Thursday, June 7, 2012

sakit

orang kata kalau sakit itu penghapus dosa..

aku dah lama tak sakit, sakit hati selalu sakit fizikal jarang..

jadi semalam tiba-tiba aku dapat sakit fizikal. tak adalah teruk sangat, sekadar demam tahap suhu terlebih beberapa darjah celcius dari suhu manusia biasa...

jadi setelah segala rawatan telah dijalankan seperti minum air mineral sebanyak mungkin, minum 1:1 100 plus dan air, dan berselimut sakan, alhamdulillah hari ni dah pulih..

bila pulih rasa macam segar semula..macam menjalani kehidupan baru semula...macam dah tukar badan baru pun ada. eh over.

lepas tu aku dalam diam diam bersetuju, ya sakit itu penghapus dosa. mungkin dosa aku dah terhapus sikit tu yang rasa ringan badan?

bersyukur sebab sakit.

No comments:

Post a Comment