Sunday, July 29, 2012

assalamualaikum

kesinambungan dari post ini, harap dapat memberi kefahaman dan jawapan untuk kekeliruan aku (atau untuk orang lain juga);

dari dr maza.com ;

"Namun ini bukan tidak bererti anak-anak dibiarkan membuat bising dan mengganggu orang lain yang sedang bersolat, sebaliknya mereka dididik dan ditegur dengan cara yang baik oleh ibubapa dan masyarakat. Masjid juga bukan tempat ibubapa melepaskan tanggungjawab anak-anak bising di rumah dibawa untuk bising di masjid. Cuma pastikan mereka tidak dilayan dengan cara yang menyebabkan mereka membesar dalam keadaan merasakan institusi agama amat tidak mesra dengan mereka. Kadang-kala mereka bising disebabkan cara kita mengatur mereka, hal ini mesti dibaiki."


dari blog syue dan forum di sini 


pandangan agama berdasarkan dalil:
1) Hukum membawa kanak-kanak ke masjid atau surau adalah harus sekiranya ia sudah mumayyiz (dah tahu jaga diri dan tak perlu di kawal sepenuh masa) dan juga juga setalah dipastikan ia bersih serta tidak menganggu jemaah lain.
2) Sekiranya menganggu jemaah lain atau tidak bersih, maka hukumnya makruh dan boleh sampai ke tahap yang haram sekiranya boleh menyebabkan solat jemaah lain tidak khusyuk.
3) Setelah mencukupi syarat-syarat di atas boleh bawa ke masjid dan solat bersama dan hendaklah duduk bersama ibu atau bapanya. Sebaik-baiknya duduk di saf yang belakang sedikit agar tidak menimbulkan fitnah. Boleh duduk di saf pertama sekiranya tidak menimbulkan fitnah seperti kebanyakan jemaah faham dan boleh terima kanak-kanak  bersama saf orang dewasa.
4)Banyak dalil-dalil menunjukkan Nabi s.a.w solat bersama kanak-kanak ketika baginda solat dan solat tetap sah. Ini juga merupakan cara yang paling berkesan mendidik anak-anak cara solat yang betul iaitu secara praktikal di masjid. 
Ustaz Abdul Muein Abd Rahman


haa ni dari ustaz azhar idrus pulak;




renung-renungkan dan selamat beramal! :)

2 comments:

  1. tq zura for the info...ni yg lg bertambah suka ngan blog zura ;)

    ReplyDelete