Monday, April 23, 2012

semangat


21/04/2012 adalah hari sabtu. aku attend satu seminar di tempat kerja aku sendiri di mana ada sambutan dna day dan ulangtahun yang ke 10 institut tempat aku kerja ni. (note: aku buat kerja kat sini as like menumpang, bukan kerja yang di hire ye). ada talk, dan ada makanan.

aku tak pernah cerita pasal sebarang seminar dan talk yang aku attend kat sini. tapi ni first time aku nak cerita sebab ini pertama kali aku rasa nak nangis bila dengar talk yang disampaikan.

talk pertama ni benar-benar buka mata aku dan terus-terus aku rasa bersyukurnya aku terlibat dalam dunia yang serba competitive ni. talk ini disampaikan oleh prof lati.f. beliau adalah seorang emiritus, dan berumur 78 tahun kalau tak silap aku. beliau nampak sihat, tapi gak susah nak turun naik podium, maklumlah orang tua. aku ni kalau orang tua bagi nasihat, kata-kata hikmat ke apa, cepat sikit hati kecik ni tersentuh. begitulah juga bila prof lati.f berkata-kata. aku rasa nak nangis. 

beliau menceritakan tentang pengalaman beliau melibatkan diri dalam dunia bioteknologi sejak 30 tahun dahulu. 

beliau menceritakan tentang pengalaman dan keterlibatan beliau dalam perancangan biovalley, semangat beliau dalam sains dna teknologi, keterujaan beliau dalam memperkenalkan molecular biologi dan betapa pentingnya molecular biology untuk negara. dan beliau rasa sangat bangga dan lega sebab adanya bangunan dan kemudahan semacam tempat kerja aku ini. sekurang-kurangnya, kata beliau walaupun biovalley tak dapat dilaksanakan sepenuhnya, tapi bangunan-bangunan dan kemudahan-kemudahan ini wujud, dan R&D berasaskan biologi molekul dapat dijalankan dengan baik - itupun dah cukup baik. 

kata-kata beliau itu menyebabkan aku buka mata. aku rasa seperti perjuangan mereka sangat hebat sebab zaman dulu untuk menceburi bidang-bidang ini dan mengaplikasikan bidang ini di Malaysia adalah close to impossible. dan untuk kita yang muda-muda ni dapat belajar dan mengaplikasikan bidang ni dengan senang sebab kemudahan yang dah sedia ada, sepatutnya kena bersyukur dengan ilmu yang telah disalurkan pada kita dan kemahiran yang telah kita pegang. mungkin bidang ini tak se'glamour' bidang lain, tapi ilmu yang kita ada itu memang tiada galang-gantinya. 

happy DNA day! :)

No comments:

Post a Comment