Monday, May 28, 2012

faham

masa aku kecil-kecil dulu, aku bersekolah di sekolah rendah kebangsaan jalan kuantan 1. sekolah ni dulu biasa-biasa je. sekolah dekat dengan tasik titiwangsa. masa tu istana budaya pun tak wujud lagi. eye on Malaysia pun apatah lagi. masa aku darjah 3, aku duduk kelas 3S. dari dalam kelas boleh nampak pemandangan menara kuala lumpur. masa tu menara tu lah paling tinggi. tak ada yang setanding dengan menara kuala lumpur ni. aku rasa, restoran berputar pun tak ada lagi.

ehsan: google
tiba-tiba aku rasa aku sangat tua. 

by the way, masa di sekolah dulu, sebab kawan-kawan aku semua sama level kekayaan (atau kemiskinan), jadi kami lebih kurang punya beg sekolah swan yang sama (cuma berlainan bentuk dan corak) dan pensil box magnetik yang sama, kasut bata yang sama dan bawa bekal sama-sama.

seingat aku, aku tak pernah rasa left out, atau tak pernah rasa over shadow siapa-siapa. 

seingat aku lagi, tak ada siapa 'brag' pasal dia ada beg sekolah baru, atau kotak pensil magnetik baru, atau baju sekolah kain licin. jadi bila tak ada manusia jenis-jenis macam ni, aku pun tak adalah rasa rendah diri melampau  sebab semua sama saja. kami semua sama level sebab kami semua anak polis naik trak pergi sekolah sama-sama. 

jadi aku tak faham perasaan budak-budak sekarang yang menjerit-jerit nak seluar dalam action kamen sebab kawan-kawan lain pun ada (rujuk sin chan). atau jam tangan digital ben 10 sebab jiran sebelah rumah ada. yang jiran pulak setiap kali datang rumah terus brag;

"kita ada jam ben 10...mak kita beli mahal harganya..kau suruh lah mak kau beli..apa? kau tak ada duit? kesiannya kau...jam ben 10 ni best..! dia boleh kejutkan kita bangun bila kita set pukul 10." 

fine, budak. kalau aku jadi mak si kesian tu, sumpah aku taknak bagi kawan dengan kau budak, sampai kau behave.

tapi sekarang, aku mula rasa perasaan sama macam si kesian di atas, dan sangat memahami situasi si kesian di atas, situasi di mana aku terasa left out, aku terasa kesian pada diri aku sendiri, aku rasa aku loser, aku rasa aku sangat out dated. aku rasa aku nak mintak kat bapak aku benda ini:




tapi sebab bapak aku tak berapa nak kaya, aku pun lagilah tidak berharta pusaka, aku perempuan independant tak boleh harapkan suami sahaja, jadi aku okay sebenarnya. cuma bila mereka mula cakap depan-depan tanpa peduli tentang perasaan aku, haruslah terasa babe..kot ye nak cerita pasal galaxy tab, cerita time aku tak adalaa..

tapi aku tabah. aku rasa aku tak perlu tab untuk menceriakan hidup aku. tambahan pula aku kena fikirkan duit untuk beli tab ni, lebih baik aku invest untuk yuran sesemester aku yang bApAK mahal tu. jadi aku kena sabar. aku memang dan sangat memang tak perlukan tab. aku kan dah ada lap top tahun 2006 dan sony ericson w508? kenapa kau tak bersyukur lagi?

perasaan~



7 comments:

  1. btolla ajue..ak pon rase left out..org kuar poket sume note tab iphone..ak?haha

    ReplyDelete
  2. samala aku ni, orang lain sume dah boleh online kat mane2 je, aku kalau xngadap laptop yg ada tenet jangan harapla, hp w20 je kot..huhu


    Syukur Alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. hahaha...seronok kalau korang ada di sekitar. tak delah rasa terkebelakang sangat..aku ni orang sebelah kiri kanan belakang semua dok pakat tabing woi...huhuhuuu...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. ajula...aku mengerti perasaan ko..aku pun pernah rs mcm tu...sampai merajuk2 ngan suami i tau..x baik betul..iskhiskh.... tp tula lama2 aku da x amik port dah psl benda2 tab2 smartphone ni...hp aku pun skrg x kuar bunyik dah!...apa yg penting bersyukur dgn apa yg kita ada...insyaALllah rasa left out tu akan hilang...hehehhe

    ps ; AKU INGAT AKU SORG JE YG BERPERASAAN MCM NI..RUPANYA KITA GENG YO! :)

    May 31, 2012 8:40 PM
    Delete

    ReplyDelete
  6. Mulan.... Sebenarnya semua orang yang tak ada tab berperasaan sama kot. Wuwuwuw....marilah kita tabah...!tab tak penting dalam kehidupan!!! Hahaha..

    ReplyDelete
  7. Mulan.... Sebenarnya semua orang yang tak ada tab berperasaan sama kot. Wuwuwuw....marilah kita tabah...!tab tak penting dalam kehidupan!!! Hahaha..

    ReplyDelete