Wednesday, May 30, 2012

musim

musim kahwin banyak la sekarang.

maklumlah cuti sekolah.

tapi tulah, aku tak berapa faham kesignifikanan musim cuti sekolah dan perkahwinan..

yelah, untuk orang yang ada anak sekolah senanglah nak balik boleh cuti panjang terus..

tapi kalau hujung-hujung minggu saje-saje balik jenguk kampung atau mak tak kan tak boleh kot? okaylah aku poyo tak ada anak sekolah hujung minggu boleh zass balik kampung saje saje...

yelah-yelah mungkin sebab penat nak drive ikut highway utara selatan timur barat dan sebagainya..

yang pening aku jugak sebab serba salah this weekend ada sepupu kahwin di kedah, rakan karib kahwin di kelang, mak mertua nak datang kl sebab ada kenduri kat kajang.

minggu depan balik batu pahat sebab kawan azmi kahwin di muar dan satu lagi di parit sulong...

minggu depannya pulak ada kenduri di shah alam..

selamat pengantin baru semua ye... :)

Tuesday, May 29, 2012

2 kali pun boleh.

2 bulan lepas, azrina ada mengepos tentang lawatan kecil kami ke sungai tekala di sini. itu bersama kawan-kawan. aku pun baru kali pertama menjengah kawasan ini. tak susah dan tak jauh pun. kalau dari area bangi boleh lalu ke semenyih. kalau dari area cheras boleh lalu jalan batu 11 tak salah aku - silalah google.

jadi kali ini sempat pergi dengan keluarga. mak, abah, adik yang sedang cuti sekolah. this time, we had a barbecue and terjun tiruk. spot sungai sangat baik, kedalaman paras peha orang pendek macam aku.




cuti cuti malaysia bagus untuk kesihatan. :)

Monday, May 28, 2012

faham

masa aku kecil-kecil dulu, aku bersekolah di sekolah rendah kebangsaan jalan kuantan 1. sekolah ni dulu biasa-biasa je. sekolah dekat dengan tasik titiwangsa. masa tu istana budaya pun tak wujud lagi. eye on Malaysia pun apatah lagi. masa aku darjah 3, aku duduk kelas 3S. dari dalam kelas boleh nampak pemandangan menara kuala lumpur. masa tu menara tu lah paling tinggi. tak ada yang setanding dengan menara kuala lumpur ni. aku rasa, restoran berputar pun tak ada lagi.

ehsan: google
tiba-tiba aku rasa aku sangat tua. 

by the way, masa di sekolah dulu, sebab kawan-kawan aku semua sama level kekayaan (atau kemiskinan), jadi kami lebih kurang punya beg sekolah swan yang sama (cuma berlainan bentuk dan corak) dan pensil box magnetik yang sama, kasut bata yang sama dan bawa bekal sama-sama.

seingat aku, aku tak pernah rasa left out, atau tak pernah rasa over shadow siapa-siapa. 

seingat aku lagi, tak ada siapa 'brag' pasal dia ada beg sekolah baru, atau kotak pensil magnetik baru, atau baju sekolah kain licin. jadi bila tak ada manusia jenis-jenis macam ni, aku pun tak adalah rasa rendah diri melampau  sebab semua sama saja. kami semua sama level sebab kami semua anak polis naik trak pergi sekolah sama-sama. 

jadi aku tak faham perasaan budak-budak sekarang yang menjerit-jerit nak seluar dalam action kamen sebab kawan-kawan lain pun ada (rujuk sin chan). atau jam tangan digital ben 10 sebab jiran sebelah rumah ada. yang jiran pulak setiap kali datang rumah terus brag;

"kita ada jam ben 10...mak kita beli mahal harganya..kau suruh lah mak kau beli..apa? kau tak ada duit? kesiannya kau...jam ben 10 ni best..! dia boleh kejutkan kita bangun bila kita set pukul 10." 

fine, budak. kalau aku jadi mak si kesian tu, sumpah aku taknak bagi kawan dengan kau budak, sampai kau behave.

tapi sekarang, aku mula rasa perasaan sama macam si kesian di atas, dan sangat memahami situasi si kesian di atas, situasi di mana aku terasa left out, aku terasa kesian pada diri aku sendiri, aku rasa aku loser, aku rasa aku sangat out dated. aku rasa aku nak mintak kat bapak aku benda ini:




tapi sebab bapak aku tak berapa nak kaya, aku pun lagilah tidak berharta pusaka, aku perempuan independant tak boleh harapkan suami sahaja, jadi aku okay sebenarnya. cuma bila mereka mula cakap depan-depan tanpa peduli tentang perasaan aku, haruslah terasa babe..kot ye nak cerita pasal galaxy tab, cerita time aku tak adalaa..

tapi aku tabah. aku rasa aku tak perlu tab untuk menceriakan hidup aku. tambahan pula aku kena fikirkan duit untuk beli tab ni, lebih baik aku invest untuk yuran sesemester aku yang bApAK mahal tu. jadi aku kena sabar. aku memang dan sangat memang tak perlukan tab. aku kan dah ada lap top tahun 2006 dan sony ericson w508? kenapa kau tak bersyukur lagi?

perasaan~



taik kucing

aku bukan pro mane-mane..

tapi sekarang kat tv iklan pelik-pelik dah melampau sampai aku dah naik meloya. nak maki pun ada. nak mengamok pun ada....

latest aku tengok, iklan seorang pakcik sedang baca satu akhbar..

akhbar melaporkan cerita mengenai bersih baru-baru ni..

lepas tu pakcik itu bercakap seorang diri..

"eh ini aku kenal budak ni.. budak ni baik. tak ada bawak masalah. anak jiran aku. macam mana boleh jadi macam ni? ni mesti disebabkan oleh pengaruh mana-mana pihak ni."

lepas tu si pakcik bangun separa mengamuk.

"bersih, bersih TAIK KUCING!" kata pakcik itu dan berlalu pergi.

aku pun tak faham apa niat ikaln tu sebenarnya.

sudah-sudahlah mengajar budak mempersoalkan tentang liwat.

ni nak ajar budak-budak maki hamun pulak. tv sekarang tengok pun tak guna. banyak sangat benda merepek yang ditayangkan terutama sekali iklan-iklan yang pelik-pelik.

* tak payah tengok tv sampai habis pilihanraya..

Thursday, May 24, 2012

baca beliau punya

apa aku nak kata dan niat dan simpan dalam hati telah dikata-katakan oleh beliau.

silalah baca kalau rajin.

maternal instinct aku tinggi. betul. tak percaya?

tapi sejak akhir-akhir ni aku agak neutral. macam pH 7.

aku suka perasaan pH 7 ni. tak serabut. nak makan aiskrim hari-hari dengan laki aku pun senang. nak tengok wayang dan bercinta sampai syurga pun senang.

senang sangat.

syukur.


post akujanji

aku janji pada diri aku sendiri, aku nak update blog hari-hari sebab aku nak tingkatkan trafik pada blog aku supaya nuffnang aku bertambah duitnya dengan harapan boleh menjana pendapatan tambahan untuk saraan bulanan aku yang memang kecil setiap bulan ni pun.

tapi janji memang tinggal janjilah. aku nak isi blog aku sekarang dilimpahi dengan isi-isi yang berkuali-ti bukan sampah sarap macam aku buat buat sebelum ni. ya aku akui, aku bukan blogger tegar tapi aku masih mampu bertahan dengan blog ini since 2008 lagi. bayangkan dari 2008 sampai sekarang aku rasa satu pencapaian besar dalam arena konsistensi aku. aku memang semua benda buat tak konsisten..

even masak maggi pun tak konsisten. kadang-kadang air terbanyak, jadi rasa tawaq caiyaq macam makan megi cicah air. kadang-kadang pekat liat macam megi cicah msg..

dan seriously kalau update hari-hari pun, kalau aku mampu update hari hari pun memang tak kan pernah untuk aku dapat duit berkepuk-kepuk dari sesiapa pun sebab blog aku hanya blog personal. jadi susah sikit kat situ.

aku juga tak ada niche tersendiri untuk aku meletakkan blog aku ni di mana-mana. kalau mommies boleh update pasal latest gadget for babies, kalau gadget geek, boleh promote handphone paling latest dan coolest, kalau fashionista, boleh update pasal baju yang baru di beli di kedai dan promote kedai itu.

politician boleh cerita pasal politik semasa.

ok lah. mungkin aku kena cari niche baru. pelan-pelan. plus, aku blog bukan untuk duit. kalau semua benda buat untuk duit habis tu apakah makna kehidupan ini? cewah..

Tuesday, May 22, 2012

bos yang baik

bos yang baik adalah bos yang selalu belanja anak buahnye makan. tak kiralah makan kfc ke, makan pizza ke...makan secret recipe ke..

bos aku paling latest suka belanja kitorang makan domino pizza!

super like! :)

Monday, May 21, 2012

mak

mak adalah segalanya. masa kecil, mak lah pelindung utama bila abah pergi 'outstation' aau masuk hutan untuk menyerang musuh. aku masih ingat bila aku dan adik aku yang bezanya hanya setahun duduk terceruk dengan mak bila masa ujan ribut dan kilat sedang berlaku.

mak kata; 'ini kuasa Allah'

mak menjahit untuk menambah pendapatan. aku kagum dengan mak bila baju yang mak jahit memang cantik sangat walaupun hanya baju kurung. orang yang menempah pun ramai. baju jahitan mak adalah baju yang paling selesa sekali dalam dunia. orang yang datang tempah baju dengan mak mesti datang tempah lagi.

masa kecik mak selalu heret adik dan aku pergi chow kit, untuk jahit tepi mesin. sambil lalu pasar, dan beli biskut tin. kalau sakit mak akan bawa kami pergi hospital besar. sebab rumah dekat dengan hospital, jadi kami jalan kaki sahaja. mak dengan kl memang sangat expert. chow kit, pekeliling, tasik titiwangsa, ceruk mana jalan pun mak tahu sebab memang semua dekat dan kami jalan kaki sahaja.

dulu lrt station memang tak ada.

klcc pun tak wujud lagi.

umur aku 7 tahun, aku balik dari mengaji pagi tu dan tiba-tiba mak keluarkan kek hari jadi warna coklat, aku excited tanya kenapa kita ada kek ni? rupanya itu kek hari jadi aku dan sejak tu aku tahu erti hari jadi dan hari jadi mesti ada kek. ;)

bila pergi beli nasi lemak, mesti 2 ada sambal lebih, satu untuk aku, satu untuk mak aku walaupun aku baru umur 7 tahun. aku rasa aku ikut mak aku kuat makan pedas.

bila aku beli keropok bawak balik rumah, mak aku marah, terus ambil keropok terus campak ke bawah (masa tu rumah flat). budak kecik mana boleh makan keropok, mak aku kata.

bila mak jahit baju, ada kain perca lebih, mak bagi semua kat aku untuk aku pakaikan pada barbie doll aku.

bila mak habis guna santan lepas masak, mak akan tinggalkan kat atas singki untuk aku main dengan hampas kelapa sebagai upah aku basuh pinggan.

dan aku sayang mak aku. sangat-sangat..



happy mom's day.


Sunday, May 20, 2012

i miss friends~



bila ada masa terluang, siapa-siapa yang aku berkesempatan nak jumpa, aku akan jumpa...selalunya farah lah. kalau aku ada kat shah alam, and ada banyak masa terluang, aku akan text dia and tanya 'kau free tak?' then meet up just to catch up apa yang boleh. farah rajin jugak msg aku out of the blue.

and sebab farah dah 7 bulan beranakkan si islah ni, aku pun tak tengok-tengok budak tecit ni, jadi teringin sangat nak jumpa. entah, kalau member kita beranak kita mesti kena melawat kan? as for my case lepas 7 bulan baru nak jumpa. hehehe..

anyway, this year banyak jugak pending lawatan ke rumah ibu-ibu ni. mommy kak dihah, mommy azza, mommy tikah. and harap dapat jumpa lah no matter how many months later pun kan? kalau dapat catching up kat luar pun best jugak. sekarang friends dah sampai satu fasa lain dah, fasa berkeluarga. seronok jugak certa-cerita pasal budak-budak tecit ni. hehe..

bye! miss you guys..

Friday, May 18, 2012

trudy and teddy

okaylah, i am not a mommy yet and I kind of love babies. masih belum ada rezeki untuk memiliki tapi tak apa. aku positif. drooling other people's babies pun boleh. its like drooling over other's vacation in Bali. sama sahaja.  hehe. so mommies out there, if you stumble upon this emotional blog of mine I just want to tell you that ;

trudy and teddy has its own boutique now in pavillion kl! yey~~! ( and of course semua orang dah tahu sebab ada iklan kat bawah ni hah,,)

actually, bukan butik tu yang aku excited sangat. tapi lihat gambar ini...tidakkah mereka kiut tahap super maksima?


credit to: trudy and teddy

cute cute cute! and facebook mereka ada macam-macam aktiviti macam contest, the latest one is the opening ceremony of t&t and tea party for the winners.so go check out their facebook page and boutique ye. check out their adorable photos too..mesti excited tengok comel-comel cute. ohh my, can I borrow someone's baby now? hehe..


Thursday, May 17, 2012

the avengers and dark shadows

hello peeps..

memandagkan aku tidak mempunyai idea bernas untuk update di sini dan tambahan pula aku sekarang dalam keadaan sedikit stress sebab expected result tidak dapat seperti yang diexpect, jadi aku nak update tentang the latest movie yang aku telah tonton.

movie pertama adalah the avengers.

sumber: wikipedia

semua orang tahu the avengers, cerita mengenai adiwira-adiwira marvel berkumpul untuk menghapuskan serangan loki yang berhati busuk. cerita ini agak bosan pada mulanya, mungkin kerana mereka cuba untuk memperkenalkan semua adiwira dari mula. bila mereka berbincang tentang the initiation of the avengers, aku ternganga-nganga sekejap rupanya boleh tonton ironman 2 sebab ada scene tu. jadi untuk orang yang tak pernah tonton satu haram pun cerita adiwira-adiwira ini (ironman, hulk dan captain america) mungkin akan lost sikit di situ tapi tak apalah. yang penting aksi. aksi memang aku beri pujian menggunung. kelakar pun aku bagi 8/10 - kira ada unsur komedi, okaylah tu kan. cuma aku mungkin expect cerita itu seperti battleship, jadi agak kecewa lah sebab tak dapat nak menandingi cerita battleship. itu pandangan aku yang kudus ini.

untuk movie yang kedua pula, the dark shadows menajadi pilihan.

sumber: google

eh mengapa pilih untuk menonton the dark shadows ini? well oh well mestilah sebab ada johnny depp di situ. aku kalau ada johnny depp memang hati bersinar-sinar..

kalau cerita avengers aku tahulah serba sedikit tentnag ceritanya sebelum menonton. untuk the dark shadows ni, memang aku tak tengok pun sinopsis atau trailer movie ini. aku tengok papan iklan di jalan raya ada johnny depp, terus menggoda suami untuk tengok sekali. jadi memang aku tak tahu apa konsep, motif, jalan cerita, background dan sebagainya. dalam kepala hotak aku, the dark shadows, mungkin ada kena-mengena dengan kelawar? batman? haha, tak kelakar.

jadi mula-mula tonton scene pertama memang menarik. keadaan cerita di tahun 1800. aku sebagai obsesser cerita berunsur epik, ada sedikit teruja. tapi bila sampai satu tahap watak utama menjadi vampire, aku macam whaat??

even johnny depp juga berangan-angan mahu jadi seperti edward cullen kah? cukuplah twilight sahaja yang bercerita mengenai unsur-unsur vampire kacak. huhu. jadi, okaylah vampire then. what's next? jadi vampire tersebut telah dikurung dalam keranda selama 200 tahun dan tiba-tiba keluar dari keranda sebab ada pembinaan sedang berlaku.

jadi di situ cerita bermula. aku sudah mula bosan dengan lawak pelik yang ditonjolkan. aku rasa encik johnny cuba bawa watak captain jack yang lalok dalam cerita ini. tak sesuai. aku harapkan cerita yang serious, tapi cerita kelakar yang biasa-biasa saje.

jadi aku rasa rugi sikit kat situ.

but nevermind. demi abang johnny, i tengok juga.

jadi itulah sedikit sebanyak cerita mengenai latest movie yang aku tonton. next mungkin the snow white and the huntsman. walaupun azmi tak suka gigi arnab kirsten, sebab aku penyokong tegar robsten, jadi aku mhau tonton juga. plus, ia cerita epik. ada kuda, ada busur, ada orang kerdil. mesti tonton. dan akan review.

bye!

Wednesday, May 16, 2012

rumah kecil

rumah aku sekarang kecik je. tapi sebab sekarang rumah tu aku dan laki aku sewa, jadi tak banyak benda yang aku boleh buat sangat. mungkin sesetengah benda macam tebuk dinding untuk letak cermin dan frame gambar tu kami buat. nak cat, nak letak almari lekat kat dinding, chandelier, berkemungkinan tidak lah.

kalau orang tanya apakah rumah impian aku? aku akan kata rumah yang kecil. sebenarnya rumah yang aku duduk sekarang pun dah sangat aku suka. aku harap dapat jadi rumah sendiri tapi nak buat macamana, rumah tu rumah orang.

plus, aku hanya duduk berdua dengan laki aku, jadi aku rasa rumah kecil 1k persegi dah cukup okay. lagipun, kalau laki aku buat sepah, aku tak merungut kuat sangat nak mengemasnya.

sekarang pun design rumah kecil sangatlah banyak di pasaran. tambah-tambah kalau pergi ikea. kira bagus sangatlah sebab sekarang orang nak beli rumah besar memang kurang mampu dah. beli rumah kecil, dan hias cantik-cantik. tetap jadi rumah ku syurgaku. :)

Turquoise white stripe bedroom

Cream red living room decor
source: homedesigning

sedang mengimpi rumah idaman~

Tuesday, May 15, 2012

ikan

I am a fish. I have been asked to climb a tree. A big tree. Now I'm at the root part, gasping for air..

don't judge a fish on ability to climb a tree

Monday, May 14, 2012

nerd

nerd tapi cool. source: google

tadi pagi aku sempat tengok wipeout.

wipeout cerita best. kita boleh gelak kan orang tanpa rasa serba salah lepas tu pengacara dia pun ala-ala sengal sikit. lepas tu rasa kagum gila dengan finalist sebab boleh mengatasi segala rintangan dan cabaran dan dapat 50,000. best woo..

the thing about this morning's wipeout is, ada seorang nerdy pakai spek besar dan permulaan perlumbaan budak perempuan itu memberitahu makna dna, rna dan protein. aku pun kata pada diri sendiri. woi nerd nya kau!

lepas tu aku teringat tenatang diri sendiri yang selalu post dan whining pasal science and cakap science cool, kadang-kadang kata science cool tapi kerja tak cool dan sebagainya...

aku rasa aku nerd jugak macam perempuan tu.

bila ingat diri sendiri macam nerd jugak, terus rasa tak cool.

aku kan suka jadi orang cool. untuk jadi tidak cool dengan terjebak dengan hal-hal bajet cool lepas tu asyik tulis science is cool adalah memang tidak cool langsung..

okaylah, i promise to myself, aku tak nak dah tulis benda-benda tak cool macam ni.

by the way budak nerd tadi pusingan pertama pun tak lepas. tak cool.

Sunday, May 13, 2012

small kids and pipettes

I couldn't believe that I still talk crap about my work here in weekends. I saw this one website that is useful to me and as usual I posted it here for my future reference.

It is call Team bielefeld 2011 from Germany. This team is trying to develop a biosensor and most of the methods and findings could be useful to me.

The best thing about this group is that they post everything here, the lab works, the methods, interesting activities, and crazy videos. Rasa cool gila ada lab team macam ni...

What attracts me is the pictures of kids having fun in the lab. This one is truly cute with her pipette in hand and her oversized lab coat!


credit to: Team biefield 2011

talk about having a future scientist. :)

Saturday, May 12, 2012


please hire. desperate.

Friday, May 11, 2012

a little bit of something

hesitation is not good. it makes you think more. mana yang lebih baik, mana yang lebih buruk. you feel scared of the future. you keep on thinking about something that is not in your hands yet.

being normal is good.you have a degree, you have a job, you have a good pay, and you can afford to buy a house, or houses.

ooh i wish i can be normal like that. only God knows why the grad students are so keen to keep on holding to this academia pole.


phd comics

or maybe we dont have so many choices? or only the lucky ones who enter this field will get to be normal?

yes, sometimes i feel like i am not lucky enough to have a normal life. or maybe because i am not normal, so i need to live like one.


phd comics

yeah maybe deep inside my heart, i love this job very much. the job that doesn't pay you much but give you and the world a big impact. the job when you are so proud to have those data published in ISI journal. The job that give you full satisfaction and much free time. the job that doesn't pay you  much.

one thing ~ it should be worth in the future.



Monday, May 7, 2012

tidak domestik dan ingin jadi domestik~

aku sedang baca the undomestic goddess.

baru beli selepas dapat extra rm10 lepas mempergunakan baucer buku aku (yes, akhirnya aku dapat baucer buku itu).

dan aku teringin nak jadi housekeeper yang ada tuan rumah/boss/majikan yang baik macam dalam cerita itu! buat kerja rumah, pandai masak, ada kebun. tenang, tak payah fikir nak buat apa besok, tak payah mengeluh besok adalah hari ISNIN!

Oh God I hate mondays...~

maybe i can consider housekeeping job. walau gaji sikit tapi hati gembira okaylah kan?

asalkan hati gembira kan?

kegembiraan adalah penting dari wang kan?

The Undomestic Goddess

please agree sebab aku cadang nak mintak kerja as orang gaji pulak.. working like this is tiring..~

Saturday, May 5, 2012

Thursday, May 3, 2012

cookies~!

i want to make ugly cookies but yummeh like this one:


and i have this intention of making shortbread.

Shortbread

and ended up tak jadi and rasa terbakar, and sangat pelik. huh. it is actually from the crust of my chicken pie which become like bread crumbs. so why not i turned it into short breads instead and make the chicken pie dough again and the chicken pie dough turn out to be nice after the second try and the bread crumbs has been modified into so called short bread by adding more oil and butter (that is why it tastes burned). konon nak innovate resepi sendiri, but what ever. 

i'll make that ugly cookies soon. 

Wednesday, May 2, 2012

first thing first


this mantra is currently on my wall for my everyday motivation. i hope that i can do what i like and now searching for it.. labwork is my passion but the field that i'm taking right now, does not fancy me much. haha, alasan. 


source
and this existential crisis keeps on bugging me all years (since 2006 to be exact)~ adoi..