Sunday, July 22, 2012

ahlan wasahlan ya ramadhan

masih belum terlambat jika aku mengucapkan salam ramadhan di sini. syukur ke hadrat Allah sebab memberi lagi peluang untuk aku menyambut ramadhan sebagai seorang isteri untuk tahun kedua, alhamdulillah..~

macam tahun lepas sebab aku duduk rumah, jadi kebanyakan hari alhamdulillah masak sendiri. tahun ni tak tahulah boleh kot kalau nak masak atau beli sahaja di bazaar ramadhan. sekarang ada extra bazaar pulak kat belakang rumah ni. kakak yang selalu jual nasi lemak kat port biasa pun dah start buat bisnes kuih muih petang-petang, dekat sangat kat belakang rumah. jadi peluang taknak masak dan malas masak tu terbuka luas.

tahun ini juga, niat utama haruslah lillahi ta'ala. sambil-sambil, nak mencapai target menurunkan berat badan dan menjaga kesihatan. teruk sangat dah kami berdua ni menjana jisim badan. tak tertanggung dek baju-baju lama nak menampung saiz kami yang semakin meningkat ni. jadi kiranya waktu ini, insya Allah waktu yang terbaik. harapan semoga hari raya tak mentekedarah macam tak jumpa makan. hari ni ada kemajuan sebab bukak puasa dengan mihun sup untuk aku, kebab untuk azmi, air kelapa sedikit kurma dan cempedak goreng. ewah, banyak nya. tapi percayalah, untuk kami tu kira tak banyak tu..kekekeke...

tak apa, tak apa. kita kena positif. insya Allah, harapan semoga bulan puasa ni memberi rahmat, ketenangan, kemurahan rezeki dan kesihatan diri buat aku, kami, dan kalian semua.

ameen.

selamat berpuasa dan berbuka puasa dan bersahur semua!

2 comments:

  1. Selamat Berpuasa ya dear..

    Semoga yang baik-baik semuanya untuk kita.

    ReplyDelete