Friday, June 29, 2012

Thursday, June 28, 2012

takut untuk tukar..



renung renungkan dan selamat beramal!

Wednesday, June 27, 2012

bukan wayang capital

kalau kat office, aku jarang betul dengar muzik. kalau paling kuat pun aku dengar lagu-lagu dari laptop aku sendiri which is bapak lama zaman dulu-dulu punya lagu. jadi aku bosan, jadi kan orang kata diam itu lebih baik berkata-kata jadi aku diamkanlah laptop aku senyap sunyi. lagipun genre lagu lagu orang-orang lain berbeza-beza. colleague aku selalu dengar lagu melalui laptop atau mp3 player pakai headphone je,  jadi dengar sorang-sorang..selera kan lain-lain..sebenarnya kat dalam list lagu ada lagu hindustan tapi malu nak ngaku..contohnya...~

plus, aku tak nak join the club jadi telephonist. eh.

jadi sekarang aku kan suka terpengaruh dengan iklan, jadi nak promote korang lagu-lagu santai ala feminin.

yang sekarang aku tengah dengar ni. boleh lah untuk selera aku yang feminin ni. atau untuk orang yang depress bila dengar lagu lagu zaman sekarang yang pelik-pelik dan merepek-repek (suddenly aku rasa tua bila tak nak dengar lagu latest di radio)..

jadi untuk feel young and feminine always, boleh bukak laman ini dan dengar. kalau tak kena dengan selera kamu semua, please jangan marah aku...

ye yeah yea..

oh tajuk radio adalah capital fm. boleh tengok website capital fm yang cool kat sini. sekarang mereka sedang adakan diva day out. kalau menang boleh keluar makan malam bersama dj-dj mereka..

so untuk kamu kamu semua, stesyen radio mana yang kamu semua suka? 

Tuesday, June 26, 2012

kucing sementara



boleh tak aku buat ini untuk wordless tuesday aku?

Monday, June 25, 2012

gathering kawan-kawan

ahad lalu, sebab banyak sangat alasan yang dibuat untuk menjenguk azza yang baru lepas melahirkan baby boy yang cute, finally kami kami the friends semua jumpa di luar sahaja. dina telah merancang segalanya, aku tukang turut sahaja, jadi kami jumpa di bens klcc. ahli mengekori adalah azza and ariff and faiz, dina, aydan and ajai, ina, suzy, yati and aku. walaupun azza and the family tak boleh lama sebabada kenduri. tapi sebab dapat jumpa ariff kejap pun tak apa.

dapat jumpa aydan yang bijak juga! seronok seronok seronok...

so the rest, chit chattinglah, makanlah, layan aydanlah, talk about vacation lah, rumahlah, hal orang dewasa. hehe..



photo credit to suzy. pandai kau edit gambar. hehe..this time, azza and faiz and ariff sudah ada bila aku sampai, sorry girls, aku lambat. but dapat dukung ariff sekejap pn dah sangat okaay! and ariff is sooo cute. 


waida, dina, aydan, ina, yati, qayyum and me. eh, cerita pasal apa ni? kenapa kita semua tersengih keriangan?


datang sini makan burger..hehe


and ben's ada resepi untuk dicuba, hanya sempat lihat satu, the rest tak sempat sebab sibuk chit chatting. ada kad berbentuk soalan juga seperti - what's the most sexiest food- lepas satu soalan terus layan chit chatting lagi memang tak pedulikan dah game card yang disediakan.

and aydan yang mempunyai senyuman menawan. :)

we should do this more often kan? lepas ni kita buat lagi okeh!



Friday, June 22, 2012

samsung SIII sangat hebat

aku bukan pengemar gadget sangat. kalau orang tengok phone aku pun agak sedih pedih sebab flip je kan. tapi aku agak bahagia jugaklah dengan phone aku. tapi bila sampai waktu-waktu macam nak tangkap gambar boleh terus publish kat facebook and share, atau nak melayari internet di saat bosan menunggu nombor giliran di bank atau menunggu rakan yang lambat setengah jam atau sedang lepak sorang diri di setarbak.

phone yang boleh melayari internet adalah sangat crucial. tak begitu?

atau mungkin aku boleh access internet untuk baca journal misalnya kan..

atau mungkin aku bosan aku boleh main game satu jam tanpa henti di skrin yang bermegapixel yang tinggi.

atau mungkin aku nak main game kat tv dengan pakai henfon sendiri sebagai remote control..

atau bila kau nak msg member tapi tak tau nak tulis apa terus letak phone kat telinga terus dia dailkan?

atau sambil kau text sambil tu jugak nak tengok movie ber hd?

ahhh macam-macamlah kalau kau ada SAMSUNG GALAXY SIII!!

bapak hebatlah!



meleleh ayak liok bak ang..

kalau mahu lebih lanjut, sila pergi tengok website ini dan kasi leleh ayak liok sama-sama, acam?

ps: aku bukan bagi hint untuk suruh laki aku belikan.. tapi kalau dapat percuma tanpa merabakkan duit poket kami sekeluarga (yang dua orang ini) alangkah bahagianya...~

Thursday, June 21, 2012

cuba

aku sedang cuba untuk update cerita menarik di sini. tapi macam tak sempat..

nanti aku cuba lagi..

as for now, aku sedang cuba untuk figure out kenapa dengan experiment aku ni. aku sedang cuba untuk buktikan yang aku betul. aku betul tau! all seems like logic, but orang atas nak kata cara aku salah? come onnnnn......

see you tomorrow.. ~

ps: sangat random
pss: tak sabar nak tengok twilight final. hehe..

Tuesday, June 19, 2012

type of person


aku bukan mahu membuat kajian keperibadian di sini. if anyone accidentally stumble upon this page and hope for a personality test,, sorry to say, tak ada..

as for my eyes, there are two types of person. a complicated one and the simple one. 

I've met a few complicated ones. ones that think to much, ones that don't enjoy life as much. ones that keep on striving for perfections.


aku tak kata yang jadi orang complicated itu tak bagus.. bagus juga.. like if we want to built a bridge, the simple minded one will like 'hoi bina jelah!' calculated few things based on what learned and logics, then wala! now you have a bridge. the complicated ones will think more like what if? what if the bridge falls down? the calculations are all correct, yes yes, okay, double check here and there..haaaa kan dah ada kesilapan tu, nasib baik check semula!


okay analogi yang buruk. but you get what i mean...


and usually people will recognised the simple minded one by by the laziness...semua nak senang, semua kerja nak buat kerja senang. sometimes, bill gate pun nak amek orang malas.. eh?


"I will always choose a lazy person to do a difficult job because, definitely he will find an easy way to do that " -Bill Gates.

kan?

bukan bermaksud orang malas = simple minded person. tak tak...aku boleh consider sv aku adalah seorang yang simple minded person BUT CREATIVE TO THE MAX! i am now supervised by THREE PERSON. lucky? yes, but each has his or her own individual personality. when i have this one result and show to each one of them, i will get two (one is busy) different opinions. from here, i know which one is the complicated one and which one is not. 

and the impact towards me is totally different lah because of different brain kan. on wil get me so tense and think about doing it from the start, one will tell me dont worry, lets figure it out why okay we can proceed to another way, yes, see you another 2 weeks, we'll see the progress..

but i now myself is the simple minded one kot, not sure. i do things in simplest way, tak caya tanya labmate. haha.. but anyway, just get creative, tu je. fikir banyak sangat pun tak guna. this time, people are in the phase of running here and there kejar apa pun tak tau kan. let's relax a bit, don't do work too much, enjoy life. be moderate. hah, apa lagi and have fun lah! 

bye bye.. ~

*mungkin nak cakap diri malas lepas tu back up dengan fakta kononnya..hehehe...

Saturday, June 16, 2012

perangai pelik

aku ada satu perangai pelik..

aku tak suka mempedulikan henfon aku. ya itu lah perangai pelik aku..

maksud tak mempedulikan adalah aku tak kisah pun kalau bateri henfon aku kong. atau orang misscall 18 kali seminggu.

boleh kata henfon tu bukan nyawa akulah.. aku selalu tinggal merata-rata...

kadang-kadang boleh makan diri. sebagai contoh, mungkin azmi ada hal penting gila suruh aku hantar minyak di tepi lebuh raya sebab moto dia terkandas sebab dah habis minyak kan..

aku pulak tak nak angkat telefon sebab sebok tengok tv. kan berdosa tu walaupun tak sengaja?

tapi serius aku masih tak insaf kot..

aku pernah tertinggal henfon di rumah, lalu pergi berjanji temu dengan ina di one utama. of course tempat masih belum dijanjikan jadi menggelabah cari public fon dah lah dah sampai pulak tu no turning back. mana ada public fon yang berfungsi di zaman siber ini? lalu pinjam henfon makcik cleaner untuk telefon azmi dan meminta no telefon ina supaya aku boleh call ina untuk jumpa di sekian-sekian tempat.

sejak tu konon insaf jugak lalu tulis no ina dan letak dalam wallet comel..

wallet pun hilang..

jadi macam mana tu?

mana sikap tanggungjawab terhadap henfon sendiri (dan wallet sendiri)..?

nasib baik henfon adalah henfon flip tahun 2010 an..sekarang henfon tahun 2010 an pun dah cukup ketinggalan sangat dah...

ok ok..masalah aku sekarang aku kat rumah mak aku dan henfon bateri kong langsung-langsung tak boleh nak retrieve mane-mane no phone ni..

besok nak meet the girls and mommies pulak camano?

suka tau macam tu.. *mengeluh mengeluh*

Friday, June 15, 2012

cut in two~



facebook is good u know. u can do online business, get connected and stalk people.

kalau like page yang bagus-bagus, boleh buat pemberi kata semangat juga.

Thursday, June 14, 2012

10 reasons



i know 10 reasons are not enough to encourage people to pursue this craziness of underpaid life and depression..

but for me 10 is enough.

and i realy like the no. 2 reason:

" i have 3 years of paid fredom working how i want, what i want and when i want.."

being a student is just a bliss.. (muntah hijo*)

uhuk uhuk...

Wednesday, June 13, 2012

give up



aku jumpa post ini dekat facebook..

one thing,

aku mungkin boleh buat jugak ayat-ayat macam ni.

if Azurah quit too soon after she's been treated like crap in her lab with not enough resources and knowledge, there will be no

DR. AZURAH

oooh...the journey is still so far ahead...!

Tuesday, June 12, 2012

pening

bila stress aku start rasa pening.

hari hari fikir nak duduk rumah dan layan malas sambil bukak bisnes kecil kecilan.kononnya.

penat fikir benda yang kita tak suka ni..

tapi initiative tak dak ni apa kes?


Monday, June 11, 2012

hotel murah dan cantik..

kalau dapat less than rm100 (*jika ada kad gov servnt) untuk satu bilik hotel dan bilik adalah cantik macam baru dan tidak kepam, memang rasa berbaloi... blik air tak ada pintu tapi cermin sahaja rasa seksi mak oi sangat tau, jad best sesuai untuk penginapan laki bini. cuma silap sebab ambil twin bed gabung jadi satu. untuk pengetahuan lebih lanjut sila pergi website hotel ini di johor jaya. sesuai juga untuk saat-saat akhir nak pergi konvo tapi tak dapat bilik untuk menginap di sekitar skudai, boleh consider tempat ini juga. sila pergi laman web ini untuk maklumat lanjut. :)



kat atas ni adalah pintu ala-ala see through untuk bilik air ye. tapi of course lah see through di kaki dan di bahagian atas sahaja..

dan sila percaya kalau family room, keluasannya berbaloi dengan 2 bilik air. mungkin sarapannya kurang sikit dari segi kualiti dan kuantiti, terus rasa i maafkan u sebab bilik cantik dan puas hati...

Friday, June 8, 2012

please help, desperate..

dua tiga hari ni, aku sedang belajar buat satu labwork sukar. bukan sampel aku, tapi sampel sv mate aku, sebab aku akan buat, jadi tumpang belajar.

belajar dengan seorang pensyarah yang sangat humble, cool macam senior-senior ajar adik-adik lab baru balik dari 10 tahun pengembaraan di oversea.

you know how much people appreciate other peoples graduated from oversea. bukan sahaja graduated, malah melakukan postgrad di oversea. rasa macam homaigod cool gila kau sambung belajar kat oversea and buat  post grad siap..balik terus kerja dengan universiti, terus cerah masa depan..

hanywaaay...

jadi so far walaupun hanya satu minggu belajar dengan beliau, dah banyak benda aku belajar sangat-sangat banyak lagi banyak aku belajar dari sv aku sendiri. aku ni kan bodoh bab-bab molekular ni. nak baca malas jadi mengharap dari input kata-kata orang..

selalu sangat percaya apa orang kata..

dan tadi aku rasa nak percaya apa pensyarah ni kata.

dia buat exactly apa yang aku buat masa belajar dulu. dia kata 'it was hell'

dia banyak bagi nasihat. katanya kerja perlu merancang betul-betul.

its hell its hell pun dia boleh habis dalam masa 3 tahun setengah..

aku mula cuak..terus rasa insaf.. tapi tak insaf sepenuhnya sebab update blog. tapi tak insaf sepenuhnya sebab still buka laman facebook..

dan aku sangat cuak bila orang sebut perkataan phd pada aku. aku rasa tanggungjawab aku besar. i wish i was a master student again, so aku boleh rasa naive.. aku boleh buat-buat bodoh atau memang bodoh. orang takkan expect budak phd perangai malas dan bodoh macam aku..

haih sedih pedih lah..

dah lah aku nak baca journal dan cuba publish satu..

huhuu..

Thursday, June 7, 2012

sakit

orang kata kalau sakit itu penghapus dosa..

aku dah lama tak sakit, sakit hati selalu sakit fizikal jarang..

jadi semalam tiba-tiba aku dapat sakit fizikal. tak adalah teruk sangat, sekadar demam tahap suhu terlebih beberapa darjah celcius dari suhu manusia biasa...

jadi setelah segala rawatan telah dijalankan seperti minum air mineral sebanyak mungkin, minum 1:1 100 plus dan air, dan berselimut sakan, alhamdulillah hari ni dah pulih..

bila pulih rasa macam segar semula..macam menjalani kehidupan baru semula...macam dah tukar badan baru pun ada. eh over.

lepas tu aku dalam diam diam bersetuju, ya sakit itu penghapus dosa. mungkin dosa aku dah terhapus sikit tu yang rasa ringan badan?

bersyukur sebab sakit.

Tuesday, June 5, 2012

hari perkahwinan 1

sabtu adalah hari nikah untuk pasangan mempelai, ahad adalah majlisnya. kerja aku tak banyak buat pun. community kat kawasan perumahan tu sangat bagus. semua saling tolong menolong dengan hebatnya. makanan pun sedap. menu adalah sup tulang, bihun sup, ayam golek, nasi putih, ada air cincau, air asam, cucur jagung. simple, tapi sedap.

wedding sepupu aku di bandar darul aman jitra kedah.


the family

rewang

nice tempat makan beradab

the newlyweds

Friday, June 1, 2012

komen balasan

en. azmi minta aku hidekan post sebelum ni. takut ada orang terasa hati. maklumlah ini blog open..

sebab aku isteri baik, jadi aku hidekan.

and thanks a lot atas komen-komen membina. aku rasa macam nak frame kan and jadikan mantra pembakar semangat seharian.

nanti aku balas komen kalian dalam satu post ye...

thanks a lot girls..muah muah! sayang korang ketat-ketat.. :)