Thursday, July 26, 2012

kadang kadang aku boleh beri peringatan juga

salam ramadhan yang ke 5! pejam celik pejam celik tiba-tiba raya. rakan-rakan ada yang tertinggal puasa tak? ayat klise waktu bulan puasa. hehe..

sejak 2 menjak ni, aku rajin pergi surau ikut laki semayang tarawih jemaah. sebelum ni malas yang amat. bajet buat kat rumahlah lebih afdal katanya sebab perempuan kan. dok solat kat rumah lah konon. tak de makna. kadang-kadang on, kadang-kadang off..

tapi sekarang ni semangat pulak nak berjemaah. seronoklah..rasa macam zaman-zaman sekolah. aku asal solat berjemaah ramai-ramai macam ni je rasa macam kat sekolah, especially s.makl. memang terlekat di minda hendaknya.

jadi apakah peringatan yang aku ingin berikan di sini?

aku perasan para jemaah terutama perempuan, suka betul bawa anak-anak ke surau atau masjid.

ibunya teringin nak menyertai jemaah semayang tarawih nak merasa suasana bulan ramadhan.

dan sekali gus membiasakan anak-anak dengan masjid. agar sentiasa suka masjid dan sentiasa bersolat jemaah sama-sama bila besar nanti. memang bagus mempunyai niat yang murni itu.

tapi yang membingungkan adalah, jika budak-budak (terutama sekali umur lebih kurang 4-8 tahun macam tu), solat jemaahnya tidak, tapi seronok bermain di belakang surau yang ada tanah tak berapa nak lapang. semalam paling dasyat. siap jerit-jerit dengan desibel paling tinggi. kami para jemaah perempuan sayup-sayup dengar suara imam. terpaksa jeling-jeling jemaah depan yang sujud, baru kami sujud.

kalau macam tu, dikira menganggu jemaah solat bukan kah?

niat si ibu atau bapa baik, nak membiasakan anak-anak ke masjid atau surau. tapi kalau biasa pergi tapi tak tahu nak menghormati masjid atau surau, objektif nak membaikkan budak tu takkan sampai.

sesetengah tempat menyediakan pusat aktiviti anak-anak supaya bila ibu bapa berjemaah, anak-anak akan bermain di situ dan tak mengganggu jemaah. sesetengah masjid atau surau mungkin ada, dan yang pastinya, kebanyakan masjid atau surau tak ada. setakat yang aku pergi, masih belum jumpa. jadi kalau ada pusat ini bagus juga, supaya ibu bapa dan jemaah lain boleh solat dengan tenang. tak pastilah pula aku siapa yang akan menjaga anak-anak sementara solat jemaah sedang berjalan.

jadi ibu-ibu, walaupun aku belum ibu, aku rasa eloklah sangat kalau anak itu mengganggu jemaah tinggal saja di rumah. tunggu anak tu dah besar sikit, atau dah pandai untuk behave, barulah bawa ke masjid atau surau. bawa sekali solat berjemaah. pantau anak samaada anak-anak seronok main jerit jerit sampai mengganggu jemaah atau duduk ikut sekali bersolat sama.

okay?

dah jangan nak terasa-terasa ye. yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan..

salam ramadhan...~

6 comments:

  1. suka baca blog zura. sgt tulus n mulus ;). saya pernah bc pasal hal ni kat paper. n ustaz tu komen, jemaah kene anggap gangguan dr kanak2 itu adalah dugaan. Dalam al-quran juga menyebut, "Sesungguhnya anak itu adalah dugaan utk kamu". Jgn kata solat kat surau/masjid, kalau solat kat rumah pun anak blh jd satu dugaan.
    ~Just sharing~

    ReplyDelete
  2. hai!

    terima kasih sebab berkongsi. saya tak pernah pulak dengar pasal dugaan tu. terima kasih banyak-banyak. nampak sangat saya ni tak tahan dugaan ni. hehe. betul juga, mungkin ini dugaan dan latihan untuk saya sebelum saya menjadi ibu nanti.. :) thanx!

    ReplyDelete
  3. pagi!~ terime kasih singgah blog fifi.. slam kenal.. fifi pon da tak pergi masjid bile ade anak kecil.. tapi teringin.. nanti la.. tapi tahun lepas syokkk.. g masjid jalan kaki sesame dengan husband.. sembahyang berjemaah seronok.. rinduu..

    ReplyDelete
  4. salam , saya cuba untuk didik anak ke masjid pada malam ke dua ramadhan , konon nak biasakan anak dengan masjid.

    Saya ambil saf hujung sekali. Bawa anak 8 , 5 dan 3 , anak saya yang berumur 3 tak menjerit tetapi dia suka merayap tarik2 kain telekung orang . Dirumah pun macam tu juga ..

    memang itu dugaan , Nabi Muhammad pun ada berpesan , tak boleh marah kalau anak mengganggu kita sembahyang ..

    tetapi ya lah .. bukan semua orang faham.. So selepas 4 rakaat je , saya ajak anak2 balik , dan mereka belum bersedia lagi untuk ke masjid.

    ReplyDelete
  5. Fifi sama sama :-). Pn bee: terima kasih menyinggah di blog saya. Ya sesetengah orang tak faham (macam saya contohnya). Bagi saya mungkin boleh beritahu anak anak di masjid tak elok menjerit dan sebagainya supaya anak anak at least faham sedikit walau tak banyak. Atau mungkin pihak masjid dan surau boleh sediakan tempat yang sesuai utk anak anak beraktiviti.Wallahualam. Ini semua dugaan.

    ReplyDelete
  6. Dugaan tu memnglah dugaan...memang kita anggap ini sbg dugaan...bagus ajak anak2 pegi surau@masjid, tp ianya menjadi tanggunjawab ibu bapa untuk perhatikan mereka, tegur mereka jika mereka membuat bising..kalau anak sendiri kaco kite solat, memngla faham, kalo anak kite kaco org solat...xkn kite nk expect semua org faham...ada y paham dan ada yang tidak...so tanggungjawab kite utk jaga perlakuan anak kite di tempat ibadah...kite yang nk mendidik anak, kitelah y bertanggungjawab...

    ReplyDelete