badminton kat sini. eh.

dan pemakanan juga penting. bila aku ingat balik zaman aku kecik-kecik dulu, mak aku adalah salah seorang mak yang sangat concern gila tentang pemakanan anak-anaknya. aku tak boleh minum air manis, tak boleh minum air sejuk, tak boleh makan keropok dan msg, jarang gila makan fast food sebab tak mampu, tak boleh makan megi! kalau masak megi 2 bungkus hanya letak satu paket perencah sahaja!

kena minum air kosong yang banyak!

jadi aku rasa budaya pemakanan yang diterapkan oleh sesebuah keluarga tu juga penting sangat supaya anak tu bila besar nanti sihat. dan aku bersyukur sangat sebab aku ada mak yang mementingkan pemakanan sihat pada anak-anaknya yang menyebabkan aku alhamdulillah sihat sampai sekarang (walaupun aku kurang makan sayur tapi sumpah memang mak aku dah macam-macam usaha untuk bagi anak-anak dia makan sayur tapi memang tu je yang tak jalan..). cuma tu lah, macam aku kata tadi, sebab aku dah hidup sendiri, dah ada duit sendiri dah masak sendiri, makanan semua nak yang sedap-sedap kalori aje. huhu..

jadi to me, bagilah anak-anak makan makanan yang bekhasiat. supaya anak tu biasa. biasa makan makanan kurang garam, biasa minum air masak, biasa dengan makan sayur, biasa dengan makan ulam. nanti generasi masa depan tak adalah ada masalah kesihatan..

oh jadi jangan lupa terjah blog tu untuk senarai makanan yang berkhasiat untuk panduan kita bersama. :) 






weekend di batu pahat

assalamualaikum kawan kawan.

kesian blog aku sangat sunyi ni..

jadi apakah yang telah aku lakukan pada minggu lepas? semestinya pulang ke kampug di batu pahat merasai suasana berpuasa di batu pahat pulak. asyik buka puasa di kepong je, nanti mak mentua majuk..jadi untuk ambil hati mak mentua, haruslah aku balik sambil bantu membantu apa yang patut..

aku tolong jahit langsir..

tolong goreng murukku..

tolong packing rempeyek dan tempeyek..

tolong buat kuih siput..

tolong hias bilik sendiri di batu pahat tu..

tolong jaga adik akib yang comel tapi muka sombong tu..

tolong ajar budak kecik tu jalan juga..

kalau nak dikirakan, aku boleh dapat anugerah menantu of the year lah! kalau nak kipas mak metua, kena kipas habis-habis..tapi bab bangun awal sediakan sahur di awal pagi adalah sangat fail lah..hancor anugerah menantu pilihan bila mak sampai terpaksa naik bilik ketok pintu kejut bangun sahor..

ha ha ha..

tapi takpelah, aku sedapkan hati aku sendiri yang malam sebelum tu penat jahit langsir rumah! bagi alasan kat mak henfon dalam beg tak dengar bunyi alarm jadi tak sedar nak bangun sahur..hehe..

jadi itulah pengalaman aku nak masuk dua tahun jadi menantu di bulan puasa ni. kalau korang ada pengalaman bleh share sikit?

*azmi kata aku macam kay. kay dalam cerita keluarga iskandar. nanti aku review sebab sekarang cerita tu adalah cerita favorite of the month.. :)

Friday, August 3, 2012

update

this week busy amat. tak ada update best untuk minggu ni. attend kursus lagi selama seminggu dan pecah kepala bila kena ingat balik kimia tingkatan 4, 5 dan matriks dulu...

pertengahan bulan sembilan sv nak progress.. semua orang busy nak update apa yang patut ni. jadi raya tak boleh nak sakan sangat.

persediaan raya? biasa saje. tahun ini sangat-sangat sederhana.

okaylah, bye see you next week..