Thursday, May 17, 2012

the avengers and dark shadows

hello peeps..

memandagkan aku tidak mempunyai idea bernas untuk update di sini dan tambahan pula aku sekarang dalam keadaan sedikit stress sebab expected result tidak dapat seperti yang diexpect, jadi aku nak update tentang the latest movie yang aku telah tonton.

movie pertama adalah the avengers.

sumber: wikipedia

semua orang tahu the avengers, cerita mengenai adiwira-adiwira marvel berkumpul untuk menghapuskan serangan loki yang berhati busuk. cerita ini agak bosan pada mulanya, mungkin kerana mereka cuba untuk memperkenalkan semua adiwira dari mula. bila mereka berbincang tentang the initiation of the avengers, aku ternganga-nganga sekejap rupanya boleh tonton ironman 2 sebab ada scene tu. jadi untuk orang yang tak pernah tonton satu haram pun cerita adiwira-adiwira ini (ironman, hulk dan captain america) mungkin akan lost sikit di situ tapi tak apalah. yang penting aksi. aksi memang aku beri pujian menggunung. kelakar pun aku bagi 8/10 - kira ada unsur komedi, okaylah tu kan. cuma aku mungkin expect cerita itu seperti battleship, jadi agak kecewa lah sebab tak dapat nak menandingi cerita battleship. itu pandangan aku yang kudus ini.

untuk movie yang kedua pula, the dark shadows menajadi pilihan.

sumber: google

eh mengapa pilih untuk menonton the dark shadows ini? well oh well mestilah sebab ada johnny depp di situ. aku kalau ada johnny depp memang hati bersinar-sinar..

kalau cerita avengers aku tahulah serba sedikit tentnag ceritanya sebelum menonton. untuk the dark shadows ni, memang aku tak tengok pun sinopsis atau trailer movie ini. aku tengok papan iklan di jalan raya ada johnny depp, terus menggoda suami untuk tengok sekali. jadi memang aku tak tahu apa konsep, motif, jalan cerita, background dan sebagainya. dalam kepala hotak aku, the dark shadows, mungkin ada kena-mengena dengan kelawar? batman? haha, tak kelakar.

jadi mula-mula tonton scene pertama memang menarik. keadaan cerita di tahun 1800. aku sebagai obsesser cerita berunsur epik, ada sedikit teruja. tapi bila sampai satu tahap watak utama menjadi vampire, aku macam whaat??

even johnny depp juga berangan-angan mahu jadi seperti edward cullen kah? cukuplah twilight sahaja yang bercerita mengenai unsur-unsur vampire kacak. huhu. jadi, okaylah vampire then. what's next? jadi vampire tersebut telah dikurung dalam keranda selama 200 tahun dan tiba-tiba keluar dari keranda sebab ada pembinaan sedang berlaku.

jadi di situ cerita bermula. aku sudah mula bosan dengan lawak pelik yang ditonjolkan. aku rasa encik johnny cuba bawa watak captain jack yang lalok dalam cerita ini. tak sesuai. aku harapkan cerita yang serious, tapi cerita kelakar yang biasa-biasa saje.

jadi aku rasa rugi sikit kat situ.

but nevermind. demi abang johnny, i tengok juga.

jadi itulah sedikit sebanyak cerita mengenai latest movie yang aku tonton. next mungkin the snow white and the huntsman. walaupun azmi tak suka gigi arnab kirsten, sebab aku penyokong tegar robsten, jadi aku mhau tonton juga. plus, ia cerita epik. ada kuda, ada busur, ada orang kerdil. mesti tonton. dan akan review.

bye!

2 comments:

  1. laki aku pegi tengok the avengers dgn kawan dia, aku menjadi sangat jeles...

    ReplyDelete
  2. so ko pergilah tengok the avengers dengan kawan kau!!! hehehe...leave husna with you husband.. bernas tak idea?

    ReplyDelete