Sunday, July 29, 2012

assalamualaikum

kesinambungan dari post ini, harap dapat memberi kefahaman dan jawapan untuk kekeliruan aku (atau untuk orang lain juga);

dari dr maza.com ;

"Namun ini bukan tidak bererti anak-anak dibiarkan membuat bising dan mengganggu orang lain yang sedang bersolat, sebaliknya mereka dididik dan ditegur dengan cara yang baik oleh ibubapa dan masyarakat. Masjid juga bukan tempat ibubapa melepaskan tanggungjawab anak-anak bising di rumah dibawa untuk bising di masjid. Cuma pastikan mereka tidak dilayan dengan cara yang menyebabkan mereka membesar dalam keadaan merasakan institusi agama amat tidak mesra dengan mereka. Kadang-kala mereka bising disebabkan cara kita mengatur mereka, hal ini mesti dibaiki."


dari blog syue dan forum di sini 


pandangan agama berdasarkan dalil:
1) Hukum membawa kanak-kanak ke masjid atau surau adalah harus sekiranya ia sudah mumayyiz (dah tahu jaga diri dan tak perlu di kawal sepenuh masa) dan juga juga setalah dipastikan ia bersih serta tidak menganggu jemaah lain.
2) Sekiranya menganggu jemaah lain atau tidak bersih, maka hukumnya makruh dan boleh sampai ke tahap yang haram sekiranya boleh menyebabkan solat jemaah lain tidak khusyuk.
3) Setelah mencukupi syarat-syarat di atas boleh bawa ke masjid dan solat bersama dan hendaklah duduk bersama ibu atau bapanya. Sebaik-baiknya duduk di saf yang belakang sedikit agar tidak menimbulkan fitnah. Boleh duduk di saf pertama sekiranya tidak menimbulkan fitnah seperti kebanyakan jemaah faham dan boleh terima kanak-kanak  bersama saf orang dewasa.
4)Banyak dalil-dalil menunjukkan Nabi s.a.w solat bersama kanak-kanak ketika baginda solat dan solat tetap sah. Ini juga merupakan cara yang paling berkesan mendidik anak-anak cara solat yang betul iaitu secara praktikal di masjid. 
Ustaz Abdul Muein Abd Rahman


haa ni dari ustaz azhar idrus pulak;




renung-renungkan dan selamat beramal! :)

Friday, July 27, 2012

diy yogurt..



aku tak tahu cara pembuatan yogurt adalah senang begini. sebab dalam youtube, nak buat yogurt kena ada thermometer which i dont have one. takkan nak pakai thermometer lab pulak kan. so aku terjumpa dengan satu blog by just me the mrs dan cara buat yogurt yang beliau tunjukkan adalah sangat senang!

jadi kalau berminat boleh tengok kat sini ye. sebab aku sangaaaat berminat jadi aku boleh buat lepas ni.*suka! lepas ni tak payahlah sangat nak berfroyo atau bertutti frutti. hehe..

yumm!

oh by the way, all of these food involved bacterial culture, did you guys know that? aku walaupun tahu tapi tak pernah nak cuba culture sendiri. poyo-poyo buat lab tissue culture lah, bacterial culture lah, tapi tak pernah nak buat untuk food sendiri. bedak sejuk pun bacterial culture jugak tapi bukan makanan lah. menurut kawan aku yang memang expert buat bedak sejuk untuk kajian yang lebih mendalam, beras tu dibiar dalam air dan tunggulah beras tu sampai hancur lepas tu tukar-tukar airnya. bacteria yang digunakan hanyalah bacteria dari alam sekitar dan dari dalam beras tu sendiri (kalau salah info tolong betulkan). aku pun tak pasti cara buat yang sebenar macam mana. dari beberapa jenis beras yang digunakan, mokcik dari kelate memberi kualiti bedak sejuk yang paling baik! kata dialah..

contoh-contoh lain penggunaan makanan yang menggunakan bacterial culture adalah yogurt dan tempe dan tempoyak. kalau ada starter culture dan suhu yang sesuai, insya-Allah boleh buat sendiri! and sebab sekarang ada saki baki durian kat rumah (still) aku berniat nak buat tempoyak pulak (kononnya -tengok semangat macam mana).

okay, selamat buat tutti-frutti sendiri.. :)

Thursday, July 26, 2012

kadang kadang aku boleh beri peringatan juga

salam ramadhan yang ke 5! pejam celik pejam celik tiba-tiba raya. rakan-rakan ada yang tertinggal puasa tak? ayat klise waktu bulan puasa. hehe..

sejak 2 menjak ni, aku rajin pergi surau ikut laki semayang tarawih jemaah. sebelum ni malas yang amat. bajet buat kat rumahlah lebih afdal katanya sebab perempuan kan. dok solat kat rumah lah konon. tak de makna. kadang-kadang on, kadang-kadang off..

tapi sekarang ni semangat pulak nak berjemaah. seronoklah..rasa macam zaman-zaman sekolah. aku asal solat berjemaah ramai-ramai macam ni je rasa macam kat sekolah, especially s.makl. memang terlekat di minda hendaknya.

jadi apakah peringatan yang aku ingin berikan di sini?

aku perasan para jemaah terutama perempuan, suka betul bawa anak-anak ke surau atau masjid.

ibunya teringin nak menyertai jemaah semayang tarawih nak merasa suasana bulan ramadhan.

dan sekali gus membiasakan anak-anak dengan masjid. agar sentiasa suka masjid dan sentiasa bersolat jemaah sama-sama bila besar nanti. memang bagus mempunyai niat yang murni itu.

tapi yang membingungkan adalah, jika budak-budak (terutama sekali umur lebih kurang 4-8 tahun macam tu), solat jemaahnya tidak, tapi seronok bermain di belakang surau yang ada tanah tak berapa nak lapang. semalam paling dasyat. siap jerit-jerit dengan desibel paling tinggi. kami para jemaah perempuan sayup-sayup dengar suara imam. terpaksa jeling-jeling jemaah depan yang sujud, baru kami sujud.

kalau macam tu, dikira menganggu jemaah solat bukan kah?

niat si ibu atau bapa baik, nak membiasakan anak-anak ke masjid atau surau. tapi kalau biasa pergi tapi tak tahu nak menghormati masjid atau surau, objektif nak membaikkan budak tu takkan sampai.

sesetengah tempat menyediakan pusat aktiviti anak-anak supaya bila ibu bapa berjemaah, anak-anak akan bermain di situ dan tak mengganggu jemaah. sesetengah masjid atau surau mungkin ada, dan yang pastinya, kebanyakan masjid atau surau tak ada. setakat yang aku pergi, masih belum jumpa. jadi kalau ada pusat ini bagus juga, supaya ibu bapa dan jemaah lain boleh solat dengan tenang. tak pastilah pula aku siapa yang akan menjaga anak-anak sementara solat jemaah sedang berjalan.

jadi ibu-ibu, walaupun aku belum ibu, aku rasa eloklah sangat kalau anak itu mengganggu jemaah tinggal saja di rumah. tunggu anak tu dah besar sikit, atau dah pandai untuk behave, barulah bawa ke masjid atau surau. bawa sekali solat berjemaah. pantau anak samaada anak-anak seronok main jerit jerit sampai mengganggu jemaah atau duduk ikut sekali bersolat sama.

okay?

dah jangan nak terasa-terasa ye. yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan..

salam ramadhan...~

Monday, July 23, 2012

assalamualaikum, third ramadhan!

sepanjang 4 hari sebelum ramadhan, aku ada menyertai satu kursus best yang dinamakan NMR biological sample prep workshop. kami diajar oleh mr alex, and dr. nomi yang dua-dua sangat cool and mr alex sangat kelakar orangnya. dr nomi, memang sangat cool macam member member ajar kami buat kira kira.


workshop ni mmang bagus, sebab ajar aku dari a sampai z khas untuk kerja aku, plus, aku dapat bertukar-tukar pendapat dengan researcher lain. kadang-kadang cara kita tak berkesan, bila tanya budak-budak ni yang buat cara yang lebih berkesan, tu yang buat aku teruja sangat. plus, banyak benda baru yang aku belajar, so hopefully aku tak lupalah lepas ni. terima kasih pada advisor aku yang bagi aku peluang untuk menyertai workshop ni. baru lah aku terasa dihargai. ewah. 


ini adalah mr alex yang kelakar. facilitator yang kelakar menjamin keseronokan workshop..

bila attend kursus macam ni rasa macam belajar balik ( i mean, belajar dalam dewan kuliah that need to be understood). jadi rasa macam undergrad balik. rasa macam kat matriks pun ada. bila fikir zaman undergrad balik terasa menyesal pulak tak belajar bersungguh-sungguh. dan tanya on the spot if tak faham. sekarang baru ada kekuatan untuk tanya direct kalau tak faham. ilmu sangat best diserap kalau faham. eh faham tak ni? 

oh well. lepas ni akan ada extension untuk workshop ini, dalam bulan ramadhan dan 100% lecture. no mr alex, tapi representative dari company yang supply nmr. must be calculation and headache all the way. 


Sunday, July 22, 2012

ahlan wasahlan ya ramadhan

masih belum terlambat jika aku mengucapkan salam ramadhan di sini. syukur ke hadrat Allah sebab memberi lagi peluang untuk aku menyambut ramadhan sebagai seorang isteri untuk tahun kedua, alhamdulillah..~

macam tahun lepas sebab aku duduk rumah, jadi kebanyakan hari alhamdulillah masak sendiri. tahun ni tak tahulah boleh kot kalau nak masak atau beli sahaja di bazaar ramadhan. sekarang ada extra bazaar pulak kat belakang rumah ni. kakak yang selalu jual nasi lemak kat port biasa pun dah start buat bisnes kuih muih petang-petang, dekat sangat kat belakang rumah. jadi peluang taknak masak dan malas masak tu terbuka luas.

tahun ini juga, niat utama haruslah lillahi ta'ala. sambil-sambil, nak mencapai target menurunkan berat badan dan menjaga kesihatan. teruk sangat dah kami berdua ni menjana jisim badan. tak tertanggung dek baju-baju lama nak menampung saiz kami yang semakin meningkat ni. jadi kiranya waktu ini, insya Allah waktu yang terbaik. harapan semoga hari raya tak mentekedarah macam tak jumpa makan. hari ni ada kemajuan sebab bukak puasa dengan mihun sup untuk aku, kebab untuk azmi, air kelapa sedikit kurma dan cempedak goreng. ewah, banyak nya. tapi percayalah, untuk kami tu kira tak banyak tu..kekekeke...

tak apa, tak apa. kita kena positif. insya Allah, harapan semoga bulan puasa ni memberi rahmat, ketenangan, kemurahan rezeki dan kesihatan diri buat aku, kami, dan kalian semua.

ameen.

selamat berpuasa dan berbuka puasa dan bersahur semua!

Wednesday, July 18, 2012

your thesis in 2 minutes


do you have your thesis ready? your research? your findings? 

you can join 

PHDtv’s Two-Minute Thesis Contest

and win great prizes from them. 

*** 

antara semua website yang digemari, website phd comics adalah yang paling-paling digemari. semua cerita yang diceritakan adalah kisah benar yang semestinya berlaku pada semua post grad tidak kira sikit atau banyak, mesti ada punya. so i really really like it walaupun dah terlepas phd movie yang mereka buat. huhu.. sedih. 

however, contest ini juga menarik. kalau mahu thesis sendiri dikarikaturkan (i think this word exist) jadi sertailah kalau mampu conclude cerita thesis dalam masa dua minit. aku rasa tidaklah susah, it's like telling your mom what u are doing right now. 

.......

okay, macam payah sebenarnya.. 

tapi dia ada bagi contoh. boleh lihat jika suka. for non-student readers, boleh juga nak tengok. in-te-res-ting sangat.. 


Tuesday, July 17, 2012

Monday, July 16, 2012

treat!

selain dapat hadiah best dari encik azmi, hadiah durian dan manggis di kampung, a simple birthday celebration di hutan, now this one...



alamanda beri sms ringkas suruh redeem hadiah birthday di kaunter info. aku dapat sms pada 5 july dan aku macam apahal aku baru pergi sana 4 july kot kalau tak boleh redeem terus, so sabtu baru pergi semata-mata nak redeem dengan harapan dapat goodie bag best ada barangan berjenama. tapi dalam hati ada terdetik jugak, mesti dapat voucher..

so memang aku dapat voucher single scoop plain dari cream and fudge..

mula-mula memandang enteng terhadap single scoop plain macam eh single scoop je ke? sebab tak pernah pegi cream and fudge jadi macam jakun sangat. yang seronok, pergi di kaunter aiskrim, beri voucher, dan dapat aiskrim! rupanya single scoop plain adalah sangat besar boleh kongsi 2 orang tau! sewonoknyeeeeeew...! (mode jakun kegembiraan). aiskrim sangat sangat sedap mungkin boleh consider untuk datang lagi kalau ada extra extra money. tapi kalau alamanda nak bagi tiap-tiap tahun, i terima sangat! hiks..!

jadi ada orang tanya jugak macam mana boleh dapat voucher macam ni (padahal baru sekali). alkisahnya, sebab pada zaman dahulu aku and azmi beli cincin kahwin di alamanda, jadi sebab spend sekian-sekian amount of money di alamanda boleh daftar free as a vip member macam tu kot. jadi bila ada special function macam ada fashion show atau promotion apa-apa, kita akan dapat information tersebut tak kisahlah dari sms atau dia akan kirimkan poskad. 

baiklah sampai di sini sahaja, sekian, wassalam..~




Friday, July 13, 2012

making your own vest

ollo girls!

today i would like to share with you guys a video on how to make your own vest using your shawl. sebab aku terserempak dengan blog pu's little diary pasal diy vest and tengok dia pakai pun cantik, why not i share it here so that everyone can make their own vest using that old shawl yang tak nak pakai tapi sayang nak buang tu.

so here goes.



like pu said, the tutorial starts at 4:31 so you can just skip it if you like...

happy diy!

Tuesday, July 10, 2012

picture perfect

sambungan dari part yang semalam. picture credit to aunty mazwin facebook. 

our favourite of all time: udang, ikan and ayam bakar

aksesori laksa

azmi, me, atok, pakteh and abah

our hero! abah yang memanjat pokok manggis

pucuk gajus buat makan dengan laksa

hew hew..

aunty mazwin, aunty lake, me and mak

mak, me, azmi and abah.

Monday, July 9, 2012

birthday wishes and durian kampung

last friday, azmi and i have been 'forced' by my parents to balik kampung. they will be doing buah-buahan feast at atok's orchard. the last time we have this orchard feast was almost 10 years ago. masa tu buah banyak sangat. and all the pak long, mak long, pak anjang, mak anjang, mak andak pak andak, cousins  , menantus all were there having pulut durian and manggis party. it was indeed a sweet memory with all the families gathered just like raya puasa. but years after that, there was no more buah (kalau ada pun sikit je), so usually if the fruit season come, pak long would bring them back to the house instead of eating and having a feast there.

so after 10 years, and married, dusun itu berbuah semula. dengan banyaknya! at first, the family (abah, brothers and sisters) had this intention of selling it (sebab kurang buah and there's no one to take care of it, plus, my grandfather is already passed away) and maybe because of that, pokok semua berbuah dengan banyaknya! (okaylah, not 100% betul pun..) abah and pak lang have already built a small hut, maklang made laksa and fried meehoon, mak brought her sambal ikan bilis, mak teh with her keropok from terengganu, azmi and i of course bawak perut sahaja. oh and my mom's friends were also balik kampung following us here in kedah to have this experience of having a feast in dusun buah..

so here are the pictures, seronok sangat tak terkata. it was soo worth it even just for two days. penat pun tak pa aaaih..hehe..






thanks for the birthday wishes, friends. and mom's friends aunty mazwin and aunty lake. sweet betul beli kek bawak masuk hutan and celebrate. hehe.. more pictures nanti nak curi kat aunty mazwin punya facebook..

that's all for now. till then.

bye!

Thursday, July 5, 2012

positive part 2

not sure where the part one is. but i was this close to become mahatma ghandi, boleh pulak tiba tiba aku dapat berita minggu depan ada presentation.

aku dah agak dah sebenarnya.

tapi tetap rasa depress sebab for sure aku akan kena hentam lagi. by which u guys might say "studylah bersungguh-sungguh, tak delah nanti kena bantai.."

baiklaaaah aku study...~

Wednesday, July 4, 2012

musim buah



musim buah seronok betul. murah rezeki bila kawan bagi buah durian, abah bagi buah manggis dan rambutan. abah kata dia dah siapkan buat pondok menunggu kat dusun di kedah sana nun. minggu lepas pakat dok pi bakaq ayam kat hutan dusun sana tu..sebab abah kata buah tak banyak jadi tak balik kedah, bila hari ahad kata buah banyak pulak..

saje je abah ni..

musim buah ni, selalu korang target ape? durian? manggis? langsat? duku?

Tuesday, July 3, 2012

brave

kami tonton brave sabtu lepas...

brave.
and i love the hair! image from google.

yang bila masuk pawagam dikerumuni kanak-kanak. bila kanak-kanak jerit-jerit before start cerita kami rasa kami salah masuk panggung. salah means that we shouldn't go and watch this movie sebab terlalu banyak budak-budak..but surprisingly, aku dapat concentrate kat cerita tu dan tak ada siapa tendang kerusi aku dari belakang, atau tiba-tiba ada budak nangis. kecuali ada budak kat sebelah aku yang keep on gelak je. yes cerita tu sangat kelakar tapi scene lain yang tak sepatutnya gelak pun budak tu gelak. i bet he didn't understand the story, plus he's just a kid. so aku tak kisah pun kat situ..

these kids are hilarious!

and brave is a family story.

a very nice story that make you want to call your mom and said i love u. a story that tell the mothers not to push too hard on their children. let them be what they want, let they shine on what they do best. cerita yang menyuruh kita untuk hargai emak kita..kalau untuk ibu-ibu, kena hargai anak-anak..sweet kan ceita tu...?

a story that tell us to be careful on what we're wishing for. merida minta emaknya berubah, tak cakap betul-betul nak berubah dari segi apa, terus mak dia berubah jadi musuh ketat ayahnya.

banyak pengajaran yang boleh belajar dari cerita ni. bukan cerita gelak saje. memang bagus bawak budak-budak pergi tengok..

brave masih ditayangkan, kalau free boleh pergi tengok. :)

Monday, July 2, 2012

ilmu minta

i want to share you this post from xia xue.

xxx

ilmu meminta ni dah lama, aku dulu pernah baca chicken soup of the soul and cerita yang paling aku ingat adalah cerita mengenai ilmu meminta.

aku tak berpa ingat jalan ceritanya. tapi basic thing adalah, kalau kita tak minta apa yang kita nak, kita tak dapat.

aku pun dah lama dengar tentang law of attraction. dengar je tapi tak pernah buat. aku juga pernah tonton dr azizan osman punya seminar (sebahagian) semuanya menekankan tentang ilmu meminta. dan ilmu meminta ni ada cara rupanya.

jadi bila penulis xia xue bercerita tentang kehidupannya dan pemikirannya terhadap kehidupan, dan segala perkara yang diinginkannya menjadi kenyataan, aku pun terfikir yang sebenarnya setiap manusia ini mesti dan pernah permintaanya dikabulkan.


macam contoh aku: 


aku pernah kata aku nak belajar kat sma.kl. setiap kali pergi sekolah, (masa tu sekolah rendah lagi) aku akan lalu seolah tu. jadi setiap kali lalu, setiap kali terus berdoa, aku nak masuk sekolah tu. 


lepas aku habis upsr, aku dapat masuk sekolah tu di tingkatan 1. Alhamdulillah...~


dan masa aku di sekolah menengah, aku nak sangat masuk ut.m. kalau orang tanya, aku akan kata aku nak masuk ut.m. sebab aku nak merantau seluruh negara. sebab kampung aku di kedah, sekolah menengah di kl dan kelantan, matriks di melaka, jadi aku nak pergi ke selatan pula. 


lepas aku habis degree, aku sambung pulak di ut.m. dan hidup di johor selama 3 tahun. Alhamdulillah...~


dari kecil aku selalu terfikir untuk kahwin dengan orang johor. aku suka lontong, kuah lodeh, nasi impit di hari raya. kalau di kedah aku tak dapat semua tu, jadi aku kata pada diri sendiri, kalau boleh, aku nak jodoh aku dengan orang johor. pernah mimpi aku kahwin dengan orang johor. 


2 tahun lepas aku kahwin dengan azmi, orang batu pahat johor. aku dapat makan lontong, kuah lodeh, nasi impit, mi soto, lontong kering sambal goreng - kadang-kadang setiap kali kami balik kampung di batu pahat boleh dapat makan. Alhamdulillah...~

macam-macam sebenarnya perkara yang telah aku minta, alhamdulillah Tuhan telah makbulkan. hati kata teringin sangat, jadi Tuhan kabulkan. walaupun lambat, Allah tetap kabulkan.

tapi macam dr azizan cakap, kalau nak mintak, mintak biar spesifik. walaupun dengan Allah. macam kes aku, walaupun hajat telah terlaksana, sebab kebanyakannya tak spesifik, jadi result juga tak spesifik.

aku kata aku nak duduk sma.kl aku tak kata aku nak duduk situ sampai form 5, jadi form 4 aku pindah ke kelantan.

aku kata nak sambung belaja kat ut.m, aku tak kata nak sambung degree kat ut.m jadi master baru dapat sambung.

aku kata aku nak kahwin orang johor aku tak mintak kata nak anak keturunan jawa. eh...

jadi sekarang aku dah belajar benda baru (atau baru sedar) yang ilmu mintak ini penting. kalau boleh mintak yang spesifik. dan sentiasa berfikiran positif terhadap sesuatu perkara supaya apa yang kita minta tu menjadi enyataan, Insya Allah...jadi mulai dari sekarang aku nak aplikasikan ilmu minta ini dalam hidup aku.

terima kasih pada b&c sebab bercerita mengenai ini dan lead aku pada post-post yang best. dan mulai sekarang aku juga ingin berjanji pada diri aku sendiri yang insya Allah, post-post yang akan datang di dalam blog ini akan mengandungi post-post yang gembira je (law of attraction) and i think i should get rid of 'komplen' post list kan.. kalau post asyik depressing je, aku pun naik deprress baca post sendiri, orang lain apatah lagi kan!

k bye... :)

~live life to the fullest~