Friday, April 13, 2012

scholar

entry rage tak boleh letak lama-lama. hehe.

jadi tadi sebenarnya selepas rage gile barbie tadi aku kena pergi ke kl sentral, bangunan uae yang tinggi menggapai bintang itu. apa sebab aku ke sana, ini kerana aku telah dipanggil untuk sesi penyaringan kh.azanah watan scholar. untuk pengetahuan anda semua yang nak tahu, tak nak tahu pun takpe, khazanah scolar ini dibuka setahun sekali around bulan 3 macam ni jugalah...hari tu tarikh tutup pun 31/3. tak sampai 2 minggu dia dah panggil untuk ujian saringan..ujian saringan adalah stage pertama, untuk khazanah watan hanya ada 3 saringan, untuk khazanah global ada 4 saringan. apa beza khazanah watan and global ni, standardlah, sebab aku meneruskan pengajian aku di tanah air malaysiaku tercinta, jadi watanlah hendaknye. untuk further study di oversea, global lah hendaknye. ada juga yang mintak dua-dua..dia tak kisah pun, at the end kena pilih satu jugak. dan universiti tu mestilah universiti yang dipilih oleh khazanah sahaje. ape-ape hal boleh lah rujuk kat website khazanah di sini.

the best thing is that, saringan dan interview semua dalam masa dua bulan sahaja. plus, ia adalah premier scholarship. maknanya scholarship yang tiada tandingan. cewah. according to what the staff said, siapa yang pegang scholar ni, will be living in comfort lah. not rich, but comfort. aku comfort pun okay. sekarang dah tahap papa kedana dah ni..maklumlah, banyak masalah betul uni ni nak menggaji aku. ada je halnya. jadi bila khazanah cakap macam tu, rage di pagi hari semakin merudum. terus bercita-cita nak buat bersungguh-sungguh sehingga berjaya mendapat scholar ini. dan kalau ada courses, tak kiralah kat oversea dan sebagainya mereka boleh support. even support family dan anak-anak sekolah lagi. aku tak tahu kebenarannya setakat mana, tapi itulah yang mereka kata.

jadi ujian ini bagaimanakah?

ujian untuk peringkat saringan ni ada 5 bahagian. aku pun tak ingat namanya. tapi bahagian pertama, adalah mentafsir gambarajah venn, pepandai korang lah nak mentafsir macam mana. masa diberi sangat singkat. memang korang tak ada masa nak tidur atau meneguk air sekali pun! mereka perlukan kepantasan dan accuracy. contoh, cat, dog, animal. dia bagi gambarajah venn, korang pilihlah yang mana satu. kalau otak kiri korang hebat, maka benda ni senang. haha, aku pun tak tahu benda ni melibatkan otak kiri ke kanan. aku dah lupa.

second part is dalam bentuk tulisan pula. there's a 4 storey building. rahman lives above kasim, kasim lives above talib, talib lives below ali. who lives the highest floor? haa..jawab jangan tak jawab. ini adalah contoh ye. tapi soalan memang nervous macam tu. dan masa yang singkat tahu! third part is lorekkan gambar. they will give you one simple object, find the simple object in a complex object. contoh macam dalam iklan susu kat tv tu. ada berapa ekor rusa dalam gambar salji ini, satu, dua tiga..tapi in this case, its not rusa la, it's just a simple object macam segitiga, anak panah dan segiempat. berpeluh jugak nak cari. aku tak jawab 4 objek kot kat sini. gila pantas masa berlalu..

yang keempat ialah susun gambar mengikut kronologi yang sesuai. gambar aku tak ingat berapa, masa memang terhadlah. bak kata aku tadi, kalau nak minum air, tunggu sebelum start, atau lepas habis exam. gambar ada 4, susun mengikut kesesuaian. untuk perhatian gambar memang tak berapa nak clear. tapi pepandailah korang susun sendiri.

yang kelima paling best, soalan susunan nombor. ada 60 soalan tak salah aku, jawab dalam masa 11 minit ke hah? lebih kurang lah..contoh: 2,4,6,8,_,_..yang ni senanglah, mestilah jawapan dia 10 dan 12..yang tricky sikit: 2,3,4,3,6,3,_,_..atau 7,3,8,4,9,5,_,_...nak tahu jawapannya? yang first tu adalah 8 dan 3, second tu adalah 10 dan 6. macam mana aku dapat jawapan tu, korang fikirlah sendiri. tapi soalan nya lebih kurang macam tu lah semua..

jangan risau, sebelum ujian, mereka akan bagi contoh. kalau tak faham boleh tanya before exam, kalau aircond sejuk sangat pun boleh bagitahu..hehe.. kalau tak ada pensel, dia bagi, kalau tak ada pemadam pun dia bagi.

oookay, habis..lepas habis balik. sebab hujan kat kl sentral, jadi naik train saje. sebab balik tadi hujan, jadi basah. sebab hujan lebat aku pun berdoa semoga dapatlah aku untuk stage yang berikutnya pulak.doakan aku ye...:)

adios!

2 comments:

  1. Semoga berjaya sayang...benefit banyak tu, elaun bulan2 pun dengarnya lagi banyak dari Bank Negara offer.

    Semua kawan aku kecundang di final stage. So, aku wish ko plak berjaya hingga akhir. All the best! Insyaallah.

    ReplyDelete
  2. thanks mama! hoho, final stage adalah sangat susah ke mama? thanks for the reminders. kalau aku dapat sampai final stage akan ku prepare sepenuh jiwa. :)

    ReplyDelete