Monday, May 21, 2012

mak

mak adalah segalanya. masa kecil, mak lah pelindung utama bila abah pergi 'outstation' aau masuk hutan untuk menyerang musuh. aku masih ingat bila aku dan adik aku yang bezanya hanya setahun duduk terceruk dengan mak bila masa ujan ribut dan kilat sedang berlaku.

mak kata; 'ini kuasa Allah'

mak menjahit untuk menambah pendapatan. aku kagum dengan mak bila baju yang mak jahit memang cantik sangat walaupun hanya baju kurung. orang yang menempah pun ramai. baju jahitan mak adalah baju yang paling selesa sekali dalam dunia. orang yang datang tempah baju dengan mak mesti datang tempah lagi.

masa kecik mak selalu heret adik dan aku pergi chow kit, untuk jahit tepi mesin. sambil lalu pasar, dan beli biskut tin. kalau sakit mak akan bawa kami pergi hospital besar. sebab rumah dekat dengan hospital, jadi kami jalan kaki sahaja. mak dengan kl memang sangat expert. chow kit, pekeliling, tasik titiwangsa, ceruk mana jalan pun mak tahu sebab memang semua dekat dan kami jalan kaki sahaja.

dulu lrt station memang tak ada.

klcc pun tak wujud lagi.

umur aku 7 tahun, aku balik dari mengaji pagi tu dan tiba-tiba mak keluarkan kek hari jadi warna coklat, aku excited tanya kenapa kita ada kek ni? rupanya itu kek hari jadi aku dan sejak tu aku tahu erti hari jadi dan hari jadi mesti ada kek. ;)

bila pergi beli nasi lemak, mesti 2 ada sambal lebih, satu untuk aku, satu untuk mak aku walaupun aku baru umur 7 tahun. aku rasa aku ikut mak aku kuat makan pedas.

bila aku beli keropok bawak balik rumah, mak aku marah, terus ambil keropok terus campak ke bawah (masa tu rumah flat). budak kecik mana boleh makan keropok, mak aku kata.

bila mak jahit baju, ada kain perca lebih, mak bagi semua kat aku untuk aku pakaikan pada barbie doll aku.

bila mak habis guna santan lepas masak, mak akan tinggalkan kat atas singki untuk aku main dengan hampas kelapa sebagai upah aku basuh pinggan.

dan aku sayang mak aku. sangat-sangat..



happy mom's day.


2 comments:

  1. zura, mak kau nmpk muda okeh... Happy mom's day untuk auntie...

    ReplyDelete
  2. hehe thankx fasyha, hopefully aku mewarisi kemudaan mak aku..wakakakaka!

    ReplyDelete