Wednesday, May 16, 2012

rumah kecil

rumah aku sekarang kecik je. tapi sebab sekarang rumah tu aku dan laki aku sewa, jadi tak banyak benda yang aku boleh buat sangat. mungkin sesetengah benda macam tebuk dinding untuk letak cermin dan frame gambar tu kami buat. nak cat, nak letak almari lekat kat dinding, chandelier, berkemungkinan tidak lah.

kalau orang tanya apakah rumah impian aku? aku akan kata rumah yang kecil. sebenarnya rumah yang aku duduk sekarang pun dah sangat aku suka. aku harap dapat jadi rumah sendiri tapi nak buat macamana, rumah tu rumah orang.

plus, aku hanya duduk berdua dengan laki aku, jadi aku rasa rumah kecil 1k persegi dah cukup okay. lagipun, kalau laki aku buat sepah, aku tak merungut kuat sangat nak mengemasnya.

sekarang pun design rumah kecil sangatlah banyak di pasaran. tambah-tambah kalau pergi ikea. kira bagus sangatlah sebab sekarang orang nak beli rumah besar memang kurang mampu dah. beli rumah kecil, dan hias cantik-cantik. tetap jadi rumah ku syurgaku. :)

Turquoise white stripe bedroom

Cream red living room decor
source: homedesigning

sedang mengimpi rumah idaman~

No comments:

Post a Comment