Monday, July 2, 2012

ilmu minta

i want to share you this post from xia xue.

xxx

ilmu meminta ni dah lama, aku dulu pernah baca chicken soup of the soul and cerita yang paling aku ingat adalah cerita mengenai ilmu meminta.

aku tak berpa ingat jalan ceritanya. tapi basic thing adalah, kalau kita tak minta apa yang kita nak, kita tak dapat.

aku pun dah lama dengar tentang law of attraction. dengar je tapi tak pernah buat. aku juga pernah tonton dr azizan osman punya seminar (sebahagian) semuanya menekankan tentang ilmu meminta. dan ilmu meminta ni ada cara rupanya.

jadi bila penulis xia xue bercerita tentang kehidupannya dan pemikirannya terhadap kehidupan, dan segala perkara yang diinginkannya menjadi kenyataan, aku pun terfikir yang sebenarnya setiap manusia ini mesti dan pernah permintaanya dikabulkan.


macam contoh aku: 


aku pernah kata aku nak belajar kat sma.kl. setiap kali pergi sekolah, (masa tu sekolah rendah lagi) aku akan lalu seolah tu. jadi setiap kali lalu, setiap kali terus berdoa, aku nak masuk sekolah tu. 


lepas aku habis upsr, aku dapat masuk sekolah tu di tingkatan 1. Alhamdulillah...~


dan masa aku di sekolah menengah, aku nak sangat masuk ut.m. kalau orang tanya, aku akan kata aku nak masuk ut.m. sebab aku nak merantau seluruh negara. sebab kampung aku di kedah, sekolah menengah di kl dan kelantan, matriks di melaka, jadi aku nak pergi ke selatan pula. 


lepas aku habis degree, aku sambung pulak di ut.m. dan hidup di johor selama 3 tahun. Alhamdulillah...~


dari kecil aku selalu terfikir untuk kahwin dengan orang johor. aku suka lontong, kuah lodeh, nasi impit di hari raya. kalau di kedah aku tak dapat semua tu, jadi aku kata pada diri sendiri, kalau boleh, aku nak jodoh aku dengan orang johor. pernah mimpi aku kahwin dengan orang johor. 


2 tahun lepas aku kahwin dengan azmi, orang batu pahat johor. aku dapat makan lontong, kuah lodeh, nasi impit, mi soto, lontong kering sambal goreng - kadang-kadang setiap kali kami balik kampung di batu pahat boleh dapat makan. Alhamdulillah...~

macam-macam sebenarnya perkara yang telah aku minta, alhamdulillah Tuhan telah makbulkan. hati kata teringin sangat, jadi Tuhan kabulkan. walaupun lambat, Allah tetap kabulkan.

tapi macam dr azizan cakap, kalau nak mintak, mintak biar spesifik. walaupun dengan Allah. macam kes aku, walaupun hajat telah terlaksana, sebab kebanyakannya tak spesifik, jadi result juga tak spesifik.

aku kata aku nak duduk sma.kl aku tak kata aku nak duduk situ sampai form 5, jadi form 4 aku pindah ke kelantan.

aku kata nak sambung belaja kat ut.m, aku tak kata nak sambung degree kat ut.m jadi master baru dapat sambung.

aku kata aku nak kahwin orang johor aku tak mintak kata nak anak keturunan jawa. eh...

jadi sekarang aku dah belajar benda baru (atau baru sedar) yang ilmu mintak ini penting. kalau boleh mintak yang spesifik. dan sentiasa berfikiran positif terhadap sesuatu perkara supaya apa yang kita minta tu menjadi enyataan, Insya Allah...jadi mulai dari sekarang aku nak aplikasikan ilmu minta ini dalam hidup aku.

terima kasih pada b&c sebab bercerita mengenai ini dan lead aku pada post-post yang best. dan mulai sekarang aku juga ingin berjanji pada diri aku sendiri yang insya Allah, post-post yang akan datang di dalam blog ini akan mengandungi post-post yang gembira je (law of attraction) and i think i should get rid of 'komplen' post list kan.. kalau post asyik depressing je, aku pun naik deprress baca post sendiri, orang lain apatah lagi kan!

k bye... :)

~live life to the fullest~


4 comments:

  1. haha..i think orang pun nyampah my blog asyik throwing tantrums je..ish ish ish..

    i baca juga yang terma 'trying-to-conceive' to tak berapa digalakkan, bila kita claim kita trying-to-conceive, that's why the universe/Allah bagi kita trying je..trying trying sampai la bertahun2..saya baca digalakkan tulis atau buat ayat 'i will be a mother' or 'i'm looking forward to be a mother' lebih kurang macam tu la..


    cerita pasal spesifik ni kan, memang betul la, kena spesifik walaupun minta dengan Tuhan. I pun terkena..tak gitu ada phrase 'beware with what u wish for'..haha..


    ok, let's be +ve..

    ReplyDelete
  2. yup! that one too..trying to conceive then memang tahap try jela sampai bebila...agree with you on that. should say 'a mother to be'..so that we will be a mother a mother one day. or maybe should be spesific jugak. a mother in 2012..ngehehe...

    ReplyDelete
  3. Ajue, terus terang aku cakap aku sgt inspired by your post! Sebab dulu masa lepas keguguran kali kedua and lepas kena cop 'rahim tak mampu tampung baby', aku rasa begitu down. Then aku terus jadi lebih specific bila berdoa pada Allah SWT. "Ya Allah ya Tuhanku, sekiranya aku ditakdirkan mengandung, kau berilah kekuatan pada janinku, berilah kekuatan pada rahimku, agar dapat menampung kandunganku sehingga zuriatku selamat dilahirkan" Dan aku terus jadi buat2 tak pedulik pasal nak pregnant... then... Zabi Aydan pun lahir. When we least expect it... but when i asked specifically for it. Aku suruh Ajai baca post ko ni... in fact aku terus suruh dia baca all kinds of articles bout the law of attraction... it's time for us to change our attitude... aku semangat skrg nak say this hari, "Aku akan kurus before 2013, aku akan kaya before 2013, aku akan pegi tengok Eiffel Tower before 2013" hahaha boleh tak? hugs to u Ajue! keep it up! share macam2 inspirational stuff kat blog ko... aku suka baca! thanks again for sharing!

    ReplyDelete
  4. Yeah!!lets do it dina! Tula kita selalu mengeluh sbb apa yang kita mintak tak dapat. Padahal caraintal tu salah..hehe. Thanks dina..nanti aku share apa apa yang patut lagi..hehe

    ReplyDelete