Monday, May 28, 2012

taik kucing

aku bukan pro mane-mane..

tapi sekarang kat tv iklan pelik-pelik dah melampau sampai aku dah naik meloya. nak maki pun ada. nak mengamok pun ada....

latest aku tengok, iklan seorang pakcik sedang baca satu akhbar..

akhbar melaporkan cerita mengenai bersih baru-baru ni..

lepas tu pakcik itu bercakap seorang diri..

"eh ini aku kenal budak ni.. budak ni baik. tak ada bawak masalah. anak jiran aku. macam mana boleh jadi macam ni? ni mesti disebabkan oleh pengaruh mana-mana pihak ni."

lepas tu si pakcik bangun separa mengamuk.

"bersih, bersih TAIK KUCING!" kata pakcik itu dan berlalu pergi.

aku pun tak faham apa niat ikaln tu sebenarnya.

sudah-sudahlah mengajar budak mempersoalkan tentang liwat.

ni nak ajar budak-budak maki hamun pulak. tv sekarang tengok pun tak guna. banyak sangat benda merepek yang ditayangkan terutama sekali iklan-iklan yang pelik-pelik.

* tak payah tengok tv sampai habis pilihanraya..

2 comments: