Thursday, May 24, 2012

post akujanji

aku janji pada diri aku sendiri, aku nak update blog hari-hari sebab aku nak tingkatkan trafik pada blog aku supaya nuffnang aku bertambah duitnya dengan harapan boleh menjana pendapatan tambahan untuk saraan bulanan aku yang memang kecil setiap bulan ni pun.

tapi janji memang tinggal janjilah. aku nak isi blog aku sekarang dilimpahi dengan isi-isi yang berkuali-ti bukan sampah sarap macam aku buat buat sebelum ni. ya aku akui, aku bukan blogger tegar tapi aku masih mampu bertahan dengan blog ini since 2008 lagi. bayangkan dari 2008 sampai sekarang aku rasa satu pencapaian besar dalam arena konsistensi aku. aku memang semua benda buat tak konsisten..

even masak maggi pun tak konsisten. kadang-kadang air terbanyak, jadi rasa tawaq caiyaq macam makan megi cicah air. kadang-kadang pekat liat macam megi cicah msg..

dan seriously kalau update hari-hari pun, kalau aku mampu update hari hari pun memang tak kan pernah untuk aku dapat duit berkepuk-kepuk dari sesiapa pun sebab blog aku hanya blog personal. jadi susah sikit kat situ.

aku juga tak ada niche tersendiri untuk aku meletakkan blog aku ni di mana-mana. kalau mommies boleh update pasal latest gadget for babies, kalau gadget geek, boleh promote handphone paling latest dan coolest, kalau fashionista, boleh update pasal baju yang baru di beli di kedai dan promote kedai itu.

politician boleh cerita pasal politik semasa.

ok lah. mungkin aku kena cari niche baru. pelan-pelan. plus, aku blog bukan untuk duit. kalau semua benda buat untuk duit habis tu apakah makna kehidupan ini? cewah..

2 comments:

  1. ajue, tiba2 aku nak random di sini. memandangkan ko ada talent in fashion n sewing, ape kata ko make things n then aku jualkan? hehehe... like pretty shawls ke ape ke.. nak x nak x??? nanti aku blh jual kt lulu zabi =)

    ReplyDelete
  2. dina sounds great sangat! tai ada talent ke aku niii???hahaha...aku pun ada cadangan untuk berbines jugak..nanti aku bagitau if aku dah ada source okeh!! yey!

    ReplyDelete