Saturday, June 16, 2012

perangai pelik

aku ada satu perangai pelik..

aku tak suka mempedulikan henfon aku. ya itu lah perangai pelik aku..

maksud tak mempedulikan adalah aku tak kisah pun kalau bateri henfon aku kong. atau orang misscall 18 kali seminggu.

boleh kata henfon tu bukan nyawa akulah.. aku selalu tinggal merata-rata...

kadang-kadang boleh makan diri. sebagai contoh, mungkin azmi ada hal penting gila suruh aku hantar minyak di tepi lebuh raya sebab moto dia terkandas sebab dah habis minyak kan..

aku pulak tak nak angkat telefon sebab sebok tengok tv. kan berdosa tu walaupun tak sengaja?

tapi serius aku masih tak insaf kot..

aku pernah tertinggal henfon di rumah, lalu pergi berjanji temu dengan ina di one utama. of course tempat masih belum dijanjikan jadi menggelabah cari public fon dah lah dah sampai pulak tu no turning back. mana ada public fon yang berfungsi di zaman siber ini? lalu pinjam henfon makcik cleaner untuk telefon azmi dan meminta no telefon ina supaya aku boleh call ina untuk jumpa di sekian-sekian tempat.

sejak tu konon insaf jugak lalu tulis no ina dan letak dalam wallet comel..

wallet pun hilang..

jadi macam mana tu?

mana sikap tanggungjawab terhadap henfon sendiri (dan wallet sendiri)..?

nasib baik henfon adalah henfon flip tahun 2010 an..sekarang henfon tahun 2010 an pun dah cukup ketinggalan sangat dah...

ok ok..masalah aku sekarang aku kat rumah mak aku dan henfon bateri kong langsung-langsung tak boleh nak retrieve mane-mane no phone ni..

besok nak meet the girls and mommies pulak camano?

suka tau macam tu.. *mengeluh mengeluh*

6 comments:

  1. Zura, sebagai rakan online berhemah -*tangan di dada mata ke atas* - I nasihatkan supaya pedulikan handphone....hehehheeh..

    Ok, ini memang perangai pelik. I surrender.

    ReplyDelete
  2. haha kalau suka tinggal henfon tu berperangai pelik ke??? huhuuu...

    but sometimes kalau memang totally forget our phones tu rasa rileks sangat kan.. hihi..

    ReplyDelete
  3. aku suka new layout ni!!! nice =) oh btw jgn risau aku pun ada perangai pelik tu.... bila nak kuar rumah kalau ajai x ingatkan aku phone dah bawak sure phone tu akan tinggal terselit2 bawah bantal/tepi sofa sbb itu benda fave ZA skrg.. hehe... zaman skrg mmg phone tu penting sbb pernah jadi... aku cari public phone kt kl sentral dulu pastu sume rosak! dulu laa masa 3 ke 4 thn lepas.... nowadays if aku di tempat ko pun aku akan just pinjam hp stranger. hehehehehe. =) dun worry ini bukan perangai pelik.. maybe we're just not too hp dependant! =)

    ReplyDelete
  4. yer, ko memang fabulous bab-bab tidak mempedulikan handphone. aku masih ingat akan kejadian itu. antara cara yang ko boleh buat or improves ialah meletakkan no handphone aku di setiap pocket seluar kau, pocket seluar azmi, dalam setiap pocket handbag, dan dalam setiap kerete. atau cara yang lagi brutal, ko boleh ukir/conteng/gores no phone aku kat setiap mall yang ko rasa kita ade possibility untuk berjumpa atau beronggeng. sekian.

    p/s: lagi satu perangai pelik ko adalah selalu bagi message kat aku padahal ko nak bahi kat another ina. aku tak tau ko ade berapa banyak ina, tapi aku suggest ko letak icon love kat nama aku dlm handpone ko tu, or change my name tu ina yang comel or ina yang sweet.... kekekek

    ReplyDelete
  5. dina: oooh i guess aku memnag normal lah ni..yey normal is good! tapi ko ada alasan za main phone ko.. aku? suka campak rata-rata! kekekek...oh thanks aku nak tukar selera jadi tukar lay out..lay out lama sangat bosannnn~

    ina: oooooh ina...yeah aku dah letak no phone ko kat wallet aku. incse ada kecemasan, sila hubungi...hehe..wallet pun suda ilang, ni wallet baru aku tak letak lagi ni japgi aku buat (japgi ~ next month, next year?)..sekarang zaman dah moden kot..aku just go through fb and tanya dina no phone korang semua! kekekek!!

    ye, ye aku akui akuis yang aku memang suka salah bagi msg and call different ina instead of azrina! i cannot put love love lah kat situ, bukan henfon canggih okay.. dont worry, aku cuba SEDAYA UPAYA untuk jadi lebih alert..by the way, kat tmepat kerja aku sekarang pun ada ina baru lagi sorang. pening kepala aku...lalala...

    ReplyDelete
  6. Aku save nama ina Ina Ahmad dlm fon aku heheeeee

    ReplyDelete